GWM Malaysia kembali menghangatkan pasaran automotif tempatan dengan pengenalan satu lagi jentera serba boleh yang padat dengan gaya dan teknologi – GWM TANK 500 HEV.
SUV hibrid premium ini bakal dilancarkan dalam masa terdekat dan tempahannya kini sudah dibuka kepada umum. Kalau anda sedang mencari SUV yang bukan sahaja tampan di mata, tapi juga mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan jalan – ini mungkin jawapannya.
Prestasi Jualan Model Sebelumnya
Melihat kepada kejayaan TANK 300 sebelum ini. TANK 500 HEV dibangunkan sebagai jawapan untuk mereka yang mahukan lebih daripada SUV biasa. Ia padat dengan kuasa, kemewahan dan inovasi – satu kombinasi yang sukar ditandingi dalam pasaran semasa.
Di bawah bonet, TANK 500 HEV dikuasakan enjin turbo 2.0-liter 4-silinder yang digandingkan dengan sistem hibrid dan transmisi automatik 9-kelajuan. Hasilnya? Kuasa gabungan sebanyak 346 PS dan tork maksimum 648 Nm. Angka yang cukup garang untuk sebuah SUV bersaiz penuh.
Ia juga datang dengan sistem pacuan semua roda (4WD) pintar lengkap dengan M-Lock. Serta 11 mod pemanduan termasuk mod off-road seperti TANK Turn dan Off-Road Cruise Control. Pendek kata, nak redah bandar atau hutan – dua-dua boleh!
Ads
Dimensi Kenderaan
Dari segi saiz, TANK 500 HEV ini bukan calang-calang. Panjangnya mencecah 5,078 mm, lebar 1,934 mm dan tinggi 1,905 mm. Cukup besar untuk memuatkan tiga baris tempat duduk yang selesa untuk tujuh orang. Dan jangan risau tentang keselesaan, sebab bahagian dalamannya memang kelas atasan.
Bayangkan anda duduk di kerusi balut kulit NAPPA, dengan audio Infinity mengalunkan muzik kegemaran. Sambil duduk di tempat duduk hadapan yang ada fungsi urut dan pengudaraan.
Malah, ada pemijak sisi elektrik untuk memudahkan naik turun. Ini bukan sekadar SUV – ini ruang santai bergerak.
Ciri Keselamatan
Dari sudut keselamatan pula, GWM tidak berkompromi. Enam beg udara, struktur badan yang kukuh, serta teknologi bantuan pemanduan tahap L2+ menjadikan TANK 500 HEV ini bukan sahaja selesa tetapi juga selamat.
Ads
Ia juga dilengkapi dengan ‘transparent chassis’. Fungsi unik yang membolehkan anda melihat keadaan bawah kereta semasa memandu off-road. Memang canggih!
Untuk penampilan luar pula, anda boleh pilih antara tiga warna bergaya – Crystal Gray, Hamilton White, atau Sun Black. Mana satu pun, semuanya menaikkan aura premium jentera ini.
Harga anggaran bagi TANK 500 HEV adalah di bawah RM350,000. Ia boleh didapati secara eksklusif di 14 pengedar GWM di seluruh negara. Termasuk di lokasi popular seperti Glenmarie, Setia Alam, Sungai Besi, USJ, Butterworth, dan Johor Bahru.
Ads
Kalau anda jenis kaki kembara tapi tetap mahu kekal bergaya dan selesa. Inilah masa untuk jadi antara yang terawal memiliki SUV hibrid premium yang bakal mengubah cara kita lihat dunia off-road. Untuk info lanjut atau nak buat tempahan, layari sajagwm.com.my.
Masa depan yang selama ini cuba difahami oleh Marty McFly akhirnya tiba (sebahagian daripadanya) kerana DeLorean DMC-12 kini ada yang dielektrikkan. Ini semua terima kasih kepada kit ‘drop-in’ terbaru daripada Electrogenic yang berpusat di UK. Syarikat yang sebelum ini menukar vintage Rolls-Royce Phantom milik Khal Drogo kepada elektrik.
Walaupun rupa DMC-12 dan kemampuannya untuk menghasilkan jeritan ‘1.21 gigawatts!’ tidak pernah diragukan. Enjin V6 2.8 liter miliknya terletak di antara spektrum yang hampir tidak berguna hingga sepenuhnya tidak berguna.
Pertimbangkan bahawa ia hanya menghasilkan 132bhp yang lemah dan beberapa tork yang lebih tinggi.
Sisi tepi Delorean
Teknologi Terkini
Electrogenic kini telah memperbaikinya dengan pemasangan motor elektrik tunggal 215bhp, yang juga meningkatkan tork kepada 310Nm tork. Ini bermakna kereta ini dapat mencapai pecutan dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang daripada lima saat (kurang daripada separuh masa kereta asal).
Menariknya, Electrogenic juga mengatakan bahawa penukaran ini boleh digunakan pada kedua-dua transmisi automatik dan manual.
Motor ini kemudian dipadankan dengan bateri 43kWh gred OEM yang diletakkan menggantikan tangki bahan api dan membolehkan pemanduan senyap sejauh kira-kira 240 km. Anda juga akan mendapat teknologi brek regeneratif yang disertakan sebagai sebahagian daripada kit ini. Malangnya, tiada pendorong untuk perjalanan udara buat masa ini.
Kapasitor Influktor – sama seperti dalam filem ‘Back To The Future’
Penambahan baharu
Perubahan lain termasuk pilihan mod pemandu yang diselitkan ke dalam ECU kereta – termasuk mod ‘Eco’ dan ‘Sport’. Sementara keupayaan Vehicle to Load bermakna ia boleh digunakan untuk mengecas tablet, telefon dan mana-mana peranti elektronik lain untuk menyokong maraton ‘Back to the Future’ jarak jauh.
Electrogenic juga akan menyertakan Apple CarPlay. Kawalan iklim yang ditingkatkan dan papan pemuka maya, yang semuanya bermakna ia mungkin boleh digunakan setiap hari.
Pandangan belakang dengan tempat caj
Kata-kata CEO…
Berikut adalah kenyataan Steve Drummond, CEO Electrogenic. “Ketika John DeLorean berusaha untuk menghasilkan DMC-12 lebih empat puluh tahun yang lalu, beliau bertekad untuk mencipta kereta sukan yang mampan dan akan bertahan lama. Oleh itu, penukaran kepada EV adalah sangat masuk akal dan selaras dengan etos projek asal.”
Anggaran harga semasa adalah antara £65k (RM388,000) dan £85k (RM506,619) untuk penukaran, yang akan menghampiri tanda £100k (RM596,021) apabila VAT diambil kira. Berbaloi jika anda dapat mencari alasan yang sah untuk memakai gilet.
Selain daripada populariti model berprestasi tinggi seperti Civic Type R dan CBR 1000 Fireblade, terdapat sebuah lagi produk yang mampu mengangkat nama besar Honda ke tahap yang lebih tinggi, iaitu HondaJet.
Melalui Honda Aircraft Company, Honda baru-baru ini meraikan penghantaran HondaJet yang ke-250, sembilan tahun selepas penghantaran pertama pada tahun 2015.
HondaJet telah menjadi pengubah permainan dalam kelasnya sejak menerima pensijilan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) pada tahun yang sama. Kini, pesawat ini memegang 14 jenis pensijilan dari seluruh dunia.
Dengan perkembangan progresif dari HondaJet (2015) hingga HondaJet Elite (2018), Elite S (2021), dan yang terbaru, Elite II (2022), ia secara konsisten telah menentukan semula kategori pesawat ringan yang sangat berkembang dari tahun demi tahun.
Kredit Foto: Honda Aircraft
Presiden dan CEO Hideto Yamasaki berkata, “Jarak tempoh penghantaran ke-250 bukan sekadar nombor, tetapi satu naratif mengenai usaha berterusan kami dalam mencapai kecemerlangan dan inovasi. Kami bersyukur atas pengiktirafan global dan kepercayaan yang pelanggan tempatkan pada HondaJet. Kami berazam untuk terus memajukan industri penerbangan, sentiasa mengekalkan batasan mobiliti di langit untuk meningkatkan kegembiraan dan kebebasan bagi pelanggan.”
Flotilla global HondaJet telah melebihi 210,000 jam penerbangan dengan kebolehpercayaan operasi sebanyak 99.7 peratus. Pelanggan menikmati akses yang mudah kepada sokongan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui rangkaian global wakil jualan dan pusat servis yang diberi kebenaran di seluruh Amerika, Eropah, dan Asia.
Perkembangan seterusnya bagi HondaJet adalah HondaJet Echelon yang kini dalam pembangunan. Dengan Echelon, Honda Aircraft bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan ke tahap yang lebih tinggi, sambil menawarkan keselesaan dan kemudahan premium kepada pengguna.
Apabila bercakap mengenai motosikal Itali dari tahun 90-an, salah satu model yang menonjol kerana keunikannya ialah Bimota Tesi 1D. Namun apa kaitanya dengan Bimota Folgore Bianca?
Diperkenalkan pada tahun 1990 dan dilengkapi dengan enjin Ducati 851 yang berkuasa, motosikal ini membuat kemunculan sulung yang mengagumkan.
Model asas Bimota Folgore Bianca iaitu TESI 1D. Kredit Foto : Webiste silodrome
Pelancarannya di pasaran Jepun pada tahun 1991 disertai dengan harga yang menggiurkan melebihi 4 juta Yen (sekitar RM 120,000 ). Bimota Tesi 1D segera dikenali kerana reka bentuknya yang luar biasa dan berbeza daripada model lain pada zamannya.
Walau bagaimanapun, reka bentuk asal avant-garde Tesi 1D mungkin tidak cukup menarik bagi pakar Jepun di WhiteHouse (salah satu pengeluar alat ganti custom motosikal di Jepun) dan mereka mengambil inisiatif untuk terus memperbaharui mesin ikonik ini.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Hasil usaha mereka maka lahirlah “Folgore Bianca,” iaitu nama yang memberi penghormatan kepada warisan Itali Bimota, dengan “Folgore” bermaksud “kilat” dan “Bianca” bermaksud “putih.” Penghasilan motosikal ini adalah bukti semangat kolaboratif antara kejuruteraan Itali dan Jepun.
Reka Bentuk dan Pengubahsuaian
Pengubahsuaian WhiteHouse Japan daripada Tesi 1D terutamanya memberi tumpuan kepada pengubahsuaian untuk fairing, mencipta baru liveri yang berbeza, dan memperhalusi sistem karburetor.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Mereka juga membuat perubahan kecil namun berkesan kepada sistem ekzos serta suspensi depan dan belakang. Penyesuaian ini bukan sahaja meningkatkan prestasi motosikal tetapi juga menambah tarikan estetik pada motosikal tersebut.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Karya Seni yang lain daripada yang lain
Reka bentuk Folgore Bianca mungkin tidak disukai semua orang namun penampilannya yang berani dan luar biasa boleh menarik perhatian individu yang melihatnya.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Reka bentu motosikal ini mewakili gabungan kreativiti dan kejuruteraan yang menakjubkan. Rupa unik motosikal ini menjadikannya item koleksi dan eye catching dalam komuniti motosikal.
Pengalaman Menunggang
Kredit Foto : Website ktnegoce
Salah satu ciri paling ketara Folgore Bianca ialah fork hadapan yang sepenuhnya mendatar, sememangya simbolik motosikal Tesi ini. Walaupun saiznya yang besar dan suspensinya yang sangat unik boleh menyebabkan ketidakselesaan ketika menunggang di jalan yang tidak rata dan perkara ini sering dianggap sebagai kelemahan yang boleh diabaikan.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Kesimpulan
Bimota Folgore Bianca berdiri sebagai keajaiban unik dalam dunia motosikal. Reka bentuknya yang tersendiri dan pengubahsuaian inovatif oleh WhiteHouse Jepun menjadikannya sebuah karya kejuruteraan yang menonjol.
Kredit Foto : Website ktnegoce
Sama ada anda seorang penggemar motosikal atau sekadar menghargai gabungan seni dan teknologi, motosikal ini adalah bukti apa yang boleh dicapai apabila kreativiti bertemu dengan kecemerlangan kejuruteraan.
Revolusi Tayar SUV untuk Keperluan Bandar
Continental Tyres sekali lagi membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi automotif menerusi pelancaran tayar baharu, UltraContact UX7.
Tayar ini direka khas...