Kereta adalah kebanggaan kita, bukan? Namun, untuk mengekalkan kesan ‘wow’ dan kilauan seperti baru, memerlukan usaha berterusan. Inilah panduan terbaik untuk memastikan kenderaan anda sentiasa nampak segar, berseri, dan menarik di jalan raya!
Cuci Kereta secara Berkala
Satu perkara asas tetapi penting: jangan abaikan mencuci kereta anda! Gunakan sabun yang sesuai untuk memastikan kotoran dan debu terlarut sepenuhnya. Pastikan juga untuk membersihkan roda dan tayar dengan berkesan.
Polish untuk Kilauan Memikat
Polish adalah rahsia tersembunyi untuk memastikan keterampilan visual kereta anda. Gunakan polish yang sesuai dengan warna kereta anda untuk menghasilkan kilauan yang menawan. Untuk kesan yang lebih lama anda perlu polish kereta secara berkala untuk kesan yang lebih tahan lama.
Pelihara Dalaman Seperti Baru
Jangan lupa tentang dalaman! Membersihkan dan menyapu kawasan dalaman kereta secara berkala adalah penting. Vakum kusyen dan permukaan dalaman serta gunakan pembersih khas untuk menjaga bahan-bahan seperti kulit atau kain.
Pilih Tempat Letak yang Baik
Jika mungkin, pilih tempat letak yang dilindungi dari cuaca terik atau hujan lebat. Ini membantu mengurangkan kerosakan akibat cuaca dan sinaran UV yang boleh memudaratkan cat kereta.
Ads
Servis dan Penjagaan Berjadual
Lakukan servis kereta secara berkala. Ini bukan sahaja untuk prestasi kereta tetapi juga memastikan komponen dalaman dan enjin berfungsi dengan cemerlang. Jangan lupa tukar minyak enjin dan penapis mengikut jadual.
Gunakan Pelindung Cat
Menutup kereta dengan kain atau pelindung khas boleh membantu melindungi cat daripada kemungkinan calar dan keadaan cuaca yang teruk.
Jaga Cat dengan Pencuci Kering
Sekiranya tidak sempat untuk mencuci secara menyeluruh, gunakan pencuci kering untuk membuang kotoran ringan dan mengekalkan kilauan kereta.
Ads
Pembersihan Segera
Tindakan pantas membersihkan mana-mana kesan kotoran baik daripada burung, resin pokok, atau kotoran lain amat penting. Pembersihan segera akan mengelakkan kesan kekal pada permukaan cat kereta.
Amalkan ‘No Eating’ atau ‘No Smoking’
Mengekalkan kereta seperti baru juga bermula dari dalam. Amalkan larangan makan atau merokok di dalam kereta untuk mengelakkan kesan bauan yang kurang menyenangkan dan dapat menghindari kereta dari serangga seperti lipas dan semut.
Penyeliaan Keselamatan Kenderaan
Pastikan semua komponen keselamatan seperti lampu, brek, dan tayar dalam keadaan yang cemerlang. Ini bukan sahaja mengelakkan masalah semasa memandu tetapi juga mengekalkan penampilan kereta yang optimum.
Ads
Jadi, itu dia, tips-tips mudah namun berkesan untuk menjaga kereta agar ia sentiasa nampak segar, berkilat, dan baru seperti hari pertama anda membawanya pulang dari pusat pengedar. Ingatlah, penjagaan yang berterusan adalah kunci kepada penampilan yang menarik untuk kenderaan anda!
Pada disember 2021, LEGO Technic telah melancarkan kit motosikal dalam skala 1:5 untuk model BMW M 1000 RR. Walaupun LEGO tidak asing lagi dalam menghasilkan kit motosikal daripada pelbagai jenama, M 1000 RR mewakili sesuatu yang baharu dan berbeza berdasarkan saiz yang agak besar dan ketelitian setiap komponen lego tersebut.
LEGO Technic kini hadir dengan model kit motosikal yang terbaharu iaitu Yamaha MT-10 SP yang mempunyai 1478 kepingan lego. Tidak seperti model M 1000 RR, sistem gear pada kit MT-10 SP ini boleh berfungsi dan hanya tiga gear sahaja boleh ditukar dan anda boleh menggunakan pemijak kaki sebelah kiri seperti model sebenar motosikal tersebut.
Seperti yang anda perhatikan pada kotak, kit Yamaha MT-10 SP LEGO Technic ini menawarkan ciri realiti tambahan. Jika anda membuka aplikasi LEGO pada telefon pintar anda, dan menggunakannya untuk melihat kit anda yang telah siap, ia akan menunjukkan kepada anda beberapa perkara menarik tentang MT-10 SP sebenar. Mungkin ciri paling hebat di sini juga melibatkan sistem gear, Memandangkan anda tidak dapat melihat fungsi sistem gear sebaik sahaja anda memasang keseluruhan kit, ciri AR membolehkan anda melihat animasi sistem gear dalam gerakan yang hampir sama (tetapi tidak cukup) seperti pergerakan motosikal sebenar.
LEGO Technic Yamaha MT-10 SP akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Ogos 2023. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut pasaran. Di Amerika Syarikat, Harga jualan yang dicadangkan adalah $239.99 (RM999). Untuk semua peminat LEGO, ada masih mempunyai masa untuk mengumpul duit sebelum produk ini memasuki pasaran pada bulan hadapan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sekiranya memandu motosikal ketika hujan, perkara pertama yang akan anda lakukan adalah memakai kelengkapan baju hujan supaya pakaian anda tidak basah.
Namun, berbeza pula memandu motosikal dalam keadaan cuaca yang panas, apakah yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari terutama kepada ibu bapa yang menggambil anak pulang daripada sekolah dengan membonceng motosikal?
Kredit foto: Shopee
Ketika penulis melakukan carian di sebuah platform membeli-belah secara dalam talian, penulis telah terjumpa satu produk yang sangat menarik dan hasil penelitian produk ini banyak digunakan di negara China dan juga Thailand. Produk yang dimaksudkan adalah sebuah payung yang dipasang pada motosikal dan mempunyai bumbung seperti sebuah kereta.
Produk ini mengunakan bahan nylon yang sudah pasti direka untuk kalis air, namun payung motosikal ini perlu dipasang sendiri oleh pembeli dan memerlukan sedikit modifikasi bergantung kepada jenis motosikal. Produk ini boleh bertahan pada kelajuan 70km/j dan jika anda memandu melebihi had laju yang ditetapkan, kemungkinan besar anda akan tiba ke lokasi tanpa payung tersebut.
Tetapi bagi pendapat penulis, produk ini mempunyai kelebihan dan kekurangan jadi di sini penulis ingin berkongsi kepada pembaca agar anda boleh mengetahui adakah produk ini sesuai untuk dibeli atau tidak.
kredit foto : bukalapak.com
Kelebihan:
1. Dapat menghindarkan penunggang dan pembonceng motosikal daripada cuaca panas dan hujan. Sangat sesuai untuk ibu bapa yang mengganmbil anak sekolah atau untuk orang tua pergi ke masjid menunaikan solat.
Sesuai dipasang pada kebayakan motosikal kapcai kerana produk ini pada asalnya direka untuk skuter elektrik tetapi ramai yang telah menggunakn produk ini pada motosikal kapcai.
Mudah untuk dipasang. Produk ini tidak memerlukan kepakaran daripada mekanik kerana anda boleh memasang produk ini sendiri.
Terhindar daripada serangga. Membawa motosikal pada waktu senja agak merbahaya terutama untuk ibu dan ayah kita yang hendak ke masjid kerana pada waktu ini banyak serangga yang beterbangan dan kerap masuk ke dalam mata ketika memandu.
Terhindar daripada debu di jalanraya yang boleh memedihkan mata dan mengotorkan baju.
Walaupun hujan telah berhenti, memandu motosikal dalam keadaan jalan yang basah juga boleh mengotorkan pakaian anda kerana percikkan daripada lopak air. Produk ini boleh melindungi pakaian anda terutama untuk pergi bekerja.
Kekurangan:
1.Mungkin salah di sisi undang-undang jalan raya kerana produk ini mungubahkan keseluruhan bentuk motosikal daripada segi ketinggian dan jarak pengelihatan
Produk ini tidak sesuai untuk kegunaan di lebuhraya atau jalan raya yang mempunyai trafik yang sesak. Hal ini demikian kerana rintangan angin daripada kenderaan yang lebih besar boleh menyebabkan anda hilang kawalan ketika memandu.
Anda tidak lagi perlu menyarung baju hujan terutama kepada anak-anak yang telah memakai uniform persekolahan. Produk ini lebih praktikal dan memudahkan pengguna.
Produk ini boleh mengganggu jarak penglihatan anda kerana reka bentuknya yang agak tertutup dan berbahaya ketika hujan kerana ia tidak mempunyai pengelap cermin untuk membersihkan titisan air hujan.
Daripada aspek keselamatan mungkin agak merbahaya kerana produk ini boleh menghalang penglihatan penunggang di bahagian belakang untuk memotong anda.
Kredit foto : otomania.gridoto.com
Pendapat penulis, mungkin produk ini ada kekurangannya tetapi secara praktikal produk ni sesuai digunakan dalam radius 2 atau 3 kilometer sahaja, hanya sesuai digunakan di kawasan kampung atau kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jumlah trafik yang tinggi serta untuk kegunaan ketika cuaca panas sahaja kerana penggunaan ketika waktu hujan agak berbahaya kerana jarak penglihatan menjadi terhad.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pernah atau tidak anda melihat motosikal skuter ini di laman sosial atau majalah-majalah permotoran? Penulis harini ingin berkongsi sebuah model skuter daripada pengeluar BMW yang telah diubahsuai menjadi sebuah imej yang baru dan lebih menarik ianya mirip sebuah motosikal klasik pada era 30-an.
Model asas BMW C 400 X sebelum diubahsuai. Kredit Foto : Website bmw-motorrad
Sebuah Kedai kustom di Miami, Nmoto, telah mengubah suai skuter BMW C 400 X moden menjadi sebuah karya retro yang menakjubkan dan diilhamkan daripada motosikal kustom tahun 1936 oleh O. Ray Courtney.
Inspirasi Daripada Motosikal Kustom O. Ray Courtney
Body Kit Golden Age bukan sekadar ubahsuai luaran ia adalah transformasi menyeluruh yang memberi imej baru untuk kepada motosikal klasik.
Kit ini merangkumi sembilan keping fairing carbon fibre, subframe hadapan dan belakang powder-coated, kit penempatan semula ekzos, gril kidney, side moldings, gril belakang bawah, lampu depan dan perumahannya, lampu isyarat dengan perumahannya, lencana baru, dan sepasang cermin (walaupun lokasi tepatnya masih menjadi misteri). Senarai komponen yang lengkap ini memastikan BMW C 400 X kelihatan tidak dikenali dalam rupa barunya.
Rupa baru BMW C 400 X setelah di ubah suai. Kredit Foto : Webiste newatlas
Mengekalkan Kemudahan Moden
Walaupun tampil dengan gaya retro, body kit Golden Age tidak menghapuskan terus ciri-ciri yang ada pada BMW C 400 X. Skuter ini masih mengekalkan papan pemuka berwarna penuh, lengkap dengan ciri-ciri moden seperti ABS, kawalan kestabilan, sambungan Bluetooth, penyalaan tanpa kunci, dan heated grips.
Kredit Foto : Webiste newatlas
Ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang praktikal, yang boleh memuatkan dua topi keledar, juga tetap ada. Walau bagaimanapun, pemilik perlu menghantar tempat duduk mereka untuk disarungkan semula agar sesuai dengan imej baharu motosikal tersebut.
Anggaran Harga?
Modifikasi motosikal ini datang dengan kos yang tinggi. Jika di Malaysia Model asas BMW C 400 X dijual pada harga RM46,500 tetapi Body Kit Golden Age dianggarkan sekitar $12,490 (RM58,846) tidak termasuk kos pemasangan dan kemungkinan ada kos tambahan untuk cat kustom dan tempat duduk.
Kredit Foto : Webiste newatlas
Adakah anda rasa berbaloi untuk ubah suai motosikal anda dengan kos yang melebihi daripada harga motosikal tersebut? Jika tanya pendapat penulis, ini adalah citarasa masing-masing dan tiada yang pelik kerana dunia modifikasi ini adalah mengenai duit dan minat.
Sambutan Kemenangan Formula E Dengan Pameran Livery Ikonik dan Tawaran Eksklusif
Selepas kejayaan gemilang merangkul gelaran berganda ABB FIA Formula E World Championship 2025 dalam...