Laporan Rasmi Pusingan 5, 6 & 7 – Litar Antarabangsa Sepang (Endurance Cup)
Dylan Pereira dari pasukan Team Shanghai Yonda BWT mempamerkan aksi dominan dengan menyapu bersih ketiga-tiga perlumbaan pada pusingan Endurance Cup Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) 2025 di Litar Antarabangsa Sepang.
Dengan penyertaan 27 pelumba, hujung minggu perlumbaan ini dipenuhi dengan persaingan sengit dan drama di setiap kategori.
Pusingan 5 PCCA di Bawah Lampu
Perlumbaan malam Sabtu dimulakan dengan Pereira di petak utama, mempertahankan kedudukan dengan penuh berani daripada cabaran Marco Giltrap (Team Porsche New Zealand) di selekoh pertama.
Dylan Yip (Phantom Global Racing) dan Hugo Ellis (Sime Motors Racing) turut bersaing hebat untuk tempat podium terakhir.
Pereira berjaya mengawal perlumbaan dengan cemerlang, memisahkan diri daripada pelumba lain dan menamatkan di tempat pertama. Manakala Giltrap kekal kukuh di tempat kedua. Yip pula bertahan daripada tekanan Ellis untuk meraih podium ketiganya berturut-turut.
Dalam kelas Pro-Am, Bao Jinlong (BWT Phantom Global Racing) bangkit daripada kedudukan keempat ketika kelayakan untuk memenangi perlumbaan menerusi aksi pintas yang bertenaga. Liu Kai Shun (TORO Racing) dan Li Xuanyu (Z.SPEED Motorsport) melengkapkan podium Pro-Am.
Kelas Am menyaksikan Cao Qikuan (610 Racing) bermula di petak utama tetapi dipintas oleh pendahulu kejuaraan, Munkong Sathienthirakul. Beliau merekodkan kemenangan kelima berturut-turut. Eric Kwong (Bergwerk Motorsport) bangkit cemerlang untuk tempat kedua dan Qikuan menamatkan di tempat ketiga.
Kemenangan di tempat sendiri bagi kelas Masters diraih oleh Adrian D’Silva (EBM), diikuti Jacky Wu (Porsche Retail 69 Team) dan John Shen (Modena Motorsports).
Ads
Dua Perlumbaan Hari Ahad – Dominasi Pereira Berterusan
Perlumbaan pagi Ahad dimulakan dengan Pereira sekali lagi di petak utama, kali ini diapit oleh Enzo Trulli (TORO Racing). Pereira bermula cemerlang, mempertahankan kedudukan manakala Giltrap mengatasi Yip untuk naik ke tempat ketiga. Josh Rowledge (Team Wetrade x PGR) juga menyertai perebutan podium.
Selepas gangguan kereta keselamatan, Pereira terus mengekalkan kedudukan. Giltrap memintas Trulli di selekoh terakhir untuk mengulang keputusan 1-2 malam Sabtu. Trulli bertahan di tempat ketiga meskipun ditekan hebat oleh Rowledge.
Kategori Pro-Am menyaksikan pertarungan sengit antara Bao dan Kai Shun. Namun yang terakhir terpaksa bersara akibat isu teknikal. Francis Tjia (OpenRoad Racing) dan Li Chao (Team Betterlife) menamatkan di belakang Bao.
Dalam kelas Am, Qikuan merampas kemenangan pertamanya musim ini selepas menewaskan Sathienthirakul pada saat akhir. Eric Kwong menamatkan di tempat ketiga.
Christian Chia (OpenRoad Racing) menang buat kali pertama musim ini dalam kelas Masters, diikuti Shen dan D’Silva yang bangkit selepas terlibat dalam insiden awal.
Ads
Perlumbaan Endurance: Aksi Panjang dan Mencabar
Perlumbaan utama selama 43 minit + 1 pusingan bermula dengan kekacauan. Menyebabkan beberapa pelumba seperti Amer Harris Jefry (Z.SPEED) dan Rodrigo Dias Almedia (Team Jebsen) tersingkir awal.
Setelah perlumbaan disambung semula, Pereira meneruskan dominasi, manakala Trulli membuat gerakan bijak untuk naik ke tempat kedua dari keempat.
Trulli mempertahankan kedudukannya daripada tekanan Yip sepanjang perlumbaan, dan kedudukan podium kekal sehingga ke akhir. Nazim Azman (Sime Motors Racing) menamatkan di tempat keempat, pencapaian membanggakan di laman sendiri.
Bao Jinlong melengkapkan hatrik kemenangan di kelas Pro-Am. Diikuti Xuanyu dan Tjia. Qikuan pula mengambil kemenangan kedua hujung minggu selepas sekali lagi menewaskan Sathienthirakul, dan juga berjaya menamatkan dalam kelompok 10 terbaik keseluruhan.
Henry Kwong di tempat ketiga dan Simon Chan (Fire Monkey Motorsport), pendatang baharu Endurance Cup, menamatkan di tempat keempat.
Ads
Kelas Masters mengalami dua DNS selepas Wu dan D’Silva tidak dapat meneruskan perlumbaan akibat kerosakan. John Shen memintas Chia untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini.
Sokongan Peminat dan Komitmen Penganjur
Selain aksi di litar, Porsche Malaysia menganjurkan acara Porsche Esports Sprint Challenge dan bekerjasama dengan Sime Motors Racing untuk meningkatkan keterlibatan peminat sepanjang acara. Kehadiran semula pelajar TTAP di pit-lane turut memberi warna pada penganjuran hujung minggu ini.
Porsche Carrera Cup Asia akan bersambung di Grand Prix Bangsaen pada 4-6 Julai sebagai sebahagian daripada Thailand Super Series yang dijangka meriah dengan perlumbaan jalanan yang mencabar dan penuh aksi.
Porsche Malaysia Hidupkan Semangat Motorsport di Bangsar
Porsche Malaysia, melalui Sime Darby Auto Performance, mengadakan pameran kereta sukan dan aktiviti motorsport di Bangsar Shopping Centre dari 21 hingga 25 Mei 2025.
Pengunjung berpeluang melihat sendiri model-model Porsche termasuk Porsche 963, sebuah kereta lumba yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Pameran Kereta Terpakai Porsche
Selain model baru, Porsche turut mempamerkan koleksi terpilih Porsche Approved Pre-Owned.
Setiap kenderaan telah diperiksa dengan teliti melalui 111 titik pemeriksaan oleh juruteknik bertauliah dan disertakan waranti 12 bulan.
Kereta terpakai ini juga menggunakan alat ganti asli Porsche, memberikan keyakinan dan prestasi yang setanding dengan kereta baru.
Porsche 963
Porsche 963 yang dipamerkan adalah replika kereta perlumbaan yang beraksi dalam acara 24 Jam Le Mans, 24 Jam Daytona dan 12 Jam Sebring.
Ia menggunakan enjin V8 4.6 liter twin-turbo yang diambil dari Porsche 918 Spyder, dipadankan dengan sistem hibrid dari Bosch dan Williams Advanced Engineering.
Kuasa gabungan mencapai 670 kuasa kuda pada 10,000 RPM.
Kereta ini juga dilengkapi sistem transmisi sequential tujuh kelajuan, suspensi pushrod yang diolah khas, serta teknologi pemulihan tenaga hibrid.
Jentera ini menampilkan keupayaan tinggi bagi perlumbaan endurance kelas dunia.
Cabaran Sim Racing Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia
Porsche turut menganjurkan pertandingan sim racing melalui Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM).
Peserta dari umur 10 tahun ke atas boleh bertanding secara maya.
Pusingan Kelayakan 3 berlangsung pada 24 dan 25 Mei di Bangsar Shopping Centre.
Perlumbaan ini melibatkan 10 peserta terbaik dari setiap Porsche Centre di Malaysia.
Mereka bersaing untuk melayakkan diri ke perlumbaan akhir yang akan diadakan di Porsche Carrera Cup Asia di Litar Antarabangsa Sepang kelak.
Tentang Sime Darby Auto Performance
Sime Darby Auto Performance adalah pengimport sah Porsche di Malaysia sejak 2010.
Mereka mengendalikan jualan, alat ganti, dan perkhidmatan selepas jualan melalui pusat Porsche di Ara Damansara, Sungai Besi, Pulau Pinang, dan Johor Bahru.
Porsche Centre Johor Bahru adalah pusat 4S pertama di Asia Pasifik.
Pusat ini mengintegrasikan jualan, servis, alat ganti, serta badan dan cat, dan juga pusat sah rakan kongsi model klasik Porsche di Malaysia.
Pameran ini memberi peluang kepada peminat Porsche dan peminat sukan permotoran untuk mengalami sendiri kehebatan teknologi dan keunikan model Porsche.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Proton mengumumkan jentera lumba S70 Pasukan R3 yang bersaing dalam perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM (S1K) hujung minggu lalu akan dipamerkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024.
Acara ini dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Menariknya, kereta lumba yang akan dipamerkan adalah jentera bernombor #82, dipandu oleh pasangan Alister Yoong dan Ariff Azmi. Mereka berjaya mengakhiri perlumbaan di tempat kelima dalam kelas Malaysian Touring Car (MTC).
Ia akan dipamerkan dalam keadaan asal selepas perlumbaan, lengkap dengan ‘parut perang’ hasil cabaran yang dihadapi sepanjang perlumbaan.
Dua buah S70 R3 semasa Sepang 1000KM 2024
Drama Di Sepang 1000KM
Namun, perlumbaan kali ini bukanlah tanpa cabaran untuk Pasukan Proton R3. Selepas lima tahun berehat, pasukan ini kembali ke litar yang penuh dengan persaingan sengit. Malangnya, kereta bernombor #81 yang dipandu oleh Syafiq Ali mengalami insiden pada lap ke-8 apabila bahagian belakangnya bersentuhan dengan kereta lain, menyebabkan ia berpusing dan melanggar penghadang. Akibatnya, jentera ini terpaksa menarik diri dari perlumbaan lebih awal.
Bagi kereta #82, ia juga menghadapi rintangan besar. Bermula dari kedudukan kesembilan, ia menghadapi masalah teknikal yang memerlukan masa 40 minit untuk diperbaiki di pit stop. Walaupun begitu, pasangan pemandu berjaya menunjukkan prestasi konsisten, membawa jentera ini menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima dalam kelas MTC.
S70 R3 mengejar kelompok hadapan
Kata-Kata PROTON Edar
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, memuji usaha pasukan ini walaupun keputusan tidak sepenuhnya memenuhi sasaran mereka. “Pasukan Proton R3 bersama pemandu dan Proton S70 R3 telah memperkukuhkan warisan perlumbaan Proton dengan persembahan yang cemerlang di S1K 2024. Walaupun kami mengharapkan kemenangan keseluruhan, kami sedar cabaran besar yang menanti, termasuk persaingan dengan pasukan yang lebih berpengalaman dan kereta baru,” katanya.
Menurut Roslan, walaupun kereta #81 mengalami kemalangan dan kereta #82 kehilangan masa di pit, banyak data berharga telah dikumpulkan sepanjang perlumbaan ini. “Kedudukan kelima dalam kelas MTC telah memberikan asas kukuh untuk pasukan mempersiapkan diri bagi musim 2025,” tambahnya lagi.
Jadi, jika anda peminat kereta lumba, pastikan untuk ke KLIMS 2024 bagi menyaksikan sendiri kehebatan Proton S70 dengan parutnya yang membuktikan cabaran sebenar perlumbaan S1K. Ini adalah peluang terbaik untuk melihat jentera yang mewakili semangat juang Proton R3 di arena perlumbaan.
Porsche baru-baru ini memperlihatkan kepada peminat automotif prototaip Macan yang sedang diuji melalui video teaser yang baru dikeluarkan di laman sesawang rasmi mereka.
Model Macan yang diketengahkan ini merupakan generasi terkini yang didukung sepenuhnya oleh kuasa elektrik, dan pelancarannya dijadualkan pada 25 Januari ini. Macan generasi terbaru ini dibina di atas Premium Platform Electric (PPE) yang baru, dilengkapi dengan bateri litium-ion berkapasiti 100 kWj, dan mampu menghasilkan kuasa elektrik sebanyak 603 hp (450 kW) serta tork melebihi 1000Nm.
Kredit Foto: Porsche
Motor elektrik Macan EV ini menawarkan kapasiti kasar sebanyak 100 kWj, di mana hingga 95 kWj membolehkan Macan EV ini mencapai jarak pemanduan sehingga 500km. Selain itu, kelebihan lain termasuk sistem pengecasan pantas hingga 270 kW, yang dapat mengisi bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa 22 minit.
Teaser tersebut memberikan gambaran tentang reka bentuk lampu belakang yang kini lebih lebar dan nipis, menyerupai ciri-ciri reka bentuk yang dikenali dalam model-model Porsche yang lain. Porsche berjaya menyatukan DNA reka bentuk dengan aerodinamik yang optimum melalui komponen Porsche Active Aerodynamics (PAA).
Kredit Foto: Porsche
Macan EV ini turut dilengkapi dengan spoiler belakang yang meluas secara automatik dan kepak penyejukan aktif pada salur masuk udara hadapan. Elemen lain termasuk lantai yang rata dan tertutup seperti kereta lumba, bahkan di kawasan axle belakang. Fairing fleksibel turut memastikan rintangan udara rendah dengan inovasi gabungan roda yang sebahagiannya tertutup, serta tayar yang dioptimumkan dari segi aerodinamik.
Prototaip Macan EV ini menjalani ujian di pelbagai lokasi di seluruh dunia, menguji komponen pemanduan di setiap iklim, dari -30 darjah Celsius hingga +50 darjah Celsius. SUV ini diuji tidak hanya di atas jalan raya, tetapi juga melibatkan ujian off-road, jalan berkerikil, salji dan ais.
TQ WULING Bingo EV Serikan KL Car-Free Morning 3 Ogos Ini
TQ WULING anak syarikat Tan Chong Group, akan menyertai acara "KL Car-Free Morning" dengan...