Meletakkan kenderaan di bawah matahari tanpa teduh adalah amalan yang biasa dilakukan, terutamanya di kawasan yang kekurangan tempat letak kereta berbumbung.
Namun, apakah kesan-kesan jangka panjang kepada kenderaan jika ia sering terdedah kepada sinaran matahari secara langsung?
Adakah tindakan ini baik atau buruk untuk kenderaan anda? Artikel ini akan membincangkan kebaikan dan keburukan meletakkan kenderaan di bawah matahari serta tips untuk mengurangkan kesan buruk.
Kesan Buruk Park Kenderaan Bawah Matahari
Kerosakan Cat dan Penampilan:
– Sinaran UV yang berterusan boleh menyebabkan cat kenderaan pudar dan mengelupas. Ini bukan sahaja menjejaskan penampilan kereta, tetapi juga mengurangkan nilai jika kita nak jual semula kenderaan.
Kerosakan Dalaman:
– Bahagian dalaman kenderaan seperti papan pemuka, stereng, dan tempat duduk juga terdedah kepada sinaran UV. Bahan seperti plastik dan kulit boleh retak, pudar, dan menjadi rapuh. Selain itu, suhu tinggi di dalam kereta boleh menyebabkan komponen elektronik dan kawalan suhu menjadi rosak.
Keselesaan Pengguna:
– Suhu dalaman kereta yang tinggi akibat pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan keselesaan pengguna terjejas. Udara panas yang terperangkap di dalam kenderaan boleh menyebabkan kepanasan yang melampau, menjadikan masa yang diambil untuk menyejukkan kereta lebih lama dan penggunaan penghawa dingin yang lebih tinggi.
Ads
Kerosakan Komponen Mekanikal:
– Bateri kenderaan dan komponen mekanikal lain juga boleh terjejas akibat suhu yang terlalu panas. Suhu tinggi boleh menyebabkan cecair dalam bateri menyejat lebih cepat, mengurangkan jangka hayat bateri dan prestasi enjin.
Kelebihan Kenderaan di Bawah Matahari
Pengeringan Semulajadi:
– Meletakkan kenderaan di bawah matahari boleh membantu mengeringkan bahagian-bahagian kereta yang basah, seperti selepas hujan atau mencuci kereta. Ini dapat mengurangkan risiko karat pada bahagian logam kenderaan.
Pengurangan Pembentukan Jamur:
– Sinaran matahari boleh membantu mengurangkan kelembapan di dalam kereta, seterusnya mengurangkan risiko pembentukan jamur dan bau yang tidak menyenangkan.
Tips Melindungi Kenderaan dari Sinaran Matahari
Gunakan Penutup Kereta:
– Penutup kereta boleh membantu melindungi cat dan bahagian dalaman kenderaan daripada sinaran UV. Ia juga dapat mengurangkan suhu dalaman kereta.
Ads
Pasang Sunshade:
– Sunshade pada cermin depan dan belakang boleh mengurangkan pendedahan langsung kepada sinaran matahari, seterusnya mengurangkan suhu dalaman dan melindungi bahagian dalam kenderaan.
Parkir di Tempat Teduh:
– Jika boleh, pilih tempat letak kereta yang berbumbung atau di bawah pokok. Ini dapat memberikan perlindungan semulajadi daripada sinaran matahari.
Guna Produk Perlindungan UV:
– Gunakan produk seperti wax dan pelindung UV pada cat kereta untuk melindungi daripada kerosakan akibat sinaran UV.
Ads
Kesimpulannya, meletakkan kenderaan di bawah matahari tanpa teduh mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Sinaran UV yang berterusan boleh menyebabkan pelbagai kerosakan pada kenderaan, baik dari segi penampilan mahupun komponen dalaman dan mekanikal.
Namun, dengan langkah-langkah perlindungan yang betul, anda dapat mengurangkan kesan buruk dan memastikan kenderaan anda tetap dalam keadaan baik.
Oleh itu, penting untuk mengambil langkah proaktif dalam melindungi kenderaan daripada sinaran matahari yang berlebihan.
Bagi warganegara Malaysia mahupun pemaustatin tetap di negara ini, anda pasti biasa dengar dengan lesen motosikal kelas B2 dan B Penuh (atau B Full).
Kelas ini boleh dikatakan terkenal kerana ini adalah kelas lesen yang paling biasa orang sasar ketika mahu mengambil lesen motosikal atau ketika hendak naik taraf lesen.
Namun, ada dua lagi kelas lesen motosikal yang ramai tidak tahu tahu kurang pendedahan iaitu, Kelas B1 & Kelas C. Dalam penulisan kali ini kita akan rungkaikan apa kriteria kelas-kelas tersebut dan apakah syarat kelayakannya.
BMW G 310 GS
Lesen Motosikal Kelas B1
Secara asas, seseorang layak untuk mengambil mana-mana lesen motosikal apabila umur sudah mencecah 16 tahun mengikut tarikh lahir (bukan mengikut tahun). Kelas B1 hanyalah lesen sah bagi tunggangan motosikal berkuasa tidak lebih 500cc.
Sebagai contoh, motosikal seperti BMW G 310 GS, Zontes 368G, Honda Rebel 500, Royal Enfield Scram 411 dan pelbagai lagi senarai motosikal bawah 500cc yang ditawarkan dalam pasaran Malaysia.
Harga bagi Kelas B1 adalah sekitar RM450 hingga RM900. Bergantung kepada sekolah memandu, harga ini mungkin berubah-ubah dan mungkin sesetengah tempat tidak menawarkan kelas ini.
Motosikal Roda Tiga Rekreasi
Lesen Kelas C
Bagi lesen kelas C, ianya adalah khas untuk motosikal jenis beroda tiga. Walaupun jarang untuk kita lihat motosikal beroda tiga di jalan raya Malaysia percayalah, kenderaan begini ada peminatnya yang tersendiri.
Selain penggunaan rekreasi, kenderaan seperti ini banyak digunakan oleh penjual makanan di jalanan. Contohnya, mereka yang menjual cendol, laksa, ais krim, pasembur dan sebagainya. Itu dikategorikan sebagai motosikal beroda tiga dan wajib mempunyai lesen kelas C.
Harga bagi kelas ini tidak dinyatakan di mana-mana pautan namun mengikut dari pemerhatian penulis berdasarkan sumber Internet. Ia bermula dari RM200 hingga RM500 mengikut kawasan dan sekolah memandu.
Bermula tahun 2024, pemegang lesen B1 dan B2 yang telah memiliki salah satu atau kedua-dua kelas lesen tersebut lebih daripada sepuluh (10) tahun boleh menaiktaraf lesen memandu mereka ke kelas B.
Syaratnya, mereka harus mengikuti kelas peralihan di sekolah memandu dan tidak mempunyai apa-apa saman trafik atau disabitkan bersalah di mahkamah atas apa-apa jua kesalahan trafik seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Jenama sukan global PUMA sedang berusaha untuk mencipta satu budaya dalam dunia sukan perlumbaan. Dengan platform sukan permotoran yang semakin berkembang, PUMA ingin menjadi naratif bagi komuniti automotif di litar dan di jalanan.
Kredit Foto: autobuzz.com
PUMA bakal memperkenalkan koleksi sukan permotoran bagi musim luruh dan musim sejuk (AW) 2023 pada hari ini. Membawakan kepada umum rekaan koleksi campuran antara litar dan ‘street-smart’, yang mana PUMA telah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka automotif.
Kredit Foto: autobuzz.com
Koleksi ini dilancarkan di empat pasaran Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina. Peminat dunia automotif boleh memilih dari pelbagai rekaan baju-T, hoodie, jaket, seluar trek, seluar pendek, topi, kasut dan pelbagai lagi aksesori lain.
Kredit Foto: licenseglobal.com
Koleksi AW 2023 boleh didapati di kedai PUMA terpilih dan juga di laman sesawang PUMA.com bermula 15 Ogos 2023. Anggaran harga bagi produk yang dihasilkan adalah dari RM159 hingga RM729. Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari, https://my.puma.com/my/en/motorsport-1.
Kredit Foto: fashiontrendsetter.com
Selain dari itu, PUMA turut merasmikan majlis Kelab Kereta di Asia Tenggara dengan Malaysia menjadi negara persinggahan pertama! Kelab Kereta PUMA yang julung kali diadakan ini akan menyambut kesempurnaan yang diinspirasikan oleh semangat komuniti sukan permotoran disini.
Kredit Foto: fashiontrendsetter.com
Majlis yang diadakan hari ini bertempat di Sentul Depot, Kuala Lumpur akan turut disertai duta jenama PUMA SEA Motorsport, Choo Sung-hoon (a.k.a. “Sexyama”), bintang global sukan MMA dan finalis siri Netflix Physical 100.
Kredit Foto: fashiontrendsetter.com
Turut bersama dari wakil Malaysia adalah Jeremy Lim, Pengurus Pengarah Blackbyrd & Dragonfly KL, Huang Ean Hwa, veteran pemasaran dan pengiklanan yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam industry dan juga pembaik pulih jenama kereta Porsche, Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Kelab Art Of Speed Malaysia.
Kredit Foto: autobuzz.com
Dato’ David Gurupatham, peguamcara yang disegani dengan tiga dekad pengalaman dalam industry, Dennis Yin, penari Malaysia, hos dan pempengaruh terkenal dan akhir sekali, Remus Chang, Pengasas dan Pengarah Kreatif Motorsport Playground dan peminat 911.
Kredit Foto: fashiontrendsetter.com
Selain menampilkan komuniti PUMA yang disebut tadi, majlis ini turut dimeriahkan dengan permainan, persembahan dan aktiviti yang mengujakan serta memberi sedikit intipati kepada dunia ekstrim sukan permotoran PUMA.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pada disember 2021, LEGO Technic telah melancarkan kit motosikal dalam skala 1:5 untuk model BMW M 1000 RR. Walaupun LEGO tidak asing lagi dalam menghasilkan kit motosikal daripada pelbagai jenama, M 1000 RR mewakili sesuatu yang baharu dan berbeza berdasarkan saiz yang agak besar dan ketelitian setiap komponen lego tersebut.
LEGO Technic kini hadir dengan model kit motosikal yang terbaharu iaitu Yamaha MT-10 SP yang mempunyai 1478 kepingan lego. Tidak seperti model M 1000 RR, sistem gear pada kit MT-10 SP ini boleh berfungsi dan hanya tiga gear sahaja boleh ditukar dan anda boleh menggunakan pemijak kaki sebelah kiri seperti model sebenar motosikal tersebut.
Seperti yang anda perhatikan pada kotak, kit Yamaha MT-10 SP LEGO Technic ini menawarkan ciri realiti tambahan. Jika anda membuka aplikasi LEGO pada telefon pintar anda, dan menggunakannya untuk melihat kit anda yang telah siap, ia akan menunjukkan kepada anda beberapa perkara menarik tentang MT-10 SP sebenar. Mungkin ciri paling hebat di sini juga melibatkan sistem gear, Memandangkan anda tidak dapat melihat fungsi sistem gear sebaik sahaja anda memasang keseluruhan kit, ciri AR membolehkan anda melihat animasi sistem gear dalam gerakan yang hampir sama (tetapi tidak cukup) seperti pergerakan motosikal sebenar.
LEGO Technic Yamaha MT-10 SP akan dilancarkan di seluruh dunia pada 1 Ogos 2023. Harga yang ditawarkan berbeza mengikut pasaran. Di Amerika Syarikat, Harga jualan yang dicadangkan adalah $239.99 (RM999). Untuk semua peminat LEGO, ada masih mempunyai masa untuk mengumpul duit sebelum produk ini memasuki pasaran pada bulan hadapan!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Musim perlumbaan 2025 bakal jadi yang paling meriah dalam sejarah Toyota Gazoo Racing Malaysia. Dengan barisan perlumbaan yang lebih mantap, pelancaran kejohanan sim racing...