
MINI Malaysia terus menghidupkan semangat sukan permotoran dengan memperkenalkan MINI 1965 Victory Edition, sebuah model edisi khas yang membawa kembali detik bersejarah kemenangan Mini Cooper S di Monte Carlo Rally 1965.
Lebih menarik, model ini bukan sekadar tribute biasa, sebaliknya diolah dalam bentuk moden berasaskan rangkaian kuasa elektrik sepenuhnya yang menggabungkan nostalgia dan masa depan dalam satu pakej unik.
Tahun 1965 menyaksikan Mini Cooper S mencipta sejarah apabila menewaskan jentera lebih besar dan berkuasa di Monte Carlo Rally, dipandu oleh Timo Mäkinen.
Kemenangan ini menjadi simbol kehebatan kejuruteraan MINI yang ringan, lincah dan inovatif. Hari ini, semangat tersebut diterjemahkan semula melalui MINI 1965 Victory Edition yang membawa DNA perlumbaan itu ke era moden.
Dari segi visual, MINI 1965 Victory Edition tampil dengan warna Chili Red yang cukup menyerlah, dipadankan dengan jalur putih sporty yang memanjang dari bonet hingga ke bahagian belakang.
Elemen paling ikonik sudah tentu nombor “52” pada pintu yang merupakan satu penghormatan kepada jentera yang memenangi rali tersebut. Tambahan pula, pelekat “1965” pada tiang C menjadi simbol eksklusif yang mengingatkan asal-usul model ini.
Rim JCW Mastery Spoke 18-inci berwarna hitam dengan hub terapung pula menambahkan aura sporty yang jelas berinspirasikan dunia perlumbaan.
Masuk ke ruang kabin, aura perlumbaan terus dirasai dengan kombinasi warna antrasit dan merah yang menjadi identiti John Cooper Works.
Perincian khas seperti tulisan “1965” pada stereng dan konsol tengah memberikan sentuhan eksklusif, manakala penutup kunci dengan nombor perlumbaan bersejarah menjadi elemen kecil tetapi penuh makna untuk pemiliknya.
Walaupun beralih ke kuasa elektrik, MINI 1965 Victory Edition tetap mengekalkan karakter pemanduan agresif.
Dengan kuasa 190 kW (258 hp) dan 350 Nm tork, model ini menawarkan pecutan responsif serta pemanduan yang cukup menyeronokkan selari dengan falsafah asal MINI yang menekankan keseronokan di sebalik stereng.
Seperti model MINI lain, edisi khas ini turut dilengkapi pakej pemilikan komprehensif termasuk Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun yang beroperasi 24 jam.
Bagi model elektrik, MINI turut menyediakan waranti bateri voltan tinggi sehingga lapan tahun, memberikan keyakinan jangka panjang kepada pemilik.
MINI 1965 Victory Edition ditawarkan pada harga:
Untuk peminat MINI, ini bukan hanya sekadar sebuah kenderaan tetapi ia adalah sebuah sejarah yang boleh dipandu setiap hari.
Baca Juga : MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Dilancarkan di Malaysia, Terhad 18 Unit
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Pertunjukan Hot Wheels Monster Trucks Live Glow N Fire Malaysia bakal membuat penampilan sulung di…
AEON Credit Cardinals Racing 2026 menjadi tumpuan apabila AEON Credit Service Malaysia mengumumkan kerjasama strategik…
Tiga pasukan perlumbaan tempatan disahkan akan menggunakan jentera VOGE FR150 Cub Prix dalam saingan Malaysian…
