Nabil dan Naquib Azlan kuasai Pro Class, Taj Izrin Aiman pertahan gelaran GT & Toyota buka pendaftaran Program Bakat Muda 2026

Kejohanan Toyota GR Malaysia eRacing Championship Grand Finals 2025 yang berlangsung di Sunway University menyaksikan aksi sengit apabila pelumba simulator terbaik Malaysia berentap bagi merebut kejuaraan dan sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM123,000.

Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT), kejohanan ini menjadi pentas dalam pencarian generasi baharu pelumba negara. Ia menampilkan dua kategori utama Pro Championship, khusus buat pelumba sim elit Malaysia, serta Campus Tour, inisiatif yang membawa simulator profesional ke universiti seluruh negara untuk mencari bakat baharu.

Adrenalin Maksimum Grand Finals Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025

Selepas tiga perlumbaan yang juga merupakan pusingan keempat dan terakhir musim ini, dua beradik Nabil dan Naquib Azlan mengungguli kedudukan keseluruhan Pro Class, masing-masing di tempat pertama dan kedua, manakala Taj Izrin Aiman menamatkan saingan di tempat ketiga selepas berjaya mempertahankan gelaran GT miliknya.

Taj, yang kini berusia 26 tahun, akan mengetuai cabaran Malaysia bersama naib juara Iqbal Suji dan Chong Kai Chang untuk ke Toyota GR Asia eSports GT Championship di Bangkok, November ini.

“Kejohanan tahun ini benar-benar menguji strategi dan pelaksanaan. Persaingan sangat sengit dari awal hingga akhir,” kata Taj.

Adrenalin Maksimum Grand Finals Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025

“Kami akan berjuang di Bangkok bagi mempertahankan kejuaraan Asia yang Malaysia menangi tahun lalu.”

Ads

Tahun 2024 menjadi detik bersejarah apabila Taj muncul sebagai juara Asia pertama Malaysia dalam dunia eRacing, membuka laluan buat lebih ramai bakat tempatan ke arena serantau.

Toyota GR Malaysia eRacing Championship : Format Baharu, Cabaran Baharu, Bakat Baharu

Untuk 2025, kejohanan ini memperkenalkan format pelbagai platform yang merangkumi Assetto Corsa, RaceRoom, iRacing dan Gran Turismo 7 satu pendekatan profesional yang mencerminkan standard liga antarabangsa.
Setiap platform menampilkan dinamik pengendalian berbeza, memaksa peserta menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya pemanduan dan keadaan perlumbaan.

Menariknya, 35% peserta separuh akhir tahun ini merupakan wajah baharu, ramai antara mereka sudahpun aktif dalam komuniti sim racing tempatan.

Adrenalin Maksimum Grand Finals Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025

Ads


“Format baharu ini memang luar biasa mencabar dan mendidik kami untuk belajar serta mempertingkatkan diri,” kata juara Pro Class, Nabil Azlan, yang membawa pulang hadiah RM25,000.

“Sim racing mengubah hidup saya. Ia menjadi asas kepada karier sebenar saya di litar sebenar.”

Campus Tour & Media Race – E-Racing Untuk Semua

Selain aksi utama, Toyota Campus Tour turut menjelajah ke lapan universiti di seluruh negara, memperkukuh komitmen Toyota terhadap pembangunan bakat akar umbi. Sepuluh peserta terpantas dari setiap universiti mara ke Grand Finals, dan Randy Goh dari INTI Subang muncul sebagai juara kategori pelajar.

Adrenalin Maksimum Grand Finals Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025

Ads

Menambah warna pada acara, Media Exhibition Race turut dianjurkan, melibatkan sepuluh peserta media yang buat pertama kali merasai pengalaman memandu simulator profesional. Perlumbaan santai tetapi mencabar ini bukan sahaja dipenuhi gelak tawa, malah meningkatkan penghargaan terhadap kemahiran dan ketepatan yang dimiliki pelumba sebenar.

Pendaftaran Program Bakat Muda 2026 Kini Dibuka

Toyota GR Malaysia eRacing Championship Grand Finals 2025 turut menandakan pembukaan pendaftaran bagi Program Bakat Muda Toyota GAZOO Racing 2026, khas untuk mereka berumur 16 hingga 22 tahun yang bercita-cita menjadi pelumba profesional.

Peserta berpeluang menyertai Rookie Class Toyota GAZOO Racing Vios Challenge 2026 dan menjalani latihan intensif bersama jurulatih profesional dan ini merupakan platform yang telah melahirkan ramai pelumba ternama Malaysia.

Adrenalin Maksimum Grand Finals Toyota GR Malaysia eRacing Championship 2025

Pendaftaran dibuka sekarang di laman sesawang Toyota GAZOO Racing Malaysia dan juga melalui saluran media sosial rasmi Toyota. Tarikh tutup penyertaan ialah 26 Oktober 2025.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Baca Juga : TGR Malaysia eRacing 2025, Dari Simulator ke Litar Perlumbaan Sebenar

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI