GWM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan ketibaan yang dinanti-nantikan, iaitu varian Performance GWM ORA 07. Ia menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan yang mesra alam.
Varian Performance ini menggabungkan reka bentuk yang anggun dan bergaya dengan prestasi luar biasa, melebihi jangkaan untuk sebuah coupe elektrik. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.3 saat.
GWM Malaysia teruja untuk memaklumkan bahawa batch pertama varian Performance GWM ORA 07 telah tiba di Pelabuhan Klang. Anggaran masa penghantaran ke bilik pameran GWM di seluruh Malaysia adalah pada akhir Jun 2024.
Ini memastikan pelanggan kami dapat menikmati reka bentuknya yang mewah dan elegan serta ciri-ciri pintar yang lebih menakjubkan dalam jangka masa yang singkat.
Ora 07 Performance Di Pelabuhan
Tentang Great Wall Motor (GWM)
Great Wall Motor adalah sebuah syarikat teknologi pintar global yang berdedikasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar dan mesra alam kepada pengguna globalnya.
Operasi perniagaan syarikat ini merangkumi reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan automotif dan alat ganti.
Ads
Selain itu, susun atur keseluruhan rantaian industri dalam bidang tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan tenaga suria.
Dengan fokus utama pada pembangunan teknologi masa depan seperti membina rangkaian sambungan pintar, pemanduan pintar, cip, dan aplikasi.
Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk berpusatkan pengguna. Pelancaran produk pintar tahap baru telah disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario. Dalam pada itu ia turut membantu dengan pembangunan kenderaan tenaga baru di Malaysia.
Ads
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
– Encik Ray Chan | ray.chan@gwm.com.my | 012-239 6068
– Cik Koay Lay Di | laydi@boldinspiration.com | 012-433 3545
Bila sebut tentang limousin, pasti model yang terbayang di fikiran kita adalah model Lincoln dan Cadillac yang menjadi lambang kemewahan Amerika.
Lanskap automotif pada tahun 1980-an juga menyaksikan perusahaan Chrysler memperkenalkan limousin K-car yang dikenali sebagai Chrysler Executive, bukti semangat inovatif era itu dalam mengubah kenderaan konvensional menjadi sebuah kenderaan mewah.
Namun, model yang unik dari negara matahari terbit ini pasti menarik perhatian kita iaitu Honda Accord limosin 1981.
Honda Civic yang kompak dan cekap yang diperkenalkan pada tahun 1973 manakala Accord pada tahun 1976. Model ini pada asalnya dicipta sebagai langkah kepada krisis bahan api dan kebimbangan emission pada masa itu, namun Accord dengan cepat menjadi kegemaran kerana kebolehpercayaan dan reka bentuk praktikalnya, prinsip yang tampaknya bertentangan dengan kemewahan yang biasanya dikaitkan dengan limousin.
Accord limosin ini mempunyai jarak roda yang dipanjangkan dan menambah sentuhan kemegahan kepada kenderaan yang sebaliknya sederhana. Di bahagian dalam, kabin ini dilengkapi dengan tempat duduk baldu mewah, telefon , monitor, dan peralatan stereo, tidak lupa juga lampu opera yang menambah elemen kecanggihan kereta ini.
Anggaran harga kereta ini pada tahun 2023 adalah sekitar $39,420 (RM185,579.51). Namun sudah pasti nilai harga kenderaan ini pasti akan terus meningkat kerana ianya agak sukar ditemui pada masa kini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kawasaki Ninja H2 SX sudah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran luar seperti Eropah dan Jepun, dan telah mendapat perhatian ramai peminat motosikal berkuasa tinggi seluruh dunia.
Model ini dianggap antara sports tourer paling canggih pernah dihasilkan oleh Kawasaki setakat ini.
Namun begitu, bagi pasaran tempatan, masih belum ada pengesahan rasmi daripada Modenas Kawasaki Malaysia mengenai tarikh kemasukan model ini.
Walaupun begitu, ura-ura kuat menyatakan bahawa model ini bakal menembusi pasaran Malaysia dalam masa terdekat, mungkin seiring dengan pelancaran model-model besar Kawasaki yang lain.
Jika benar, ini bakal menjadi berita gembira buat peminat tempatan yang dahagakan teknologi dan kuasa luar biasa dalam satu jentera premium.
Jentera ini menggabungkan prestasi, teknologi dan keselesaan secara menyeluruh dalam satu pakej luar biasa.
Motosikal ini dibina berlandaskan prinsip “Engineered to be Free”, menggambarkan satu anjakan paradigma dalam segmen sports tourer.
Dengan kuasa supercharged, ciri keselamatan pintar dan sistem infotainmen terkini, Ninja H2 SX bukan sahaja sesuai untuk perjalanan jauh merentas benua, malah selesa untuk kegunaan harian.
Melalui slogan “Supercharge Your Journey”, Kawasaki mengajak penunggang untuk melupakan persepsi lama terhadap motosikal touring.
Model ini tersedia dalam dua varian utama: Ninja H2 SX dan Ninja H2 SX SE.
Kedua-duanya direka untuk membawa penunggang merentasi lebuh raya, pergunungan dan laluan mencabar dengan penuh gaya, kuasa dan kawalan.
Rekaan Ninja H2 SX diinspirasikan oleh dua model legenda Kawasaki – Ninja H2 dan ZZR1400.
Gabungan ini menghasilkan penampilan yang agresif, moden dan menyerupai jet pejuang, dengan “intake” supercharger yang jelas kelihatan di sisi badan motosikal.
Bahagian cowl hadapan direka khusus untuk mengurangkan rintangan angin, sekali gus memberikan lebih keselesaan kepada penunggang dan pembonceng.
Cermin sisi pula bukan sahaja untuk pandangan belakang, tetapi juga berperanan menghasilkan daya tekan ke bawah (downforce) untuk kestabilan tambahan.
Tambahan pula, penggunaan lengan buai sebelah tunggal (single-sided swingarm) menyerlahkan lagi aspek premium dan kejuruteraan tinggi motosikal ini.
Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 4-lejang, 4-silinder sebaris 998cc dengan supercharger, hasil penambahbaikan daripada enjin asal Ninja H2.
Modifikasi ini menjadikan Ninja H2 SX lebih sesuai sebagai motosikal touring berprestasi tinggi, dengan penekanan terhadap tork rendah dan pertengahan.
Dengan kuasa maksimum 200 PS pada 11,000 rpm dan tork 137.3 Nm pada 9,500 rpm, motosikal ini tetap mampu memberikan ledakan kuasa apabila diperlukan.
Namun begitu, penyampaian kuasa yang lancar dan mudah dikawal, hasil daripada sistem pendikit elektronik dan teknologi suntikan bahan api berkembar, menjadikan ia sesuai untuk kegunaan harian dan pengembaraan jauh.
Kawasaki Ninja H2 SX menampilkan rekaan badan penuh (full-fairing) dan cermin hadapan besar yang bukan sahaja menambah gaya agresif, malah memberikan perlindungan angin yang optimum untuk perjalanan jauh.
Rekaan ini turut menyumbang kepada kecekapan aerodinamik, menjadikan tunggangan lebih stabil dan selesa walaupun pada kelajuan tinggi.
Model ini dilengkapi sistem bantuan penunggang terkini dikenali sebagai ARAS (Advanced Rider Assistance Systems), yang merangkumi beberapa teknologi canggih:
Adaptive Cruise Control (ACC): Menyesuaikan kelajuan motosikal mengikut jarak dengan kenderaan di hadapan.
Blind Spot Detection: Memberi amaran visual jika terdapat kenderaan di kawasan titik buta.
Automatic High Beam (AHB): Sistem pencahayaan pintar yang bertindak mengikut keadaan pencahayaan sekeliling menggunakan penderia kamera.
Semua fungsi ini boleh dikawal menerusi paparan skrin TFT 6.5 inci yang turut menempatkan sistem infotainmen Kawasaki SPIN.
Sistem ini membolehkan penunggang menyambungkan peranti pintar untuk kawalan muzik, panggilan dan navigasi.
Tempat duduk Ninja H2 SX direka semula untuk keselesaan optimum, sama ada untuk penunggang mahupun pembonceng.
Permukaan tempat duduk yang lebih lebar, serta padanan ketebalan dan kepadatan yang diperbaharui, memberikan keselesaan jangka panjang tanpa mengorbankan gaya tunggangan sporty.
Reka bentuk ergonomik juga membolehkan penunggang menukar posisi dengan mudah, sesuai untuk perjalanan jauh mahupun tunggangan agresif di selekoh.
Enjin dan prestasi
Jenis: 4-lejang, 4-silinder sebaris, penyejuk cecair dengan supercharger
Sesaran: 998cc
Kuasa maksimum: 200 PS @ 11,000 rpm
Tork maksimum: 137.3 Nm @ 9,500 rpm
Sistem suntikan bahan api: Ø50 mm x 4 dengan suntikan berkembar
Emisi: Euro 5
Transmisi: 6-kelajuan jenis dog-ring
Casis dan suspensi
Rangka: Trellis keluli tegangan tinggi
Suspensi hadapan: Fork terbalik 43 mm dengan pelarasan penuh
Suspensi belakang: Uni-Trak dengan penyerap hentak gas dan tangki simpanan
Bermaz Motor telah mengumumkan pembaharuan terkini untuk model Mazda3 segmen C tahun 2023 untuk pasaran di Malaysia.
Terdapat empat varian berbeza ditawarkan dengan enjin 1.5 liter Skyactiv-G tidak diteruskan untuk pasaran tempatan. Ia secara tidak langsung bermakna, Mazda3 2023 hanya tersedia dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang menghasilkan 162 hp dan daya kilas 210 Nm.
Di antara ciri peningkatan menerusi model ini termasuklah pengecasan tanpa wayar Qi, slot USB-C pada konsol tengah, sokongan Android Auto dan juga Apple Carplay tanpa wayar. Skrin infotainment model ini juga diperbaharui menjadi 10.25 inci untuk pengalaman yang lebih baik.
Varian Ignite Edition juga datang dengan peningkatan audio iaitu sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, untuk pengalaman audio yang lebih baik.
Bagi aspek keselamatan, varian High dan High Plus Mazda3 2023 turut dilengkapi dengan lebih banyak fungsi iActivsense, seperti Cruising & Traffic Support (CTS), yang sebelumnya hanya tersedia pada varian Mazda3 2.0L Ignite Edition.
Bermaz Motor juga menawarkan tujuh pilihan warna yang berbeza, termasuk Soul Red Crystal, Machine Gray, Polymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black, dan Snowflake White Pearl.
Berikut adalah harga jualan untuk model Mazda3 2023 di Malaysia:
Semua model Mazda3 dilengkapi dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km, serta pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau had perbatuan 100,000 km. Pakej ini meliputi alat ganti, pelincir, dan kos buruh.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Warna kereta selalunya dipilih berdasarkan citarasa. Ada yang suka putih kerana nampak bersih, ada yang pilih hitam sebab kelihatan lebih premium, dan ada juga...