Ads

Setia Alam Jadi Lokasi Ketujuh Leapmotor Cycle & Carriage

Cycle & Carriage Buka Bilik Pameran Leapmotor Ketujuh di Setia Alam

Cycle & Carriage terus memperkukuh kehadirannya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia menerusi pembukaan bilik pameran Leapmotor terbaharu di Setia Alam, Selangor.

Pembukaan ini menjadikan Setia Alam sebagai lokasi ketujuh Leapmotor di bawah kendalian Cycle & Carriage, sekali gus memudahkan pelanggan sekitar Shah Alam dan kawasan berhampiran mendapatkan maklumat serta mengenali rangkaian kenderaan elektrik jenama berkenaan.

Leapmotor

Bilik pameran berkeluasan kira-kira 3,570 kaki persegi itu mampu menempatkan sehingga empat kenderaan Leapmotor pada satu-satu masa. Ia turut dilengkapi ruang menunggu pelanggan bersama kemudahan sokongan bagi memberikan pengalaman lebih selesa kepada pengunjung.

Ads

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Adrian Short berkata, pembukaan cawangan ketujuh itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluas rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan Leapmotor di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, peluasan rangkaian pengedar memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pemilikan kenderaan elektrik.

Setia Alam Jadi Lokasi Ketujuh Leapmotor Cycle & Carriage

Ads

Dengan pembukaan terbaharu ini, rangkaian Leapmotor Cycle & Carriage kini merangkumi Setia Alam, Plaza 33 Petaling Jaya, Pavilion Bukit Jalil dan Paradigm Mall Johor Bahru, selain pusat 3S di Glenmarie, Johor Bahru dan George Town.

Bilik pameran Leapmotor Setia Alam terletak di Unit 23-1, Setia Avenue, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam, Shah Alam dan beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Ads

Baca Juga : Pandu Uji Leapmotor B10, Ciri yang Buat Kami Teruja!

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram &  TikTok.

YouTube video player

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Menarik di Roda Panas

Kompresor Aircond Kereta Rosak, Jangan Terus Tukar!

Kompresor Aircond Kereta Rosak, Masih Boleh Dibaiki atau Perlu Tukar Baharu? Apabila pendingin hawa kereta tidak lagi sejuk, kompresor sering menjadi antara komponen utama yang...