Automotif

JETOUR T2 i-DM Rasmi Dilancarkan di Malaysia

Share

JETOUR T2 i-DM Bawa Formula PHEV Lasak, Harga RM162,800

JETOUR Malaysia secara rasmi memperkenalkan model plug-in hybrid electric vehicle (PHEV) JETOUR T2 i-DM secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Model ini ditawarkan pada harga RM162,800 dan hadir dengan enjin hibrid 1.5L TGDi, transmisi hibrid khusus tiga kelajuan dan sistem motor elektrik berkembar.

Gabungan sistem tersebut menghasilkan output sehingga 265kW atau sekitar 360 PS, bersama tork maksimum 610Nm.

Salah satu tarikan utama model ini ialah keupayaan jarak pemanduannya. Menurut JETOUR, T2 i-DM mampu menawarkan jarak perjalanan gabungan sehingga 1,200km, manakala pemanduan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya boleh mencapai lebih 100km.

Sistem i-DM Dengan Lima Mod Operasi

T2 i-DM menggunakan teknologi Intelligent Dual-Mode (i-DM) yang menguruskan penggunaan tenaga elektrik dan enjin mengikut situasi pemanduan.

Antaranya ialah EV Drive untuk kelajuan rendah dan kawasan perumahan, Series Hybrid untuk trafik bandar, Dual Power Boost ketika memotong atau mendaki, Parallel Hybrid ketika berada di lebuh raya serta regenerative braking bagi mendapatkan semula tenaga ketika memperlahankan kenderaan.

Bekalan tenaga pula datang daripada bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 18.4kWh dengan perlindungan habuk dan air bertaraf IP68. T2 i-DM turut menyediakan fungsi Vehicle-to-Load (V2L) sehingga 3.3kW, membolehkan bateri kenderaan digunakan untuk membekalkan tenaga kepada peralatan elektrik yang bersesuaian.

Untuk pengecasan, model ini menyokong DC fast charging sehingga 57kW, membolehkan bateri dicas daripada 30 hingga 80 peratus dalam masa sekitar 27 minit atau kurang.

Menggunakan wallbox AC 6.6kW pula, pengecasan daripada 30 hingga 100 peratus mengambil masa sekitar tiga jam atau kurang, sementara pengecas mudah alih AC 2.2kW memerlukan sekitar enam jam bagi julat pengecasan sama.

Kekal Dengan Identiti Lasak T2

Dari sudut rekaan, T2 i-DM masih mengekalkan pendekatan rugged dan boxy yang menjadi identiti keluarga T2.

Antara kelengkapan luaran yang diberikan termasuk lampu utama Auto LED bersama JETOUR Signature Wordlight

, rim aloi Trailblazer 20 inci, Door Mirrors Reversing Mode serta tayar ganti yang dipasang pada bahagian belakang. Pintu belakang turut dilengkapi fungsi Electric Suction Back Door.

Masuk ke kabin, T2 i-DM menawarkan paparan multimedia bersaiz 15.6 inci, sistem audio Sony dengan 12 pembesar suara dan wireless charging 50W.

Baca Juga: MIAPEX 2026 Kembali 23-25 Oktober Ini!

Turut disediakan ialah tempat duduk hadapan dengan fungsi memori dan Welcome Function, ventilated front seats, tombol gear kristal bercahaya, auto-dimming rear-view mirror serta pencahayaan ambien Cosmic Multicolour.

ADAS Tahap 2 dan Enam Beg Udara

Dari aspek keselamatan, JETOUR T2 i-DM hadir bersama ADAS Tahap 2 yang merangkumi Autonomous Emergency Braking, Lane Assist Intervention, Blind Spot Detection, Integrated Cruise Assist, Rear Cross Traffic Alert serta Intelligent High Beam.

Ia turut menggunakan struktur badan High Strength Steel, enam beg udara SRS, Panoramic View Monitoring System dan Tyre Pressure Monitoring System.

Harga RM162,800, Pakej Early Bird Untuk 2,000 Pelanggan Pertama

JETOUR T2 i-DM ditawarkan pada harga jualan bersih RM162,800 untuk Semenanjung Malaysia

, tidak termasuk yuran pendaftaran, pemeriksaan, hak milik HP, cukai jalan dan insurans.

Untuk 2,000 pendaftaran terawal, JETOUR turut menyediakan Early Bird Package bernilai sehingga RM3,000. Pembeli boleh memilih sama ada wallbox AC 7kW percuma termasuk pemasangan atau kredit pengecasan ChargeSini bernilai RM2,000. Kedua-dua pilihan turut diberikan kabel penyesuai V2L secara percuma.

Dari segi pemilikan pula, T2 i-DM disertakan waranti kenderaan selama tujuh tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi lapan tahun atau 160,000km serta waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000km. JETOUR turut menawarkan lima sesi penyelenggaraan percuma, tertakluk kepada terma dan syarat.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.  

Related Post
Published by
Izat Danial A Shabri