Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan facelift terbaharu MPV popular mereka, Mitsubishi XPANDER 2024.
Dengan reka bentuk yang lebih dinamik dan pelbagai penambahbaikan, XPANDER 2024 hadir untuk memuaskan keperluan keluarga moden yang mencari MPV serba boleh dengan gaya yang lebih mantap.
Kredit – Careta
Reka Bentuk yang Lebih Gagah dan Terkini
XPANDER 2024 kini tampil dengan penggayaan yang lebih canggih. Unit lampu LED penuh menghiasi bahagian depan dan belakang MPV ini, selaras dengan trend automotif terkini.
Pada bahagian belakang, XPANDER hadir dengan lampu rekaan baharu, spoiler belakang tambahan, dan bampar yang disesuaikan untuk memberikan imej lebih moden dan aktif.
Satu lagi kelebihan besar model ini adalah jarak lega bumi 225mm, yang terbaik dalam kelasnya, menjadikan pemanduan lebih selesa di pelbagai keadaan jalan.
Ruang dalaman juga amat mengagumkan, dengan 837 liter ruang simpanan apabila tempat duduk baris kedua dilipat. Ini menjadikan XPANDER sangat praktikal untuk keperluan harian dan percutian keluarga.
Ads
Kredit – Careta
Teknologi dan Keselesaan Memandu
XPANDER 2024 tidak hanya memfokuskan pada reka bentuk luaran, tetapi juga menawarkan pelbagai ciri teknologi terkini di dalam kabinnya.
Antaranya, paparan infotainmen 9 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Memudahkan penumpang untuk mengakses aplikasi telefon pintar mereka. Selain itu, paparan TFT LCD 4.2 inci memberikan visual yang jelas untuk pemandu.
Ciri-ciri tambahan seperti pad pengecasan tanpa wayar, kerusi balutan leatherette, scuff plate, dan visor pintu menambah kemewahan dan keselesaan.
Untuk meningkatkan keselamatan, XPANDER juga dilengkapi dengan perakam video pemanduan belakang dan brek letak kenderaan elektrik. Ini menjadikan pengalaman memandu lebih mudah dan selamat.
Ads
Kredit – Careta
Prestasi Enjin yang Ditingkatkan
Di bawah bonet, Mitsubishi XPANDER 2024 menggunakan enjin 1.5L MIVEC DOHC menghasilkan 105PS dan 141Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan, memberikan prestasi yang lancar untuk perjalanan bandar dan lebuh raya.
Dua Varian untuk Pilihan
Mitsubishi XPANDER 2024 ditawarkan dalam dua varian dengan harga bermula dari RM99,980 hingga RM109,980. Harga pengenalan ini sah sehingga 31 Disember 2024, jadi ini adalah masa terbaik untuk membuat tempahan awal.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, “XPANDER baharu ini direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden dengan reka bentuk yang elegan serta keupayaan serba boleh.” Sejak tempahan dibuka pada 12 September 2024, sambutan terhadap model ini amat menggalakkan.
Ads
Dengan segala peningkatan ini, Mitsubishi XPANDER 2024 pasti akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari MPV bergaya, praktikal, dan serba boleh.
Kalendar MotoGP 2024 telah dikemas kini dengan pengurangan dari 22 pusingan kepada 21 pusingan berikutan pembatalan perlumbaan di Argentina.
Acara di Termas de Rio Hondo yang sepatutnya berlangsung pada 5-7 April sebagai pusingan ketiga musim ini, telah dibatalkan disebabkan oleh langkah penjimatan kos oleh kerajaan.
MotoGP India yang sebelum ini dibatalkan, dijangka akan kembali pada awal 2025. Tempat India diambil alih oleh MotoGP Kazakhstan yang ditangguhkan tetapi akhirnya dibatalkan.
Sebagai gantinya, pusingan kedua di Misano, dinamakan Emilia-Romagna MotoGP, akan diadakan. Ini bermakna dua pusingan berturut-turut akan diadakan di Misano.
Barisan penunggang MotoGP 2024
Musim ini akan mengekalkan pendekatan berasaskan wilayah, mengelompokkan perlumbaan mengikut geografi. Terdapat 10 pusingan sebelum rehat musim panas, dan 11 pusingan selepasnya.
Qatar kembali sebagai pembuka musim pada 10 Mac, sebelum siri ini menuju ke Portugal dua minggu kemudian untuk pusingan kedua. Portugal dan India masih tertakluk kepada kontrak sebelum dapat disahkan.
Silverstone akan menjadi tuan rumah perlumbaan pertama selepas rehat musim panas. Terdapat dua siri tiga perlumbaan berturut-turut dalam separuh kedua 2024 – Emilia-Romagna, Indonesia, Jepun dan kemudian Australia, Thailand, Malaysia. Musim ini akan berakhir pada 17 November di Valencia.
Dalam dunia pembelian dan penjualan kenderaan terpakai, kebijaksanaan dan penguasaan informasi adalah kunci kepada transaksi yang berjaya. Berikut adalah panduan praktikal untuk membantu anda menjadi pakar dalam menjalankan urusan jual beli kenderaan terpakai:
Penyelidikan Mendalam Sebelum Membeli
Sebelum memasuki proses jual beli, lakukan penyelidikan menyeluruh tentang model kenderaan yang anda minati. Pelajari prestasi, ulasan pengguna, dan prestasi pasaran. Bandingkan harga dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang nilai sebenar kenderaan tersebut.
Jangka Masa Penyelenggaraan yang Teliti
Penting untuk mendapatkan rekod penyelenggaraan lengkap dan terkini bagi kenderaan yang dipertimbangkan. Pastikan bahawa kenderaan telah menjalani servis secara berkala dan diurus dengan baik. Ini akan memberi keyakinan kepada anda tentang prestasi dan keadaan kenderaan tersebut.
Jadualkan Ujian Mekanikal dengan Pakar
Jika mungkin, aturkan pemeriksaan mekanikal dengan mekanik yang berpengalaman. Mereka dapat mengenal pasti isu-isu yang mungkin tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Ini termasuk pemeriksaan enjin, brek, sistem suspensi, dan komponen penting yang lain.
Periksa Meter Perjalanan Yang Sebenar
Pastikan untuk memeriksa bacaan meter kilometer kenderaan. Kilometer yang rendah mungkin menunjukkan penjagaan yang baik, tetapi pastikan ianya masuk akal dengan umur kenderaan. Kilometer yang terlalu rendah boleh menimbulkan kebimbangan tentang manipulasi meter kilometer.
Kredit Foto: Internet
Pemeriksaan Visual yang Teliti
Selalu lakukan pemeriksaan visual menyeluruh pada kenderaan. Perhatikan cat, cari tanda-tanda kemalangan atau kerosakan, dan pastikan bahawa semua komponen visual berada dalam keadaan yang baik. Ini termasuk lampu, cermin, dan keadaan roda.
Pandu Uji Di Jalan Raya
Lakukan pandu uji untuk menilai prestasi sebenar kenderaan. Pasangkan telinga untuk bunyi aneh semasa pandu dan perhatikan kelakuan kereta semasa memandu. Ini akan memberikan anda gambaran yang lebih baik tentang keadaan prestasi kenderaan di jalan.
Bertawar Dengan Harga Yang Memuaskan
Berdasarkan penyelidikan anda tentang harga pasaran, berundinglah dengan yakin. Tetapkan batasan harga yang rasional dan bersedia untuk bernegosiasi. Pastikan bahawa harga yang dipersetujui mencerminkan nilai sebenar kenderaan dan memadai dengan keadaan serta sejarahnya.
Periksa Dokumen Kenderaan
Sebelum membuat keputusan akhir, pastikan bahawa semua dokumen kenderaan adalah sah. Ini termasuk geran, cukai jalan, dan sejarah pemilikan. Pastikan semua dokumen adalah lengkap dan tidak ada masalah undang-undang yang mungkin timbul.
Kredit Foto: Internet
Persetujuan dan Pembayaran yang Teliti
Sebelum menandatangani perjanjian jual beli, baca dan fahami sepenuhnya syarat-syaratnya. Pastikan bahawa semua persetujuan dan perincian pembayaran telah ditetapkan dengan jelas. Uruskan pemindahan hak milik dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah di masa akan datang.
Dengan mengikuti panduan ini, anda dapat meningkatkan peluang untuk membuat keputusan jual beli kenderaan terpakai yang bijak dan berjaya. Ingatlah, kebijaksanaan dalam setiap langkah transaksi adalah kunci kepada kepuasan dan kejayaan.
Suzuki Swift 2024 secara rasminya dilancarkan di Jepun selepas pertama kali dipertontonkan di Japan Mobility Show 2023.
Walaupun tidak banyak perubahan dari segi rekaan, hatchback generasi terbaru ini menonjolkan rupa paras yang serupa dengan model yang dipamerkan sebelum ini.
Bentuk hadapan Suzuki Swift 2024 menampilkan unit lampu yang lebih bersegi, struktur jeriji menyerupai mulut ikan, pintu belakang dengan pemegang pintu konvensional, dan rim aloi baharu yang menarik. Dari segi dimensi, Swift 2024 membawa ukuran panjang 3,869 mm, lebar 1,695 mm, tinggi 1,500 mm, dengan jarak antara roda sepanjang 2,450 mm.
Ruangan kabin turut diperbaharui dengan susun atur papan pemuka lebih moden, skrin tengah sembilan inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, butang kawalan iklim di bahagian bawah corong tengah.
Selain itu skrin kecil bersebelahan meter analog, dan pelbagai slot pengecasan USB. Ciri menarik lain termasuk brek parkir elektronik yang menggantikan brek parkir konvensional.
Kredit Foto: Careta
Untuk pasaran Jepun, Swift 2024 ditawarkan dalam tiga pilihan variasi. Versi asas XG dilengkapi dengan enjin petrol konvensional, sementara dua variasi teratas (Hybrid MX dan Hybrid MZ) memiliki trenkuasa hibrid dengan enjin tiga silinder 1.2 liter Z12E dipadankan dengan motor elektrik ISG. Kedua-dua variaasi ini menggunakan transmisi CVT baharu yang lebih ringan, senyap, dan cekap, dengan pilihan pacuan roda depan atau semua roda.
Keselamatan dan ketenangan pemandu ditingkatkan dengan ciri-ciri seperti radar gelombang milimeter, kamera monokular, dan penderia ultrabunyi yang menyokong kelengkapan ADAS Suzuki Safety Support. Ini termasuk Dual Sensor Brake Support II yang dapat mengesan kenderaan dan pejalan kaki, sistem pemantauan titik buta, serta amaran lintasan trafik belakang.
Walaupun harga jualan masih belum diumumkan, Suzuki Swift 2024 akan dieksport ke pasaran lain dengan penawaran enjin yang berbeza. Jadi, nantikan berita dari Suzuki untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pilihan yang ditawarkan oleh hatchback bertenaga hibrid ini.
1 of 19
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Sportbike ‘Value for Money’ Bawah RM10,000
Sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, QJMOTOR Malaysia melancarkan sebuah model baharu...