Sambutan Kemenangan Formula E Dengan Pameran Livery Ikonik dan Tawaran Eksklusif

Selepas kejayaan gemilang merangkul gelaran berganda ABB FIA Formula E World Championship 2025 dalam kategori Teams dan Manufacturers, Porsche Malaysia meraikan detik bersejarah ini dengan penganjuran ‘Motorsport Weekend’ secara serentak di tiga Porsche Centre pada 16 dan 17 Ogos 2025.

Lokasi yang terlibat ialah Porsche Centre Ara Damansara, Porsche Centre Penang, dan Porsche Centre Johor Bahru

Porsche Malaysia menjemput peminat sukan permotoran serta pemilik Porsche untuk merasai sendiri warisan perlumbaan jenama ini.

Pameran Livery Ikonik: Sejarah Lumba di Atas Jalan Raya

Antara tarikan utama ialah pameran model Porsche terbaharu yang dihias dengan livery lagenda yang pernah mengharumkan nama jenama di pentas perlumbaan dunia.

Salzburg – Lagenda Merah Putih

Mengimbau kembali kemenangan pertama Porsche di 24 Hours of Le Mans 1970 menerusi Porsche 917 KH.

Ads

Rekaan tersebut kembali pada Porsche Macan elektrik yang membuktikan DNA lumba kekal walaupun dalam bentuk SUV elektrik moden.

99X – Ikon Elektrik Formula E

Dibalut dalam rona ungu ‘Purple Sky Metallic’ dan hijau ‘Shade Green Metallic’, livery Porsche 99X Electric diambil terus daripada jentera pemenang Formula E musim ke-11.

Rekaan ini kini menghiasi Porsche Taycan, berkongsi teknologi pacuan elektrik 800-volt yang terbukti di litar dan kini dipindahkan ke jalan raya.

‘Roughroads’ – Semangat Paris-Dakar

Gabungan warna putih, merah, emas dan biru pada livery ‘Roughroads’ mengimbau kemenangan Porsche di rali Paris–Dakar.

Ads

Kini, ia dihidupkan kembali pada Porsche Cayenne, SUV mewah yang menggabungkan keupayaan off-road dan keselesaan harian.

Porsche Malaysia Anjur ‘Motorsport Weekend’ 16 & 17 Ogos 2025

Tawaran Eksklusif Sepanjang Hujung Minggu

Bersempena acara ini, Porsche Malaysia menawarkan insurans percuma selama setahun bagi setiap tempahan Taycan, Macan atau Cayenne* sepanjang hujung minggu.

Ads

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati diskaun sehingga 40% untuk barangan Porsche Lifestyle.

Raikan DNA Perlumbaan Porsche di Seluruh Malaysia

‘Motorsport Weekend’ ini bukan sekadar pameran, tetapi pengalaman untuk mendekati semangat perlumbaan Porsche daripada kemenangan di Le Mans, penguasaan rali, hingga kejayaan era elektrik di Formula E.

Untuk maklumat lanjut, layari: bit.ly/motorsport-weekend

Baca Juga : Porsche Malaysia 15 Tahun, Dari Glenmarie ke Arena Serantau

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI