Sempena ulang tahun ke-60 Mustang, Shelby American telah menghasilkan sebuah jentera berkuasa daripada model asas Ford Mustang yang dikenali sebagai Shelby Super Snake 2024.

Hadir dengan enjin V-8 supercharged yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 830 kuasa kuda, Super Snake telah mengatasi model Shelby sebelum ini iaitu GT500. Terhad  hanya 250 unit, model eksklusif ini pasti bakal menjadi rebutan peminat Mustang di luar sana.

Tersedia dengan pilihan enjin Coyote V-8 5.0 liter yang menghasilkan 480 kuasa kuda atau varian supercharged Whipple yang menghasilkan 830 kuasa kuda, Super Snake memenuhi kriteria peminat model Mustang.

Kereta ini dilengkapi dengan suspensi yang telah ditala semula untuk membawa sebuah enjin yang sangat berkuasa, ekzos Borla yang pasti menghasilkan bunyi yang cukup mengancam, sistem brek daripada Brembo, dan sistem penyejukan yang ditingkatkan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi trenkuasa. Peminat yang memilih transmisi manual enam kelajuan akan menikmati short-throw shifter dan robust one-piece driveshaft.

IKLAN

Kenderaan ini menampilkan rim magnesium 20 inci, yang mampu mengurangkan berat kereta tersebut. Penambahbaikan aerodinamik seperti custom aluminum hood, carbon wide-body front fenders, dan komponen lain daripada gentian karbon seperti  bumper piece, grille, side rockers, dan lower diffuser.

Bagi model fastback atau convertible pemilik akan menerima spoiler GT Wing besar karbon atau spoiler ekor itik yang lebih sederhana.

IKLAN

Untuk ruangan di dalam kokpit, Super Snake mempunyai beberapa modifikasi khusus Shelby. Ini termasuk tempat duduk dan lapik kaki yang disulam, Cobra-themed puddle lamps, Super Snake door sill plates, dan plak dash bersiri yang menunjukkan keunikan kereta tersebut. Model transmisi manual menerima Shelby-branded shifter ball yang menambah sentuhan kelas dan keunikan pada pengalaman memandu.

IKLAN

Walaupun butiran harga masih belum diumumkan, Shelby American telah mengesahkan bahawa pengeluaran Super Snake 2024 akan bermula pada pertengahan musim panas.

Dengan hanya 250 unit yang dirancang untuk pengeluaran, individu yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan dengan segera. Setiap Super Snake dilengkapi dengan jaminan 3 tahun/36,000 batu, dengan powertrain warranty asal Ford juga masih kekal.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI