Jenama motosikal elektrik baharu dari Royal Enfield, Flying Flea, memperkenalkan sebuah karya seni yang dikenali sebagai ‘Motototem’.
Hasil kolaborasi dengan artis dan pereka Itali yang diiktiraf antarabangsa Mattia Biagi, motosikal ini diperkenalkan buat julung kalinya di pentas antarabangsa Salone Del Mobile 2025.
Acara ini merupakan satu acara reka bentuk paling berprestij di Milan.
Motototem dibangunkan berasaskan model FF.C6 keluaran Flying Flea.
Motosikal ini menggabungkan material semula jadi seperti travertine, tanah liat, gangsa, batu, kaca tiupan tangan dan kulit.
Menghidupkan Legenda Flying Flea
Reka bentuk motosikal ini mengambil inspirasi daripada motosikal Flying Flea era 1940-an yang pernah dijatuhkan dari udara menggunakan payung terjun.
Rekaan Motototem mengekalkan siluet klasik FF.C6 tetapi diperkaya dengan perincian yang artistik.
Pemegang dan perehat kaki digantikan dengan logam gangsa bercorak cap jari artis, manakala lampu depan dan belakang diganti dengan kaca tiupan tangan yang halus.
Ads
Tangki motosikal yang menjadi nadi utama, dibina sepenuhnya daripada batu travertine.
Ianya direka seakan bentuk payung terjun sebagai penghormatan kepada sejarah Flying Flea.
Sementara itu, mudguard dihiasi daun yang diabadikan dalam resin jernih, melambangkan kehidupan baru dan kelestarian alam.
Perpaduan Reka Bentuk dan Alam Semula Jadi
Tempat duduk asal FF.C6 kini digantikan dengan kayu walnut padu yang memberikan tekstur semula jadi dan kehangatan.
Bahagian fork hadapan pula dihiasi tanah liat yang dibentuk tangan, menyerlahkan identiti ‘scrambler’.
Penutup tali sawat belakang juga memperlihatkan bentuk organik menyerupai bunga yang baru berkembang dan ianya adalah simbol cetusan idea baharu.
Ads
Bahagian bekas bateri magnesium pula dihiasi dengan sirip seni serta sekeping batu hitam, menyatu dengan bingkai aluminium tempa, melambangkan hubungan antara masa lalu dan masa depan.
Paling unik, tayar Motototem dihiasi dengan burung layang-layang kulit buatan tangan, simbol kepada semangat pengembaraan dan kepulangan ke rumah.
Motototem: Simbol Emosi dan Gerakan
Menurut Mario Alvisi, Ketua Pegawai Pertumbuhan, Kenderaan Elektrik Royal Enfield,
“Motototem menangkap roh Flying Flea dengan cara yang luar biasa dan emosional. Ia bukan sekadar motosikal, tetapi sebuah arca bergerak yang menghubungkan reka bentuk, budaya dan mobiliti dalam bentuk yang menginspirasi.”
Selepas pelancaran di Milan, Motototem akan menjelajah ke pelbagai acara dan lokasi global sepanjang tahun 2025.
Hasil seni ini bakal menampilkan bagaimana sebuah motosikal boleh menjadi kanvas seni yang hidup.
Ads
Tentang Flying Flea
Flying Flea ialah jenama motosikal elektrik baharu di bawah naungan Royal Enfield yang berlandaskan falsafah “Pure Motorcycling” lebih 120 tahun.
Dicipta bagi melakar semula masa depan mobiliti, Flying Flea menampilkan dua model pertama – FF.C6 dan FF.S6.
Model ini bakal dilancarkan menjelang awal 2026.
Dengan lebih 200 jurutera di UK dan India serta lebih 45 paten difailkan, Flying Flea membina teknologi bateri, motor dan perisian sendiri secara dalaman.
Tentang Mattia Biagi
Mattia Biagi ialah artis dan pereka Itali yang diiktiraf antarabangsa.
Karyanya telah dipamerkan di pelbagai muzium ternama dan menjadi buruan kolektor seni di seluruh dunia.
Dengan pendekatan seni yang menggabungkan reka bentuk, naratif dan materialiti, Biagi terus mengubah persepsi terhadap hubungan antara seni dan rekaan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Dalam operasi besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak polis di Jalan Klebang Ria, seramai 136 individu termasuk 69 pelajar sekolah telah ditahan. Operasi yang diberi nama Op Bersepadu Samseng Jalanan ini melibatkan gabungan pihak Polis Trafik, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Operasi yang bermula pada jam 6 petang itu menyaksikan 130 lelaki dan 6 wanita berusia antara 12 hingga 45 tahun diberkas. Lebih mengejutkan, 22 pelajar Tingkatan Lima yang dijadualkan menduduki peperiksaan percubaan SPM bulan ini turut termasuk dalam senarai mereka yang ditahan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, mendedahkan dua lelaki berusia 20-an telah ditahan kerana terlibat dalam lumba haram. Kes mereka disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang membawa hukuman keras kepada pesalah lumba haram. Selain itu, dua lagi individu juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Kredit – TV3
Anggota Polis Cedera
Kejadian ini juga melibatkan insiden seorang anggota polis berpangkat koperal yang mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar motosikal ketika menjalankan pemeriksaan. Menurut Azizi, kawasan Jalan Klebang Ria ini telah lama dikenali sebagai hotspot untuk aktiviti rempit dan lumba haram yang sering menarik ramai penonton.
Dalam operasi tersebut, polis berjaya menahan 101 motosikal, dan 20 daripadanya telah disita kerana pelbagai kesalahan. Sebanyak 168 saman dikeluarkan kepada pesalah, dengan kesalahan paling kerap adalah menunggang motosikal tanpa lesen. Manakala, JAS turut mengeluarkan 11 notis kompaun kepada individu yang melanggar had bunyi bising yang ditetapkan.
Kredit – Careta
Menurut Datuk Azizi,
Operasi seperti ini sangat penting untuk menangani isu samseng jalanan yang semakin meruncing, terutama di kalangan remaja.
Aktiviti lumba haram bukan sahaja berbahaya kepada pelumba, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.
Beliau juga menekankan bahawa penglibatan pelajar sekolah dalam aktiviti ini amat membimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila mereka sepatutnya sedang menumpukan perhatian kepada persediaan peperiksaan.
Operasi sebegini akan diteruskan bagi memastikan keselamatan di jalan raya. Selain mendidik golongan muda tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya.
Pihak polis juga menggesa ibu bapa agar lebih peka dengan aktiviti anak-anak mereka dan memberikan perhatian yang lebih terhadap kegiatan luar waktu persekolahan.
Ternyata, masalah samseng jalanan bukan isu remeh yang boleh diabaikan.
Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan masa depan anak-anak muda yang sepatutnya sedang fokus membina kehidupan. Bukannya mempertaruhkan nyawa di jalan raya.
Hujung minggu lalu, berlegar-legar gambar McLaren Senna warna ‘Volcano Yellow’ di media sosial. Setelah kami kaji, pemiliknya memang biasa nampak dan dengar iaitu usahawan terkemuka, El Azman.
Yang tak pernah dengar nama beliau, mungkin pernah dengar bisnes yang diusahakan, Elrah Exclusive yang fokus menjual baju tradisional kaum melayu atau Baju Melayu dan pakaian ‘ready to wear’.
Pemerhatian Awal..
Menurut dari akaun instagram @elazman_ , Senna tiba di Malaysia pada Sabtu 2 Mac yang lalu dan seterusnya, dibawa ke DTC Motors yang terletak di Kuala Lumpur untuk sesi penyerahan yang diadakan semalam.
Fakta ringkas mengenai McLaren Senna, ia merupakan model edisi khas dimana hanya 500 unit sahaja yang dihasilkan dan kesemuanya telah habis dijual. Nama Senna diambil demi memperingati pemandu legenda Formula 1 iaitu, Ayrton Senna da Silva.
Senna merupakan pemandu dari Brazil yang sertai McLaren Racing Limited antara 1988 hingga 1993. Beliau turut memenangi tiga kejuaraan Formula One World Drivers Championship dan 35 kejuaraan pada Formula One Grand Prix.
Kemudian pada tahun 1994, beliau telah ditimpa kemalangan ketika berlumba di San Marino Grand Prix (Imola). Puncanya kerana masalah teknikal pada kereta. Senna menghentam sisi litar di selekoh pusingan ke tujuh pada kelajuan 300km/j+. Senna berumur 34 tahun.
Akibat dari itu, beliau telah terkorban dan sebagai memberi penghormatan kepada pencapaian dan semangatnya, maka lahirlah McLaren Senna, sebuah model hypercar dengan enjin 4.0 liter V8 Turbocharged, menghasilkan 789 HP dan 800 Nm.
Walaupun McLaren Senna memfokuskan pada prestasi dalam litar namun ia masih sah untuk dibawa di atas jalan (sama seperti GT3 RS).
Kredit Foto: IG elazman_
Menurut McLaren, Senna mampu memecut dari:
0-100 km/j hanya 2.8 saat
0-200 km/j hanya 6.8 saat
0-300km/j hanya 17.5 saat
Sebelum mencapai kelajuan maksimum 340km/j. Untuk harga rasmi, memiliki McLaren Senna bermula dari RM4.73 juta ($1juta USD). Menurut netizen, pemilik Senna di Malaysia yang lain dikatakan hanyalah kaum kerabat dan ini merupakan yang pertama rakyat Malaysia miliki jentera raksasa ini.
AmInvestment Bank melaporkan bahawa kira-kira 80 peratus pembeli kereta PROTON dan PERODUA memilih tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, menurut satu nota penyelidikan yang dikeluarkan oleh bank pelaburan tersebut.
Menurut nota penyelidikan itu, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan utama di kalangan demografi berpendapatan sederhana hingga rendah. Bagi segmen masyarakat ini, memiliki kenderaan bukan sekadar untuk kemewahan, tetapi lebih kepada keperluan asas.
“Yang paling penting bagi mereka adalah bayaran ansuran bulanan. Keadaan kewangan mereka sangat dipengaruhi oleh kadar faedah semasa,” kata penganalisis dari AmInvestment Bank.
Dia turut menekankan bahawa rakyat biasa sangat peka terhadap Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia, kerana ia berkait rapat dengan keadaan kewangan mereka. Pemantauan terhadap OPR adalah penting kerana ia berkaitan dengan kos pemilikan kereta.
Kredit Foto: Paultan
AmInvestment Bank juga mencatatkan bahawa permohonan dan kelulusan pinjaman kereta pada masa ini masih kekal kukuh, terutamanya untuk model Myvi. Permintaan yang tinggi untuk model ini disebabkan oleh keperluan mendesak dan kebimbangan akan kenaikan OPR pada masa akan datang.
Firma penyelidikan itu juga melaporkan bahawa pembelian kenderaan terpakai masih kekal tinggi, walaupun beberapa pengeluar menghadapi masalah rantaian bekalan. Hal ini menyebabkan peningkatan permintaan dalam segmen kenderaan terpakai.
“Dalam masa yang sama, kami juga melihat minat yang tinggi terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) di bilik pameran kereta. Pembeli telah mula mengambil kira potensi penjimatan bahan api berbanding kos elektrik,” jelas penganalisis AmInvestment Bank.
Menurut beliau, BEV semakin popular terutamanya di kalangan golongan T10 yang melihat kenderaan elektrik sebagai pilihan menarik untuk digunakan pada hujung minggu. Tambahan pula, pelbagai pengecualian cukai membuatkan pemilikan BEV menjadi lebih berbaloi, terutamanya di kalangan golongan elit.
Hyundai Malaysia memperkenalkan barisan model terbaharunya yang merangkumi MPV futuristik STARIA, SUV segmen C yang lebih canggih iaitu TUCSON. Serta debut penuh bergaya untuk...