Automotif

Harley-Davidson Breakout Custom Bawa Jack NBC Raih Gelaran Creators Custom Clash 2026

Share

Jack NBC Juara Creators Custom Clash 2026 Dengan Harley-Davidson Breakout Custom

Harley-Davidson mengumumkan Jack NBC dari Itali sebagai juara Creators Custom Clash 2026, selepas motosikal Harley-Davidson Breakout hasil rekaannya dinobatkan sebagai rekaan terbaik dalam pertandingan tersebut.

Keputusan diumumkan sempena European Bike Week 2026 di Faak am See, Austria, apabila kesemua enam motosikal pertandingan dipamerkan bersama buat pertama kali. Anugerah disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson Motor Company, Artie Starrs bersama Bill Davidson, Special Advisor to the CEO dan Global Brand Ambassador.

Creators Custom Clash diperkenalkan pada awal tahun ini dengan menghimpunkan enam pencipta kandungan dari seluruh Eropah. Setiap peserta bekerjasama dengan pengedar sah untuk mengubah sebuah motosikal standard kepada jentera custom yang mempunyai identiti tersendiri.

Setiap peserta diberikan bajet customisation sebanyak €15,000, selain kebebasan kreatif untuk menghasilkan motosikal berdasarkan visi masing-masing. Pendekatan ini bukan sahaja menonjolkan kreativiti, malah memberi fokus kepada craftsmanship dan budaya personalisation yang sememangnya sinonim dengan Harley-Davidson.

Bagi Jack NBC, projeknya dibangunkan bersama Harley-Davidson Legnano menggunakan Breakout sebagai asas.

Rekaan tersebut tampil dengan pendekatan berinspirasikan prestasi, menggabungkan elemen gaya agresif, komponen premium serta kontras visual yang lebih berani. Harley-Davidson menyifatkan projek itu sebagai interpretasi kontemporari terhadap budaya custom jenama berkenaan.

Baca Juga: JETOUR T2 i-DM Rasmi Dilancarkan di Malaysia

Harley-Davidson® Media Site

Dinilai Undian Awam Dan Juri Profesional

Pemilihan pemenang dibuat menerusi gabungan undian awam dari Eropah dan pasaran lain, bersama penilaian panel juri profesional.

Antara aspek yang dinilai termasuk kreativiti, craftsmanship, pelaksanaan rekaan, keaslian serta persembahan keseluruhan motosikal.

Menurut Francesco Vanni, Head of Sales and Managing Director EMEA Harley-Davidson, pertandingan itu membuktikan sejauh mana sebuah motosikal produksi boleh diubah menjadi sesuatu yang benar-benar unik apabila kreativiti digabungkan dengan kepakaran rangkaian pengedar Harley-Davidson.

Bill Davidson pula menegaskan bahawa budaya customisation sudah menjadi sebahagian daripada DNA Harley-Davidson sejak beberapa generasi, dan pertandingan tersebut menunjukkan bagaimana generasi baharu terus membawa idea serta perspektif segar terhadap tradisi itu.

Harley-Davidson® Media Site

Enam Interpretasi Berbeza

Selain Jack NBC, lima lagi peserta turut membawa pendekatan tersendiri. Eskyas dari Perancis menghasilkan Street Bob dengan gaya lebih refined dan fokus kepada kebolehgunaan serta peningkatan prestasi. Javier Gallardo dari Sepanyol pula mengubah Low Rider menjadi “Nómada”, sebuah modern chopper yang diinspirasikan oleh kebebasan dan kehidupan di jalan raya.

Dari United Kingdom, tattoo artist Miles Langford menghasilkan Street Bob berinspirasikan Clubsport, manakala pembina custom Belanda, Arjan van den Boom, memperkenalkan “Pink Savage”, sebuah Street Bob dengan pengaruh scrambler.

Pasukan Jerman yang terdiri daripada Pia Tillmann, Zicco Banach dan Angelo Carlucci pula tampil dengan sebuah Breakout yang diberikan custom detailing tersendiri dan karakter lebih kontemporari.

Sepanjang pertandingan berlangsung, setiap peserta turut mendokumentasikan proses pembangunan motosikal masing-masing di media sosial, termasuk proses rekaan, fabrikasi dan customisation.

Hasil akhirnya ialah enam motosikal dengan karakter berbeza, sekali gus menunjukkan betapa luasnya potensi modifikasi dalam ekosistem Harley-Davidson.

Bagi Harley-Davidson, Creators Custom Clash bukan sekadar pertandingan reka bentuk. Ia menjadi satu lagi platform untuk meraikan ekspresi diri, individualiti dan craftsmanship, sambil menghubungkan pencipta kandungan, pengedar dan komuniti penunggang dalam budaya custom yang terus menjadi sebahagian penting identiti jenama itu.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Izat Danial A Shabri