
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuh pengalaman pemilikan motosikal Yamaha menerusi pengembangan rangkaian Yamaha Quality Service (YQS) kepada 300 pusat servis di seluruh negara.
Pencapaian itu menjadikan YQS sebagai rangkaian pusat servis selepas jualan jenama motosikal terbesar di Malaysia, sekali gus memudahkan pemilik mendapatkan khidmat penyelenggaraan berkualiti di lokasi berhampiran.
Setiap pusat YQS beroperasi berasaskan tiga tonggak utama, iaitu penggunaan alat ganti tulen Yamaha, khidmat mekanik bertauliah serta teknologi diagnostik terkini.
Pusat YQS hanya menggunakan Yamaha Genuine Parts
yang dibangunkan mengikut spesifikasi ditetapkan Yamaha bagi memastikan prestasi, ketahanan dan kebolehpercayaan motosikal terus terpelihara.Setiap alat ganti tulen turut dilindungi jaminan kilang Yamaha untuk memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan.
Bagi produk pelincir YAMALUBE pula, pengguna boleh mengesahkan ketulenannya dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada setiap botol.
Langkah berkenaan membantu pelanggan mengenal pasti produk tulen serta mengurangkan risiko menggunakan pelincir tiruan atau tidak menepati spesifikasi motosikal.
Setiap motosikal yang dihantar ke pusat YQS akan dikendalikan oleh mekanik bertauliah Yamaha yang menerima latihan khusus berkaitan spesifikasi dan keperluan penyelenggaraan motosikal jenama itu.
Setiap pusat mempunyai sekurang-kurangnya seorang mekanik bertaraf Silver Standard yang disokong oleh mekanik Bronze Standard terlatih.
Ketua mekanik pula memperoleh pensijilan selepas mengikuti latihan lanjutan di Global Yamaha Certified Training Academy (YTA).
Struktur latihan berperingkat itu bertujuan memastikan setiap kerja pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan mengikut piawaian ditetapkan Yamaha.
Pusat YQS turut dilengkapi peralatan diagnostik terkini Yamaha serta kelengkapan servis khusus bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan lebih pantas, tepat dan cekap.
Penggunaan teknologi berkenaan membantu mekanik mengenal pasti punca masalah dengan lebih awal, sekali gus membolehkan proses penyelenggaraan atau pembaikan dilakukan dengan tempoh menunggu yang lebih singkat.
Dengan lebih 300 pusat YQS yang ditempatkan secara strategik di seluruh Malaysia, pemilik motosikal Yamaha kini mempunyai akses lebih mudah kepada perkhidmatan selepas jualan yang diyakini.
Penggunaan alat ganti tulen, mekanik bertauliah dan teknologi servis moden dapat memastikan setiap motosikal menerima penjagaan mengikut standard pengeluar.
Pengembangan rangkaian ini mencerminkan komitmen HLYM untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih lancar, daripada urusan penyelenggaraan berkala sehinggalah pemeriksaan dan pembaikan teknikal.
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. ditubuhkan di Malaysia pada 1978 sebagai usaha sama antara Hong Leong Industries Berhad dan Yamaha Motor Co., Ltd. dari Jepun.
Syarikat itu dilantik sebagai pemegang francais rasmi motosikal Yamaha pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) di Malaysia sejak 1978.
Model jalan raya pemasangan tempatan pertama Yamaha, RX100, mula dikeluarkan di kilang Shah Alam pada 1979.
Baca Juga : Yamaha Y15ZR SE 2026 Terima Warna Baharu Royal Maroon
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.