Honda sekali lagi mencuri perhatian dunia dua roda apabila Boon Siew Honda secara rasmi melancarkan Honda CB1000 SP 2025. Jentera naked yang tampil agresif, bertenaga dan penuh gaya.
Dikenali dengan konsep “AGGRESSIVE & PURE”, model ini adalah satu kemunculan yang bakal menggoda hati peminat motosikal naked yang inginkan gabungan kuasa Fireblade dan teknologi pintar dalam satu pakej yang memukau.

Kuasa Superbike, Kendalian Naked
Di sebalik reka bentuk berotot dan minimalis CB1000 SP ini, tersembunyi enjin 999cc empat silinder sebaris DOHC yang diinspirasikan daripada CBR1000RR Fireblade.
Enjin ini mampu menjana 115.6kW pada 11,000rpm dan 107Nm tork pada 9,000rpm. Kekuatan ini turut dipertingkatkan dengan sistem RC Valve dalam ekzos 7.1L. Menjadikan ia lebih responsif dan bertenaga di pertengahan hingga ke hujung pecutan.
Bagi memastikan penyaluran kuasa yang lancar, ia dilengkapi dengan klac assist & slipper. Transmisi 6-kelajuan. Quickshifter boleh laras yang membolehkan penukaran gear tanpa guna klac – naik atau turun, semuanya mudah dan lancar.
Rangka Baharu, Lebih Padu
CB1000 SP tampil dengan rangka twin-spar keluli baharu yang meningkatkan ketegaran dan kestabilan dan mengurangkan berat keseluruhan. Suspensi hadapan Showa SFF-BP 41mm yang boleh laras sepenuhnya digandingkan dengan penyerap hentak belakang Öhlins TTX36. Menjadikan tunggangan lebih padu dan selesa – dari selekoh ke lebuh raya, semuanya dalam kawalan.
Bahagian brek juga tidak main-main. Brek hadapan menggunakan kaliper Brembo Stylema dengan cakera terapung 310mm. Manakala di belakang pula cakera 240mm dengan kaliper Nissin. Kuasa henti yang mantap ini memang sesuai dengan prestasi yang ditawarkan.
Rekaan Agresif dan Teknologi Terkini
Rekaan CB1000 SP ini memang buat orang berpaling – dengan lampu depan LED berkembar, tangki berotot seperti “sayap lipat”, dan profil belakang yang tajam.
Gaya streetfighter disempurnakan dengan handlebar tirus dan posisi menunggang tegak yang beri kawalan penuh dan keyakinan kepada penunggang.
Panel meter TFT 5 inci berwarna penuh membawa pengalaman menunggang ke tahap baharu. Dengan sokongan Honda RoadSync, anda boleh akses muzik, panggilan, navigasi, dan notifikasi secara terus melalui Bluetooth.
Antaramuka boleh diubah mengikut pilihan (BAR, CIRCLE, SIMPLE), dan juga tema latar seperti putih, hitam atau automatik.

Sistem Keselamatan Pintar
CB1000 SP turut dilengkapi dengan sistem Emergency Stop Signal (ESS) yang akan menghidupkan lampu isyarat kecemasan semasa brek mengejut – sangat berguna di lebuh raya atau ketika cuaca tak menentu.
Bagi kesesuaian dalam pelbagai situasi, CB1000 SP menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Rain, Standard, dan Sport. Dua mod tambahan boleh dikustom mengikut keselesaan penunggang, termasuk tahap kuasa, brek enjin, dan sistem kawalan cengkaman (HSTC) serta wheelie control.
Harga dan Waranti
CB1000 SP hadir dalam warna Matte Ballistic Black Metallic dan ditawarkan pada harga RM69,999.00 (harga cadangan, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia juga didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km – yang mana dahulu.
Untuk maklumat lanjut, layari hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing berdekatan.
Dari Boon Siew Honda
Baca Juga Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baharu Bagi Honda RS-X 2024
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.