Untuk satu hujung minggu sahaja alami pameran terbesar dan belum pernah terjadi di Mercedes-Benz World! Di sini Mercedes-Benz meraikan kemewahan tanpa tandingan, inovasi, dan kepelbagaian, menawarkan fleksibiliti dan kemewahan pilihan dalam kecemerlangan automotif, dengan barisan lebih 30 model dari semua segmen.
Mercedes-Benz World – Di Mana Warisan Bertemu Inovasi
Mercedes-Benz World yang berlangsung di KL Base, Sungai Besi dari 5 hingga 7 Julai 2024 merupakan pameran keseluruhan portfolio keluarga Mercedes-Benz. Dari kenderaan terbaru dan terpantas hingga yang paling mewah. Merangkumi enjin pembakaran berteknologi tinggi dan Kenderaan Elektrik (EV) canggih hingga pilihan Hibrid Plug-in.
Pelancaran tiga model AMG pada Pameran Mercedes-Benz World
Pelancaran Model AMG Berprestasi Tinggi
Sorotan acara ini adalah pelancaran tiga model Mercedes-AMG berprestasi tinggi yang baharu – Mercedes-AMG C 63 S E PERFORMANCE F1 Edition, Mercedes-AMG GLA 45 S 4MATIC+, dan Mercedes-AMG GLB 35 4MATIC.
Mercedes-Benz turut mempersembahkan rangkaian kenderaan elektrik dan hibrid plug-in yang diperluas. Seperti EQA, EQB, EQC, EQE dan EQS.
Ads
Sisi belakang C63 S E Performance F1 Edition
Pelbagai Aktiviti Menarik untuk Semua
Nikmati tawaran eksklusif apabila anda menempah Mercedes-Benz anda. Serta alami tiga hari penuh dengan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, termasuk rock climbing, pemanduan slalom dan banyak lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara luar biasa ini. Di mana anda boleh merasai kemewahan, inovasi, dan prestasi yang menjadikan Mercedes-Benz sebagai jenama automotif terunggul di dunia.
smart Malaysia membawa smart #5 ke Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 dengan menampilkan beberapa aksesori baharu yang menjadikan SUV elektrik itu lebih sesuai untuk aktiviti luar, road trip dan perkhemahan.
Sebagai model SUV elektrik terbesar dalam barisan smart, smart #5 direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna, sama ada untuk kegunaan harian di bandar atau pengembaraan pada hujung minggu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, smart #5 menawarkan gabungan teknologi moden, jarak pemanduan yang jauh serta aksesori tambahan yang memberi lebih fleksibiliti kepada pemilik.
Antara aksesori yang dipamerkan di KLIMS 2026 ialah:
smart #5 turut menawarkan jarak pemanduan yang sesuai untuk perjalanan jauh.
Bagi mereka yang gemar aktiviti perkhemahan, smart #5 dilengkapi fungsi Camping Mode yang membolehkan kabin digunakan sebagai ruang rehat yang lebih selesa ketika berada di lokasi perkhemahan atau ketika bermalam dalam kenderaan.
Ruang kabin smart #5 juga dilengkapi sistem audio Sennheiser yang memberikan pengalaman hiburan premium sepanjang perjalanan.
Gabungan sistem audio berkualiti tinggi, ruang kabin yang luas dan teknologi moden menjadikan smart #5 sesuai digunakan untuk perjalanan harian mahupun percutian jarak jauh.
smart Malaysia kini menawarkan smart #5 pada harga berikut:
Selain pakej Outdoor Pack yang dipamerkan di KLIMS 2026, smart turut menawarkan pelbagai aksesori rasmi untuk smart #5 seperti:
Pengunjung KLIMS 2026 boleh melihat sendiri smart #5 yang dilengkapi aksesori tersebut serta mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej pemilikan dan promosi yang ditawarkan sepanjang pameran berlangsung.
WMOTO terus memperluaskan penawarannya dalam segmen skuter menerusi pelancaran WMOTO NX150S, sebuah model 150 cc yang hadir dengan pelbagai ciri moden sesuai untuk kegunaan harian.
Skuter ini diperkenalkan bersempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 yang berlangsung di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur di Segambut.
WMOTO NX150S ditawarkan pada harga RM6,688, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Grind Green, Glacier Grey dan Lava Brown bagi memenuhi cita rasa pengguna yang berbeza.
Dari sudut prestasi, WMOTO NX150S dikuasakan oleh enjin satu silinder, empat lejang berkapasiti 149.6 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.6 kW pada 8,500 rpm serta tork maksimum 14.7 Nm pada 6,500 rpm.
Ia turut menampilkan nisbah mampatan 11.5:1 dengan ukuran bore x stroke 57.3 mm x 58 mm, yang dibangunkan untuk memberikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.
Kuasa daripada enjin disalurkan melalui transmisi automatik CVT bersama sistem pacuan tali sawat, sekali gus memberikan pengalaman tunggangan yang lebih lancar dan mudah dikendalikan, terutamanya dalam keadaan trafik bandar.
Enjin ini turut menggunakan sistem penyejukan cecair, sistem pencucuhan ECU serta penghidup elektrik, manakala operasi pendikit adalah jenis mekanikal.
Salah satu kelebihan utama skuter ini ialah kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu 15 liter, sekali gus membolehkan jarak tunggangan yang lebih jauh sebelum perlu mengisi semula bahan api.
Sistem pelinciran pula menggunakan gabungan tekanan dan percikan minyak bagi memastikan operasi enjin yang lebih efisien.
Dari segi pengendalian, WMOTO NX150S menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentak berkembar di bahagian belakang.
Kombinasi ini direka untuk memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan ketika menunggang di kawasan bandar atau permukaan jalan yang tidak rata.
Bagi meningkatkan tahap keselamatan, skuter ini dilengkapi brek cakera tunggal di hadapan dan belakang yang dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
Sistem ini membantu mengelakkan roda terkunci ketika membrek secara mengejut, sekali gus memberikan kawalan yang lebih baik kepada penunggang.
WMOTO NX150S menggunakan tayar bersaiz 130/70-13 di bahagian hadapan dan belakang yang dipasang pada rim aluminium untuk memastikan kestabilan dan cengkaman yang baik.
Dari segi dimensi, skuter ini berukuran 1,954 mm panjang, 780 mm lebar dan 1,162 mm tinggi dengan jarak roda 1,363 mm.
Ia turut mempunyai ketinggian tempat duduk 758 mm dan kelegaan tanah 90 mm, manakala berat bersih 132 kg menjadikannya mudah dikendalikan untuk kegunaan harian
WMOTO NX150S turut dilengkapi pelbagai ciri moden seperti paparan meter LCD, sistem kunci pintar serta port pengecasan USB jenis Type-A dan Type-C.
Skuter ini juga hadir dengan Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan, suis keselamatan tongkat sisi serta tuil brek boleh laras bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kemudahan pengguna.
Sistem pencahayaan menggunakan lampu LED sepenuhnya yang merangkumi lampu hadapan, lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan.
NX150S turut dilengkapi cangkuk tersembunyi, ruang simpanan hadapan serta ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 19 liter.
Skuter ini juga didatangkan dengan pelindung angin bagi meningkatkan keselesaan tunggangan serta bateri 12V7Ah untuk menyokong sistem elektronik.
WMOTO NX150S menawarkan pilihan skuter yang lengkap untuk mobiliti harian di Malaysia.
Setiap pembelian turut disertakan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana tiba dahulu), selain sokongan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Dunia automotif digemparkan apabila sebuah Ferrari Daytona SP3 one-off berjaya dilelong pada harga luar biasa USD26 juta, bersamaan kira-kira RM122 juta atau £19.1 juta.
Jumlah ini sekaligus menjadikannya Ferrari baharu paling mahal pernah terjual di lelongan terbuka, mencipta rekod baharu buat jenama Itali tersebut.
Kereta ini dilelong oleh RM Sotheby’s di Monterey Car Week, California, sebuah acara tahunan yang sinonim dengan pameran kenderaan paling eksklusif di dunia.
Tidak hairanlah rekod bersejarah ini tercipta di pentas berprestij tersebut.
Sebagai perbandingan, harga asal Daytona SP3 ketika mula diperkenalkan adalah sekitar £2 juta.
Namun, semua 599 unit produksi terhad habis ditempah pelanggan Ferrari sejurus selepas pengumuman dibuat sebelum ia sempat dilihat oleh umum.
Kereta yang mencipta rekod lelongan ini bukanlah salah satu daripada 599, sebaliknya merupakan unit tambahan khas “599+1”.
Keputusan Ferrari untuk menghasilkan satu lagi unit atas dasar eksklusif menjadikannya lebih istimewa daripada kesemua Daytona SP3 yang lain.
Ia bukan sekadar Daytona biasa, tetapi sebuah koleksi “satu dalam dunia” yang terus melonjakkan nilainya.
Unit Daytona SP3 ini dihasilkan oleh bahagian Ferrari Tailor Made, pasukan khas yang bertanggungjawab memenuhi permintaan eksklusif pelanggan ultra-kaya Ferrari.
Mereka bukan sekadar memilih warna atau material, tetapi merealisasikan visi pelanggan dengan tahap keunikan yang tiada tolok banding.
Edisi one-off ini hadir dengan kemasan gentian karbon terdedah yang digabungkan dengan warna ikonik Giallo Modena, mencipta kontras seakan “lebah kuning”.
Namun yang paling mencuri perhatian adalah hakikat bahawa ia merupakan Ferrari jalan raya pertama dalam sejarah yang menampilkan logo penuh “Ferrari” sepanjang badan kereta.
Bagi sesetengah pemerhati, ia mungkin keterlaluan, tetapi bagi dunia kolektor, inilah tanda keistimewaan kereta ini.
Bahagian dalaman kereta ini tidak kurang menarik.
Ia menggunakan Q-Cycle, sejenis fabrik lestari yang dihasilkan daripada tayar kitar semula, sekali gus menunjukkan Ferrari juga memberi perhatian kepada aspek kelestarian.
Kontras hitam dan kuning disempurnakan dengan tali pinggang keledar berwarna kuning serta logo Prancing Horse yang disulam pada perehat kepala.
Gabungan ini bukan sahaja menyerlahkan identiti “Tailor Made”, tetapi juga mengekalkan aura mewah dan sporty yang sinonim dengan Ferrari.
Ferrari Daytona SP3 merupakan sebahagian daripada siri Icona Ferrari, koleksi model moden yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan klasik Ferrari era 1960-an.
Model ini digerakkan oleh enjin V12 6.5 liter aspirasi natural, mampu menghasilkan lebih 800hp dan digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan klac berkembar.
Enjin ini dianggap antara nadi aspirasi natural paling berkuasa dalam sejarah Ferrari, menjadikan Daytona SP3 bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga jentera pemanduan yang benar-benar ekstrem.
Dengan reka bentuk aerodinamik retro-futuristik, Daytona SP3 merangkumi semangat “endurance racer” klasik yang dihidupkan semula untuk generasi moden.
Apa yang menjadikan lelongan ini lebih bermakna adalah hakikat bahawa keseluruhan hasil jualan disalurkan kepada The Ferrari Foundation, sebuah badan amal berdaftar 501(c)3 di Amerika Syarikat.
Yayasan ini memberi tumpuan kepada pembiayaan projek pendidikan global dan inisiatif komuniti, membuktikan Ferrari bukan sahaja mengejar keunggulan automotif tetapi juga komited dalam memberi impak sosial positif.
Dengan itu, pembeli kereta ini bukan sahaja memperoleh koleksi automotif paling eksklusif, tetapi juga secara langsung menyumbang kepada masa depan pendidikan di seluruh dunia.
Daripada harga asal £2 juta melonjak ke £19 juta, Daytona SP3 “599+1” ini kini terukir dalam sejarah sebagai Ferrari baharu paling mahal di lelongan.
Ia melambangkan gabungan sempurna antara seni automotif, inovasi teknikal, eksklusiviti mutlak, dan tujuan amal.
Bagi dunia kolektor, ia lebih daripada sekadar kereta.
Ia adalah simbol legasi Ferrari, bukti bahawa apabila Maranello menghasilkan sesuatu yang benar-benar unik, dunia sanggup membayar apa sahaja untuk memilikinya.
Daytona SP3 ini tidak sekadar sebuah supercar ia adalah potret bergerak tentang sejarah, prestij dan masa depan Ferrari.
5 Destinasi Tanah Tinggi Di Pahang Yang Memang Padu
Bagi mereka yang merancang perjalanan santai, konvoi hujung minggu atau sekadar ingin melarikan diri daripada kesibukan...