Baru-baru ini, Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan varian terkini SUV mewah, Range Rover Sport 2023 untuk pasaran dan peminat automotif di Malaysia. Untuk pengetahuan anda ia merupakan generasi ketiga dari Range Rover Sport yang menampilkan pelbagai -ciri yang cukup memukau.
Tampil sebagai satu-satunya varian yang ditawarkan bagi Range Rover Sport 2023 di Malaysia, ia dilengkapi dengan kuasa dari enjin Ingenium enam silinder sebaris berkapasiti 3.0 liter yang dilengkapi dengan teknologi hibrid ringan 48V.
Keseluruhan kuasa yang dijana oleh Range Rover Sport 2023 ini adalah sekitar 400 PS pada julat putaran enjin 5,500-6,500 rpm, dengan daya kilas sebanyak 550 Nm pada julat putaran 2,000-5,000 rpm.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik ZF dengan sistem pacuan semua roda. Jadi tidak hairanlah ia mampu menghasilkan prestasi yang cemerlang dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya 5.7 saat dan kelajuan tertinggi mencapai sehingga 242 km/j.
Dari segi dimensi, Range Rover Sport 2023 memiliki panjang 4,946 mm, lebar 2,209 mm dan tinggi 1,820 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,997 mm.
Ads
Ia juga menawarkan jarak lega bumi sebanyak 216 mm yang boleh ditinggikan sehingga 280 mm, dan memiliki keupayaan untuk meredah air dengan kedalaman sehingga 900 mm. Ruang kargo adalah sebesar 647 liter yang boleh ditingkatkan sehingga 1,860 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.
Penting untuk dinyatakan bahawa Range Rover Sport generasi ketiga ini dibina dengan menggunakan seni bina logam campuran MLA-Flex yang membuatkan casisnya 35 peratus lebih tegap berbanding model terdahulu. Ini memberi keyakinan kepada pemandu dan penumpang pada keselamatan dan prestasi keseluruhan kenderaan.
Ads
Pada bahagian luaran, Range Rover Sport 2023 dilengkapi dengan perincian seperti unit lampu LED Digital, pemegang pintu terbenam, rim aloi berukuran 22 inci yang menarik dengan warna satin dark grey, sistem brek Brembo, serta sistem suspensi udara dinamik yang membolehkan pengubahsuaian ketinggian kenderaan dan kemasan luaran Dynamic yang memukau.
Ruang kabin Range Rover Sport juga tidak ketinggalan dengan ciri-ciri seperti skrin kluster digital sebesar 13.7 inci, skrin infohibur Pivi Pro sebesar 13.1 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin paparan hadapan, kamera 360 darjah untuk memudahkan pemanduan dan parkir, sistem kawalan iklim empat zon, penderia kualiti udara kabin, Cabin Air Purification Pro, serta slot pengecasan tanpa wayar.
Ads
Ciri keselamatan yang disertakan dalam model ini termasuklah brek kecemasan, bantuan titik buta, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, bantuan parkir serta sistem pengesanan papan tanda trafik.
Untuk peminat Range Rover Sport di Malaysia, model 2023 ini ditawarkan dengan harga permulaan dari RM1,698,000. Range Rover Sport 2023 pastinya akan menjadi pilihan yang menarik bagi mereka yang menghargai prestasi, kecanggihan, dan keupayaan meredah alam.
1 of 7
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Setelah lima tahun menyaksikan keheningan dalam arena sukan rali di Malaysia, kini kembalinya kegemilangan acara perlumbaan rali yang akan bergema pada tahun 2024.
Litar perlumbaan di ladang sawit yang mencabar di Malaysia dan sejarah gemilang sukan rally negara, yang membuahkan juara PWRC seperti Karamjit Singh, telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama dalam kalangan penganjur dan tempat perlumbaan di Asia Pasifik.
Acara besar dalam bentuk karnival sukan lumba rali bakal berlangsung pada bulan Mac 2024 di Kawasan Parlimen Paya Besar, menampilkan ladang sawit Felda Panching dan kecantikan Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Perlumbaan besar MIRC ini diusahakan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) dan dikelola oleh Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation bersama Pejabat Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang, dan Pahang Corporation. Sokongan turut diterima dari Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Kementerian Belia & Sukan Malaysia.
Menurut Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Abdul Latif, Pengarah Acara, MIRC kali ini adalah acara yang unik dan penuh berbeza. Perlumbaan utama akan menampilkan pelumba rali serta jentera terkini dari China, Thailand, dan Indonesia.
Selain perlumbaan, terdapat karnival dan makanan di Tapak Karnival Felda Panching dan Tapak Karnival Bandar Kuantan. Acara tambahan seperti konsert artis terkini dan ceramah agama juga akan diselitkan dalam acara ini.
Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, menyambut baik kedatangan acara sukan rally dan karnival terbesar ini, sambil memberi penekanan terhadap keunikan litar perlumbaan di Felda Panching yang menjadi tumpuan selepas lima tahun.
Penganjur berharap untuk terus berkolaborasi dengan sektor swasta dan korporat sebagai rakan penaja untuk memperkukuhkan lagi kedudukan sukan lumba rali di Malaysia. Bagi maklumat lanjut dan pertanyaan berkenaan perlumbaan dan karnival, sila hubungi Dato’ Seri Mohamad Khafey Ikhwan Abdul Latif di talian 011-10885311 atau Tn Hj Sutan Mustaffa Salihin di 0162285784.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dari SLS Gullwing kepada GT generasi pertama, serta SLR McLaren-Benz. Sebelum tiga model ini, kereta sport Mercedes-AMG coupe telah menggabungkan kecemerlangan dan prestasi sehingga ke tahap hedonistik selama bertahun-tahun.
Walau bagaimanapun, reka bentuk semula AMG GT Coupe 2024 yang menyerupai banyak roadster SL terkini nampaknya menunjukkan barisan jurutera AMG telah mengambil pendekatan yang lebih luas dan praktikal.
Bagi generasi kedua AMG GT, reka bentuk badan yang membonjol dan muncung yang menjunam menjadikan ia lebih lembut di mata berbanding model sebelumnya. Model ini menggunakan rangka aluminium yang terdiri daripada keluli, magnesium dan gentian karbon.
Dimensinya juga telah meningkat sedikit dengan jarak antara roda 2,700 mm (+70 mm) dan panjang 4,728 mm (+182 mm), Mercedes-AMG GT 2024 generasi kedua mempunyai lebar 45 mm dan tinggi 66 mm.
Sebagai tambahan kepada spoiler belakang yang aktif, terdapat juga sistem aerodinamik aktif di bahagian hadapan bawah badan kereta. Pakej pilihan aerodinamik termasuk, tambahan pesongan udara hadapan, diffuser belakang yang lebih jelas dan sayap statik di belakang.
Untuk bahagian hadapan, ia mempunyai unit lampu utama yang berbeza berbanding AMG SL dan jeriji Panamericana dengan kemasan hitam berkilat di bahagian hadapan manakala bahagian belakang unit lampu kelihatan lebih nipis.
Menurut jurucakap AMG, AMG GT datang dengan rim 20 inci standard; ia juga boleh dinaik taraf kepada rim 21 inci. Tambahan lagi, objektif utama reka bentuk semula GT adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan sedia ada yang menginginkan ciri praktikal yang lebih tinggi tanpa mengurangkan prestasi.
Oleh itu, sistem pacuan semua roda (AWD) kini standard, menggantikan pacuan roda belakang kereta. Sistem ini boleh menghantar sehingga 50% tork enjin ke roda hadapan atau 100% ke gandar belakang.
Untuk model GT55, enjin 4.0-liter V8 berkembar AMG mempunyai 469 kuasa kuda dan daya kilas 516Nm dengan prestasi pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan kelajuan tertinggi 295 km/j,
Manakala untuk varian AMG GT63, ia mampu menghasilkan 577 kuasa kuda dengan daya kilas 590 Nm dan pecutan 0-100 km/j dalam 3.2 saat dan kelajuan tertinggi 315 km/j.
Berbanding dengan GT lama, kabin baharu ini lebih besar, lebih mewah dan lebih mudah dilihat, terutamanya dengan pilihan bumbung kaca panoramik. Mereka turut menawarkan konfigurasi kerusi 2+2 yang lebih praktikal.
Bahagian dalaman GT baharu terdiri daripada pendingin hawa yang kelihatan seperti turbin dan skrin paparan tengah 11.9 inci, ia adalah tetapan berteknologi tinggi yangakan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.
Tempat duduk jenis ‘bucket’ yang mempunyai fungsi urutan akan menjadi standard dan boleh dinaik taraf untuk menjadi tempat duduk yang lebih agresif untuk prestasi. Ruang simpan juga boleh diluaskan daripada 321 liter ke 675 liter jika dilipat tempat duduk belakang.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Suzuki V-Strom 250SX hadir ke pasaran tempatan sejak Ogos 2024. Ikutkan, pada hari penyerahan kunci batch pertama haritu, kami nak pandu uji namun kekangan masa. Jadi, kami pinjam pada minggu ini untuk tunggang uji motor sejauh 150 km – harapnya dapatlah memberi pandangan yang bermanfaat.
Reka Bentuk V-Strom 250SX
Secara kasar, model ini memang 100% nampak seperti adventure bike. Ya betul. Namun, sebab ada huruf ‘SX’ di belakang yang bermaksud ‘Sport Crossover’. Ia mempunyai jiwa kesukanan walaupun dimensi motor kembara.
Paruh adventure bike di depan memang sudah menjadi DNA bagi mana-mana motor sebegini. Lampu utama depan dan belakang sepenuhnya LED. Casis yang tirus dan tegap menambah keyakinan kepada penunggang – terutama yang baru.
Keyakinan menunggang, menyelit dalam apa jua keadaan yang boleh terjadi di atas jalan.
Tunggang Jarak Jauh
Cukup dengan mekanikal. Apa rasanya bawa 250SX? Lenguh ke tidak? Berbaloi ke dengan harga? Baiklah.
Kami telah pandu uji sejauh 150 km di sekitar Selangor dan mendapati model ini boleh dikatakan ‘All Rounder’. Sebabnya?
Penulis sengaja memilih jalan yang mungkin dilalui oleh pemilik 250SX iaitu jalan persekutuan, lebuhraya dan bandar. Apa yang boleh diperhati, setiap permukaan jalan yang dilalui, model ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jalan Persekutuan – Hantaran kuasa sekata
Lebuhraya – Lincah
Jalan Bandar – Jarak penglihatan luas, lebih selamat
Bermula dari barat Selangor, penulis melalui lebuhraya dengan keadaan trafik yang sederhana. Berat motor hanya 167kg – sedikit membuang dan tidak stabil ketika melintasi kenderaan besar namun tidak kritikal.
Selepas itu, penulis cuba melalui jalan bandar ketika waktu sesak. Ketinggian tempat duduk 835mm sangat membantu ketika sesak – jarak penglihatan lebih luas dan hampir sama tinggi dengan 4×4.
Seterusnya, jalan persekutuan. Transmisi enam kelajuan dengan kuasa sekitar 26 HP & 22.2 Nm tork memberi hantaran yang sekata dan tidak agresif – sesuai ketika jalan sesak atau ketika anda nak santai.
Posisi badan menegak dengan handlebar yang tinggi sangat membantu dalam mengurangkan lenguh tapi bukan getaran. Jadi pakai glove yang mesra getaran. Kaki tiada masalah, tiada isu.
Harga Suzuki V-Strom 250SX bermula dari RM17,800 dengan tiga pilihan warna Kuning, Oren dan Hitam. Boleh kunjungi pengedar sah Suzuki Malaysia untuk ketahui lebih lanjut.
Malaysia kini menyaksikan kemasukan syarikat e-hailing terbaru, Bolt, yang bakal bersaing dengan perkhidmatan popular seperti Grab dan AirAsia Ride. Bolt Services My Sdn. Bhd....