MV Agusta melancarkan satu lagi permata dalam dunia motosikal sport – F3 Competizione. Berasaskan model F3 RR, motosikal ini tampil dengan reka bentuk dan teknologi yang mengagumkan. Lebih istimewa, hanya 300 unit akan dihasilkan sepanjang tahun 2025, menjadikannya koleksi eksklusif yang pasti memikat peminat motosikal.
Reka Bentuk Memukau dan Inspirasi F4 Claudio
F3 Competizione memikat hati dengan sentuhan warna Satin Metallic Carbon Black, Satin Intense Silver, dan emas yang dipadankan dengan gentian karbon terdedah.
Reka bentuknya mengambil inspirasi daripada F4 Claudio, dengan garisan emas yang menaikkan seri motosikal ini. Pelana dibalut dengan Alcantara, memberikan sentuhan mewah, manakala plak bernombor pada pemegang hendal menjadikannya seolah-olah karya seni yang bergerak.
Kredit – Website MV Agusta
Kuasa Enjin dan Pengurangan Berat
Enjin 798 cc tiga silinder menghasilkan 160 kuasa kuda pada 13,500 rpm. Tidak seperti sebelum ini dimana pengeluar menggunakan ekzos titanium Akrapovic khas, yang hanya menghasilkan kuasa sekitar 155 hp.
Dengan pengurangan berat sebanyak 14 kilogram berbanding F3 RR, motosikal ini lebih ringan dan lincah, menjadikannya pilihan ideal untuk litar atau jalan raya.
Penggunaan material titanium dan karbon bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan berat tetapi juga meningkatkan kecekapan aerodinamik. Dapra depan gentian karbon direka untuk menghasilkan daya mendap sehingga 8 kg pada kelajuan 240 km/j. Membantu kestabilan motosikal pada kelajuan tinggi.
Ads
Kredit – Website MV Agusta
Teknologi Canggih untuk Pengalaman Pemanduan Maksimum
F3 Competizione dilengkapi ECU pintar dengan IMU enam paksi, membolehkan penunggang memilih empat mod pemanduan: Rain, Sport, Race, dan Custom. Terdapat juga lapan tahap kawalan cengkaman, sesuai untuk pelbagai keadaan jalan. Sistem brek anti-kunci (ABS) mempunyai dua mod – Sport dan Race – dan boleh dipadamkan jika diperlukan.
Ciri tambahan seperti Front Lift Control (FLC) dan Rear Wheel Lift-Up Mitigation (RLM) memberikan kawalan penuh semasa pecutan mendadak. Dengan teknologi ini, motosikal mampu mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang daripada 3 saat.
Kredit – Careta
Komponen Casis Premium
Suspensi motosikal ini menggunakan Öhlins NIX30 di depan dan Öhlins TTX 36 di belakang. Memberikan kestabilan dan kawalan yang lebih baik. Peredam hendal mempunyai 19 larasan kedudukan, sementara rim karbon khas mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 3 kilogram berbanding rim aluminium F3 RR.
Ads
Sistem brek Brembo Stylema dengan cakera 320 mm di depan dan 220 mm di belakang melengkapkan pakej ini untuk prestasi pemanduan yang hebat.
Kredit – Careta
Pakej Eksklusif untuk Kolektor
Setiap pembelian F3 Competizione hadir dengan kit khas, termasuk:
Set ekzos penuh Akrapovic
Pelindung gentian karbon untuk ekzos
Penutup tangki CNC
Penutup pelana gentian kaca
Selimut motosikal khas
Sijil ketulenan
Dengan ciri-ciri hebat ini, MV Agusta F3 Competizione bukan sekadar motosikal – ia adalah simbol kejuruteraan canggih dan seni reka bentuk. Bagi peminat motosikal yang mahukan gabungan kuasa, gaya, dan eksklusiviti, edisi terhad ini adalah pilihan sempurna.
Berita baik untuk peminat MINI! Model terbaharu MINI John Cooper Works Countryman 2024 tetap setia dengan enjin pembakaran dalaman, menawarkan daya kuasa sebanyak 312 hp dan tork 400 Nm. Kalau nak dibandingkan dengan model terdahulu, ini adalah peningkatan yang signifikan dari 301 hp dan 449 Nm.
Dengan enjin turbo 2.0 liter, JCW Countryman ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Model ini juga dilengkapi dengan sistem brek berprestasi tinggi, serta rim 19 dan 20 inci bersama tayar selebar 245 mm untuk memberikan prestasi maksimum.
Untuk kemasan luaran, anda akan dapat jeriji oktagon dengan kemasan hitam berkilat, logo JCW yang direka semula, dan layangan warna dua tona pada bumbung dan tiang C yang memberi sentuhan menarik.
Kredit Foto: MINI
Tema merah dan hitam tidak hanya hadir di luaran, tetapi juga mendominasi ruang kabin. Papan pemuka, panel pintu, dan tempat duduk sport semuanya dihiasi dengan sentuhan warna yang serasi.
MINI JCW Countryman juga menawarkan pakej pilihan Driving Assistant Professional Package, yang dilengkapi dengan 12 penderia ultrabunyi dan empat kamera keliling. Sistem ini membolehkan JCW Countryman dipandu tanpa kawalan tangan pada kelajuan sehingga 60 km/j. Tak hanya itu, sokongan ADAS Tahap 2 dan MINI Experience Modes turut menjadi ciri menarik model ini.
Bagi peminat di Amerika Syarikat, anda boleh membawa pulang MINI JCW Countryman ini dengan harga bermula dari $44,795 (RM211,500), dan dijangka tiba di pengedar pada Mei tahun depan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki SUV berprestasi tinggi yang tetap setia pada akar warisan MINI!
1 of 20
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dalam dunia motosikal “Touring”, Honda Gold Wing masih mendapat permintaan sehingga ke hari ini. Sejak pengenalannya, Gold Wing amat sinonim dengan keselesaan, prestasi, dan inovasi. Dengan iterasi 2024, Honda terus menyempurnakan platform legenda ini, menawarkan para penunggang pengalaman yang tiada tandingan di jalan raya.
Motosikal “touring” mewah daripada Honda ini telah menjadi pilihan individu yang gemar untuk menggembara menggunakan motosikal. Gold Wing mempunyai enjin flat-six yang berkuasa 1,833cc, memberikan kuasa yang halus di seluruh julat tunggangan. Dipadankan dengan transmisi Dual-Clutch tujuh-kelajuan (DCT), penunggang dapat meluncur melalui gear, meningkatkan prestasi dan kecekapan bahan api.
Salah satu ciri-ciri menarik Gold Wing 2024 adalah rangkaian teknologi canggihnya. Paparan TFT 7-inci menyediakan maklumat penting kepada penunggang dengan sekilas pandang, sementara navigasi terintegrasi memastikan perancangan perjalanan yang lebih lancar.
Integrasi Apple CarPlay dan Android Auto membolehkan penunggang untuk terus terhubung di jalan, mengakses aplikasi dan muzik kegemaran mereka dengan mudah. Selain itu, operasi Smart Key menambah keselesaan, membolehkan penghidupan tanpa kunci dan akses ke ruang simpanan.
Keselamatan adalah keutamaan di Gold Wing, dengan ciri-ciri seperti kawalan traksi, Bantu Mula Di Bukit, dan empat mod pemanduan memberikan pilihan dalam pelbagai keadaan memandu. Harga jualan untuk model Gold Wing tahun 2024 adalah RM208,800 dan boleh didapati melalui pengedar Honda Big Wing di seluruh Malaysia.
Sebagai kesimpulan, Honda Gold Wing 2024 terus menetapkan standard untuk motosikal pengembaraan mewah. Dengan gabungan prestasi, keselesaan, dan teknologi, Gold Wing menawarkan kepada penunggang pengalaman menunggang yang tidak tertandingi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Kawasaki telah memperkenalkan dua model baharunya dalam segmen 500 cc. Dua model tersebut ialah Ninja 500 2024 dan Z500 2024 yang kini didukung oleh enjin terkini berkapasiti 451 cc.
Enjin baharu 451 cc ini sebenarnya berasal daripada enjin 399 cc yang sebelum ini telah dipasang pada Ninja 400. Dengan penambahan lejang sebanyak 6.8 mm, kini enjin ini mempunyai kapasiti sehingga 451 cc.
Kawasaki memastikan kedua-dua model ini dapat mengeluarkan kuasa hingga 44.7 hp @ 9,000 rpm dan tork 43 Nm @ 6,000 rpm, sekali gus memasukkan ia dalam kelas A2 (kuasa maksimum 47 hp). Upaya lain yang dilakukan Kawasaki termasuk peningkatan pada sistem brek, di mana rotor hadapan kini bersaiz 310 mm yang serupa dengan Z1000, dilengkapi dengan sistem ABS.
Kredit Foto: Kawasaki Motors
Ninja 500 dan Z500 berkongsi beberapa ciri, termasuk kerangka trellis dan paparan LCD berwarna. Mereka juga dilengkapi dengan tempat duduk Ergo-Fit yang boleh meninggikan pelana hingga 30 mm.
Ninja 500 memiliki lampu utama LED yang lebih ringkas dengan rekaan panel badan baharu dengan bukaan sisi yang lebih besar untuk aliran udara lebih baik.
Di pasaran Eropah, terdapat dua versi ditawarkan iaitu standard dan Ninja 500 SE, yang menawarkan pilihan warna badan yang berbeza, paparan TFT, slot USB-C serta sistem pencucuh tanpa kunci KIPASS (Kawasaki’s Intelligent Proximity Activation Start System).
Manakala, Z500 pula mendapat lampu utama LED yang dipinjam dari model Z7 Hybrid, fender depan baharu, dan panel badan yang lebih tajam berbanding model Z400. Seperti Ninja 500, Z500 juga boleh didapati dalam dua varian, iaitu standard dan Z500 SE, dimana ia menambah skrin TFT, slot pengecasan USB-C, dan penambahan reraup bawah dua bahagian. Dengan ini, Kawasaki kembali memberikan pilihan yang hebat kepada peminat motosikal dalam segmen 500 cc!
1 of 24
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Revolusi Tempatan Dengan Aspirasi Global
PROTON sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan Saga Serba Baharu kepada pihak media sebelum pelancaran rasminya. Model ini bukan sekadar...