Kalau pembaca peminat motosikal naked, tahun 2025 ni memang penuh dengan pilihan best yang boleh mengundang tabung simpanan anda. Kebanyakannya menggabungkan teknologi moden, prestasi padu, dan rekabentuk agresif. 

Motosikal naked semakin menjadi pilihan utama penunggang yang mahukan pengalaman tunggangan terbaik tanpa perlu mengorbankan tulang belakang anda. Penulisan kali ini kita akan tengok antara model naked terbaik yang ada di pasaran Malaysia tahun ni!

Motosikal Naked Terbaik di Malaysia Tahun 2025

1. Yamaha MT-09

  • Enjin: 890cc, 3-silinder, DOHC
  • Kuasa kuda: 119hp
  • Tork: 93Nm
  • Top speed: 225km/j
  • Tangki minyak: 14L
  • Harga dari: RM 58,888

MT-09 tahun 2025 masih mendominasi segmen naked bike dengan enjin CP3 yang penuh dengan ‘torque’ menggila! Dengan teknologi quickshifter, mod tunggangan canggih, serta rekaan yang makin garang, jentera ni memang jadi kegilaan rider yang nak rasa prestasi liar dengan kawalan yang mantap.

Motosikal Naked Terbaik di Malaysia Tahun 2025

Ads

2. Kawasaki Z900 & Z900 SE

  • Enjin: 948cc, 4-silinder, DOHC
  • Kuasa kuda: 125hp
  • Tork: 98.6Nm
  • Top speed: 240km/j
  • Tangki minyak: 17L
  • Harga dari: RM 50,900

Kawasaki Z900 terus menjadi pilihan popular sebab keseimbangan antara kuasa dan keselesaan. Enjin 948cc DOHC empat silinder ni menghasilkan 125hp yang cukup untuk memuaskan jiwa speed junkie. Suspensi dan ergonomik yang lebih selesa tahun ni menjadikan Z900 sesuai untuk tunggangan harian mahupun layan selekoh hujung minggu.

Motosikal Naked Terbaik di Malaysia Tahun 2025

3. KTM 790 Duke

  • Enjin: 799cc, 2-silinder, DOHC
  • Kuasa kuda: 105hp
  • Tork: 87Nm
  • Top speed: 220km/j
  • Tangki minyak: 14L
  • Harga: RM 46,800

Selepas menghilang beberapa tahun, KTM 790 Duke kembali dengan peningkatan dari segi elektronik dan ketahanan enjin. Dengan berat hanya sekitar 169kg, ‘The Scalpel’ ni sangat lincah, ditambah dengan enjin parallel twin yang cukup ganas untuk meluncur di jalan bandar dan lebuhraya.

Motosikal Naked Terbaik di Malaysia Tahun 2025

4. Honda CB750 Hornet

  • Enjin: 755cc, 2-silinder, DOHC
  • Kuasa kuda: 90.5hp
  • Tork: 75Nm
  • Top speed: 205km/j
  • Tangki minyak: 15.2L
  • Harga: RM 45,600

Honda kembali menggegarkan pasaran naked bike dengan CB750 Hornet! Enjin parallel twin memberikan kuasa responsif dengan tahap penjimatan bahan api yang sangat baik. Sesuai untuk mereka yang mahukan motosikal serba boleh – boleh buat commuting, boleh juga layan highway!

Ads

Motosikal Naked Terbaik di Malaysia Tahun 2025

5. Ducati Monster 937

  • Enjin: 937cc, L-Twin, DOHC
  • Kuasa kuda: 111hp
  • Tork: 93Nm
  • Top speed: 230km/j
  • Tangki minyak: 14L
  • Harga: RM 75,900

Bagi yang nak gaya premium, Ducati Monster 937 adalah jawapan! Enjin Testastretta L-Twin bukan sahaja bertenaga. Malah juga datang dengan teknologi canggih seperti Cornering ABS, Traction Control, dan Quickshifter. Monster tetap jadi simbol gaya dan prestasi dalam dunia naked bike.

Kesimpulan

Tahun 2025 memang syurga bagi peminat motosikal naked di Malaysia. Sama ada korang mahukan motosikal dengan kuasa liar macam MT-09. Pilihan seimbang macam Z900. Atau teknologi moden seperti Ducati Monster. Ada sesuatu untuk semua jenis rider. Jadi, yang mana satu pilihan hati korang? Apa pun pilihan korang, pastikan tunggang dengan selamat!

Ads

Baca Juga Kawasaki Z900 2025 – Supernaked Dengan Pengekalan Aura Sugomi

Baca Juga KTM 990 Duke R – Naked dengan Peningkatan Kuasa dan Teknologi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI