Betul ke Sportrim Original Kilang Berat?
Dalam dunia automotif, ramai pengguna berpengalaman sering terkejut apabila mendapati sportrim (rim sport) asal kilang atau OEM (Original Equipment Manufacturer) yang disertakan bersama kenderaan baharu sebenarnya lebih berat berbanding banyak pilihan aftermarket.
Meskipun kedua-duanya mungkin mempunyai saiz yang sama, perbezaan berat ini bukan kebetulan, tetapi hasil daripada pertimbangan teknikal dan kejuruteraan yang berbeza antara kedua-dua kategori tersebut.
Sportrim OEM direka untuk memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat seperti JWL, VIA, TUV dan sebagainya.
Piawaian ini untuk memastikan ketahanan dalam pelbagai situasi sebenar pemanduan.
Antaranya adalah beban penuh, hentakan lubang, serta pendedahan berterusan kepada haba dan kelembapan.
Kebanyakkan rim OEM menggunakan bahan logam yang lebih padat serta reka bentuk yang lebih kukuh.
Kebanyakan sportrim OEM menggunakan proses cast biasa iaitu tuangan logam ke dalam acuan yang lebih menjimatkan kos, tetapi menghasilkan struktur yang lebih berat.
Sebaliknya, kebanyakkan sportrim aftermarket moden menggunakan teknologi flow forming.
Teknologi ini merupakan satu teknik pertengahan antara casting dan forging yang mampu menghasilkan rim lebih ringan tanpa mengorbankan kekuatan struktur.
Sebagai rujukan umum (anggaran):
Sportrim aftermarket 18 inci (flow forming): anggaran berat 7–8 kg sebiji
Sportrim OEM 18 inci (cast): anggaran berat 11–13 kg
sebijiPerbezaan 4–6 kg untuk satu set rim (4 unit) bukan sahaja memberi kesan kepada berat keseluruhan kenderaan, malah turut mempengaruhi aspek pengendalian dan pecutan.
Pengeluar OEM perlu memastikan rim yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai model, keadaan jalan, dan demografi pengguna.
Maka, rekabentuk lebih konservatif dan universal digunakan, berbanding aftermarket yang boleh fokus kepada rekaan khusus (contohnya rim ringan untuk kegunaan prestasi sahaja).
OEM juga mengutamakan kualiti NVH (Noise, Vibration, Harshness), justeru berat tambahan membantu menyerap getaran, meningkatkan keselesaan dan mengurangkan bunyi tayar.
Setiap sistem suspensi OEM direka selaras dengan berat rim asal.
Apabila sportrim ringan aftermarket dipasang tanpa penyesuaian lanjut, ia boleh mengubah karekteristik suspensi yang kadang kala menyebabkan perubahan rasa pemanduan, termasuk ketidakseimbangan atau peningkatan NVH.
Walaupun sportrim aftermarket lebih ringan, estetik dan sesuai untuk penambahbaikan prestasi, sportrim OEM menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, keselesaan dan ketahanan jangka panjang.
Pengguna disarankan membuat pilihan berdasarkan keperluan sebenar sama ada mencari peningkatan prestasi atau mengekalkan kebolehpercayaan dan integriti sistem asal kenderaan.
Baca Juga : Harley-Davidson CVO Road Glide RR 2025
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.