Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah mengumumkan harga bagi varian terbaru mereka, Modenas ZX-25RR, yang menyertai keluarga popular ZX-25R.
Sejak diperkenalkan pertama kali dengan model ZX-25R SE pada bulan September 2023, model ini telah mencipta fenomena baru dalam arena permotoran tempatan dengan prestasi dan gaya yang tidak tertandingi dalam kelasnya.
Kedua-dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR, menampilkan sistem suspensi hadapan SFF-BP 37 yang sama untuk pengendalian yang mantap dan stabil.
Namun begitu, ZX-25RR datang dengan ciri tambahan, iaitu Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini memberikan mampatan dan redaman yang cekap, serta kebolehleraan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mereka.
Kredit: Modenas Malaysia
Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:
Ads
– Enjin empat sebaris 250cc yang berprestasi tinggi, memberikan kuasa maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk pengalaman menunggang yang memuaskan di trek mahupun jalan raya.
– Ciri-ciri elektronik termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch, serta 3 mod tunggangan yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.
– Kedua-dua model dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menawarkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideology mereka, meningkatkan pengalaman dan keselesaan ketika menunggang.
Ads
Kredit: Modenas Malaysia
Harga yang disyorkan bagi Model ZX-25RR adalah RM 36,500.00, menjadikannya pilihan alternatif bagi peminat motosikal yang mengutamakan prestasi dan gaya tanpa mengorbankan kualiti. Model ini akan tersedia di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai Modenas ZX-25RR dan produk Kawasaki lain, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home. Anda juga boleh menghubungi Talian Bebas Tol di talian 1-800-880-008 atau hubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.
Honda Civic menguasai 81% pasaran dalam Segmen C Bukan Nasional
Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Civic Baharu, menandakan satu langkah maju yang menarik dalam segmen sedan C.
Pelancaran ini memperkenalkan teknologi canggih termasuk Google Built-In, kemas kini reka bentuk yang lebih agresif, dan prestasi hibrid yang maju daripada Honda.
Menurut Encik Hironobu Yoshimura, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia,
“Kami mengakhiri tahun 2024 dengan pencapaian memberangsangkan, iaitu jualan melebihi 81,600 unit. Dengan kejayaan ini, kami berbangga mengumumkan bahawa kami telah mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam Segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional selama 11 tahun berturut-turut. Sehingga Disember 2024, Civic menguasai 81% pasaran dalam Segmen C Bukan Nasional, mencerminkan kepercayaan dan sokongan kukuh daripada pelanggan kami. Kami memulakan tahun ini dengan pelancaran Civic Baharu yang membawa legasi ini ke tahap seterusnya melalui rangkaian kuasa canggih dan kesalinghubungan yang lancar, menjadikan setiap perjalanan pengalaman yang luar biasa.”
Reka Bentuk Dan Elemen Unik
Varian e:HEV RS dilengkapi dengan gril hadapan yang berbeza dengan model sebelumnya dan tampil lebih garang.
Dipadankan dengan roda aloi Matte Grey bersaiz 18 inci rekaan baharu yang tampil lebih kemas dan garang.
Sementara itu, varian Petrol RS menonjol dengan gril berwarna hitam untuk penampilan sporty.
Semua varian menampilkan lanjutan lampu belakang hitam yang memberikan sentuhan moden, dan varian RS dilengkapi dengan emblem RS baharu.
Dari segi prestasi, Civic Baharu hadir dengan dua rangkaian kuasa canggih. e:HEV RS dikuasakan oleh enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa maksimum 184PS dan tork 315Nm, dipadankan dengan Transmisi Elektrik Berterusan (e-CVT) untuk prestasi hibrid yang unggul.
Varian Petrol RS pula menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dengan kuasa maksimum 182PS dan tork 240Nm, memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Google Built-In
Civic Baharu memperkenalkan teknologi Google Built-In, membolehkan pengguna mengakses Google Assistant untuk arahan bebas tangan, navigasi masa nyata melalui Google Maps, serta pelbagai aplikasi melalui Google Play.
Varian e:HEV RS menampilkan corak baharu dan sisipan warna merah pada bahagian dashboar,d menambah estetika sporty dan mewah.
Selain itu, pemandu boleh mengurus kawalan penyaman udara dan menerima kemas kini trafik masa nyata melalui Google Assistant tanpa perlu mengalihkan perhatian dari jalan raya.
Semua varian dilengkapi dengan sistem audio Advanced Display bersaiz 9 inci dengan sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™ tanpa wayar, serta port USB Type-C untuk pengecasan.
Varian RS pula mempunyai pengecas tanpa wayar untuk kemudahan tambahan.
Khas untuk e:HEV RS, ia dilengkapi dengan Meter TFT bersaiz 10.2 inci dan kad kunci, memberikan pengalaman pemilikan yang eksklusif.
Keselamatan dan Inovasi Teknologi
Civic Baharu menawarkan ciri keselamatan Honda SENSING sebagai standard untuk semua varian, termasuk:
Low Speed Follow (LSF)
Lead Car Departure Notification System (LCDN)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Forward Collision Warning (FCW)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
Honda CONNECT juga ditambah baik dengan fungsi baharu seperti Light & Horn remote untuk membantu mencari kenderaan dengan mudah.
Civic e:HEV RS turut menggabungkan Active Noise Control (ANC) dan Active Sound Control (ASC) untuk mengurangkan bunyi luar sambil meningkatkan bunyi enjin, mencipta pengalaman pemanduan yang tenang tetapi mengujakan.
Pilihan Warna dan Harga
Civic Baharu hadir dengan lima pilihan warna menarik, termasuk Canyon River Blue Metallic yang pertama kali diperkenalkan, bersama Platinum White Pearl*, Ignite Red Metallic*, Meteoroid Gray Metallic, dan Crystal Black Pearl.
Ia juga dilengkapi dengan filem Solar dan Keselamatan yang dipasang siap.
Harga atas jalan tanpa insurans bagi setiap varian adalah seperti berikut:
Varian
Harga (RM)
e:HEV RS
167,900.00
Petrol RS
149,900.00
V
144,900.00
E
133,900.00
(*Tambahan RM800 untuk warna Ignite Red Metallic dan Platinum White Pearl)
Honda Malaysia menyasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju segmen C bukan nasional.
Untuk maklumat lanjut atau menjadualkan pandu uji, kunjungi mana-mana 103 pengedar sah Honda Malaysia di seluruh negara, hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan pada bulan Ogos, ramai mengambil inisiatif mengibarkan jalur gemilang pada kereta.
Namun ada segelintir daripada pengguna kereta memasang bendera dengan cara yang salah dan mungkin boleh membahayakan pegguna jalanraya di luar sana.
Hari ini penulis ingin berkongsi secara ringkas cara pemasangan bendera yang betul pada kenderaan anda.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
1.Kedudukan Bendera
Pastikan kedudukan Jalur Gemilang tidak berada dalam keadaan terbalik. Tindakan memasang bendera secara terbalik seolah-olah menghina dan mempersendakan kedaulatan negara.
2.Pilih Tempat Yang Selamat
Pasang bendera anda di kawasan yang tidak menghalang pandangan semasa pemanduan. Tidak salah untuk menjadi seorang yang kreatif tetapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan.
Acapkali terjadi, banyak jalur gemilang akan jatuh di atas jalan raya mungkin kerana penggunaan gam yang tidak kuat atau terdedah dengan cuaca panas yang agak lama. Periksa keadaan fizikal gam pada jalur gemilang tersebut dan jika mempunyai regangan pada gam, tukar gam yang baharu.
4.Periksa Sebelum Pasang
Terdapat juga sesetengah bendera yang tidak cukup sifatnya seperti kurang bilangan jalur, kurang bilangan bucu Bintang atau warna yang salah.
5.Hormati Bendera
Pastikan anda memeriksa keadaan bendera pada kereta anda. Jika lusuh tukarkan dengan bendera yang baharu. Sekiranya anda memandu di Lebuhraya dengan kelajuan tinggi, buka bendera anda supaya tidak tertanggal semasa pemanduan.
Kredit Foto : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Hormati bendera kita, bersama-sama kita semarakkan lagi bulan kemerdekaan dengan mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan kita. Merdeka!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Kia Picanto yang merupakan kereta yang berada dalam segmen A ini merupakan antara model popular dalam kalangan pemandu yang gemarkan kereta rekaan kompak.
Terbaharu Kia Picanto generasi ketiga telah diberikan facelift buat kali kedua setelah facelift pertama dilakukan pada 2020 setelah tiga tahun pengenalan model tersebut.
Perkara yang menarik pada facelift kedua ini ialah naik taraf rekaan dengan lampu hadapan berbentuk Y baharu (sebagai pilihan LED) memberikan rupa yang lebih garang dan sporty.
Bampar model ini diperbaharui dengan gril hidung harimau dan rekaan bahagian tengah yang lebih kompleks menampilkan kemasan hitam berkilat.
Bampar belakang juga dikemas kini dengan rekaan yang lebih tajam termasuk pemantul yang lebih kecil pada bolong tiruan, peresap yang lebih agresif dan paip ekor yang diletak pada posisi tersorok.
Walaupun begitu penampilan yang garang ini hanya untuk model GT-line, bagi anda yang mahukan rekaan yang lebih sederhana, bolehlah memilih model model asas yang menampilkan bodykit yang lebih ringkas.
Saiz tayar bagi model asas berukusan 14 inci manakala bagi model GT-line pula adalah 16 inci dengan kemasan potongan berlian. Terdapat sembilan pilihan warna bagi Kia Picanto 2023. Ini termasuk lima warna lama dan empat warna baharu iaitu Signal Red, Smoke Blue, Sporty Blue dan Adventurous Green.
Walaupun kelihatan lebih menarik, Kia Picanto 2023 sebenarnya lebih perlahan daripada pendahulunya kerana enjin pengecas turbo 1.0 T-GDi dengan 99 hp (74 kW / 100 PS) telah dihentikan daripada model ini.
Kini model ini hanya datang dalam dua pilihan enjin NA iaitu tiga silinder 1.0L MPI atau empat silinder 1.2L MPI. Manakala, transmisi terdiri dari sama ada unit manual lima kelajuan, atau manual automatik lima kelajuan, untuk menghantar kuasa ke roda hadapan.
Bergerak ke dalam kereta pula, perubahan yang dilakukan adalah kurang ketara walaupun aspek teknologi telah ditambah baik dan bahan telah dikemas kini.
Reka letak papan pemuka dikekalkan tetapi infotainmen Kia Connect 8 inci kini serasi dengan kemampuan kemaskini over-the-air sambil menyokong sambungan dwi Bluetooth, Pengecaman Suara Dalam Talian, Apple CarPlay dan Android Auto.
Paparan tengah mengekalkan tombol fizikal dan digabungkan dengan gugusan instrumen digital standard 4.2 inci.
Cantikkan model baharu ini? Bilakah model ini akan masuk ke pasaran Malaysia masih berlum diketahui. Namun bagi anda yang gemarkan kenderaan kompak, Kia Picanto 2023 sangat sesuai untuk dijadikan pilihan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!