Ads

Suzuki Juru Rasmi dibuka, Perkukuh Kehadiran Suzuki di Utara

Suzuki Buka Cawangan Baharu di Juru

Naza Eastern Motors terus memperluaskan rangkaian Suzuki di Malaysia dengan pembukaan sebuah pusat jualan baharu di Juru, Bukit Mertajam.

Dikenali sebagai Suzuki Juru, cawangan itu dikendalikan oleh SMG Auto (MN) Sdn Bhd dengan pelaburan bernilai kira-kira RM1 juta, termasuk penyediaan kenderaan pameran dan pandu uji.

Pembukaan cawangan baharu ini dijangka memudahkan pelanggan di sekitar Juru, Bukit Mertajam serta kawasan berhampiran untuk mendapatkan akses kepada rangkaian kenderaan Suzuki.

Suzuki Juru Rasmi dibuka, Perkukuh Kehadiran Suzuki di Utara

Bilik Pameran Suzuki Juru Berkeluasan 1,600 Kaki Persegi

Suzuki Juru merupakan pusat 1S yang memfokuskan kepada jualan, dengan ruang pameran berkeluasan kira-kira 1,600 kaki persegi.

Ia mampu menempatkan sehingga tiga buah kenderaan Suzuki pada satu-satu masa dan turut dilengkapi ruang rehat pelanggan.

Bagi urusan selepas jualan termasuk penyelenggaraan dan servis, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di Suzuki Bayan Lepas Service Centre yang terletak di Jalan Sungai Tiram 7, Bayan Lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, Mohd Rizal Jailan berkata, pembukaan Suzuki Juru merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kehadiran jenama itu di wilayah utara.

Menurut beliau, Juru dan Bukit Mertajam merupakan kawasan strategik berikutan pertumbuhan penduduk serta jaringan pengangkutan yang baik.

Ads

Dengan pembukaan cawangan terbaharu ini, Suzuki kini mempunyai sebanyak 14 pusat jualan sah dan 13 pusat servis di seluruh negara.

Suzuki Juru Rasmi dibuka, Perkukuh Kehadiran Suzuki di Utara

SUZUKI CARe Lengkapkan Pengalaman Pemilikan

Selain peluasan rangkaian pengedar, Naza Eastern Motors turut mengetengahkan program SUZUKI CARe yang menawarkan perlindungan kenderaan dan bantuan kecemasan jalan raya kepada pemilik Suzuki.

Program itu menggabungkan Suzuki Protect bersama perkhidmatan Road Side Assist bagi memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan sepanjang tempoh pemilikan.

Suzuki Protect merupakan program perlindungan kenderaan berjenama Suzuki yang ditawarkan kepada model yang dijual melalui rangkaian pengedar sah Suzuki.

Ads

Program berkenaan ditaja jamin oleh Zurich General Takaful Malaysia Berhad.

Antara manfaat yang ditawarkan termasuk perlindungan berdasarkan nilai dipersetujui bagi kenderaan sehingga usia 12 tahun, tiada caj betterment sehingga 10 tahun dan pengecualian lebihan tertentu sehingga 10 tahun.

Ia turut merangkumi perlindungan bencana khas, khidmat tunda tanpa had, perlindungan untuk semua pemandu serta penggunaan alat ganti tulen.

Pemilik juga menerima perlindungan kemalangan diri sehingga RM20,000 bagi setiap pemandu atau penumpang, dengan jumlah maksimum RM80,000.

Selain itu, perlindungan kehilangan atau kerosakan kunci sehingga RM2,000 turut disediakan.

Ads

Pelanggan yang membeli melalui cawangan Naza Eastern Motors pula akan menerima keahlian SkyLounge secara percuma selama setahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Suzuki Juru

Lokasi Suzuki Juru

Suzuki Juru dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang di:

No. 3 (GF), Jalan Sentral Jaya,
Pusat Perdagangan Sentral Jaya,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Baca Juga : Suzuki Dan CARSOME Jalin Kerjasama, Mudahkan Pelanggan Tukar Kereta Baharu

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

YouTube video player

 

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Kia PV7 Tampil Sebagai PBV Elektrik Baharu!

Kia PV7 Tampil Sebagai PBV Elektrik Baharu, Tawar Jarak Sehingga 480 KM Kia terus memperluaskan strategi kenderaan elektriknya dengan memperkenalkan Kia PV7, model kedua dalam...