Lando Norris kembali mengecapi kemenangan dalam gaya dramatik di Grand Prix Austria selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, dalam pertarungan mendebarkan sepanjang perlumbaan. Saingan kejuaraan, Max Verstappen pula terkeluar awal selepas insiden di pusingan pertama.
Norris bermula dari petak utama dan mendahului di selekoh pertama, namun terus diasak hebat oleh Piastri. Pelumba Australia itu beberapa kali mencuba untuk memintas dan sempat mendahului seketika, sebelum Norris kembali mengambil alih kedudukan.
Aksi paling mencemaskan berlaku di selekoh keempat apabila Piastri terkunci brek dan hampir melanggar belakang Norris. Strategi Piastri yang melanjutkan penggunaan tayar permulaan gagal memberikan kelebihan mencukupi. Walaupun Piastri mencatat masa pantas dalam fasa pertengahan dan akhir perlumbaan, Norris kekal tenang dan mempertahankan kedudukan pertama hingga ke garisan penamat.
Kemenangan ini merupakan yang ketiga buat Norris musim ini, dan yang pertama sejak GP Monaco bulan lalu.
Tanpa kehadiran prinsipal pasukan Ferrari, Fred Vasseur, yang pulang atas urusan peribadi, Ferrari tetap menunjukkan prestasi konsisten dengan Charles Leclerc menaiki podium dan Lewis Hamilton di tempat keempat.
Ads
George Russell satu-satunya pelumba Mercedes yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Rakan sepasukan rookie, Kimi Antonelli, terlibat dalam insiden pelanggaran dengan Verstappen di selekoh ketiga dan kedua-duanya terpaksa bersara. Antonelli dikenakan penalti tiga petak grid untuk perlumbaan seterusnya.
Liam Lawson mengekalkan prestasi baik dengan menukar petak enam kepada kedudukan keenam di akhir perlumbaan. Fernando Alonso (Aston Martin) dan Gabriel Bortoleto (Kick Sauber) masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kelapan, dengan Bortoleto meraih mata sulung F1 selepas pertarungan sengit dengan Alonso.
Nico Hulkenberg menunjukkan pemulihan hebat dari belakang grid untuk meraih mata buat kali ketiga berturut-turut, membantu Sauber mendapatkan mata berganda. Esteban Ocon melengkapkan senarai 10 teratas untuk Haas.
Ads
Ollie Bearman di tempat ke-11 di belakang Ocon, diikuti Isack Hadjar dan Pierre Gasly yang bergelut dengan isu imbangan jentera Alpine. Lance Stroll pula gagal mengulangi prestasi cemerlang semasa latihan apabila sekadar di tempat ke-14.
Franco Colapinto dan Yuki Tsunoda menjadi pelumba terakhir melintasi garisan penamat. Colapinto dikenakan penalti lima saat selepas hampir bertembung dengan Piastri semasa dilencong. Tsunoda pula dikenakan penalti 10 saat kerana menyebabkan Colapinto berpusing awal perlumbaan.
Antara yang gagal menamatkan perlumbaan ialah Verstappen, Antonelli, serta dua pelumba Williams – Alex Albon dan Carlos Sainz, yang tidak sempat memulakan perlumbaan akibat jentera terkandas di grid.
Ads
Petikan Penting
“Ia perlumbaan yang mencabar, penuh tekanan dari awal hingga akhir – panas, meletihkan – tapi keputusan yang sempurna untuk pasukan,” kata Norris. “1-2 adalah impian kami, dan kami berjaya sekali lagi. Pertarungan saya dan Oscar memang sengit, sangat menyeronokkan – walaupun penuh tekanan buat saya! DRS di sini sangat berkuasa, jadi memang susah nak menjauh darinya, tapi selepas itu saya dapat kawal dengan baik.”
Seterusnya: F1 akan terus ke Silverstone untuk Grand Prix Britain pada hujung minggu 4-6 Julai.
Ferrari baru mengumumkan tambahan terbaru dalam siri One-Off mereka, iaitu Ferrari SP-8. Dicipta oleh Pusat Reka Bentuk Ferrari dan merupakan sebahagian daripada program Projek Khas, SP-8 ini merupakan sebuah enjin V8 yang terletak di bahagian tengah belakang, berdasarkan model F8 Spider. Ia menyertai kelas eksklusif kereta unik yang dibuat khas mengikut permintaan pelanggan.
SP-8 mendapat namanya daripada enjin V8 twin-turbo 3.9 liter, yang telah meraih anugerah Engine of the Year sebanyak empat kali berturut-turut. Nombor 8 juga amat penting kerana dianggap sebagai nasib baik dalam budaya Cina, melambangkan kejayaan dan keberuntungan yang baik.
Ciri paling ketara pada SP-8 adalah ketiadaan bumbungnya, menjadikannya sebuah roadster dua tempat duduk yang menekankan sifat bebas serta memberikan pengalaman memandu yang sungguh mendebarkan.
Kredit Foto: Carsifu.my
Penambahbaikan secara meluas dalam aspek aerodinamik telah dilakukan melalui simulasi CFD, ujian terowong angin, dan juga ujian di trek untuk memastikan keselesaan akustik dan rasa angin semasa memandu sepadan dengan kereta ini.
Reka bentuk kereta ini menumpukan kepada penyatuan isi padunya, dengan bahagian hadapan yang menggunakan serat karbon meliputi hingga ke bahagian ekor, mencipta kesan dua warna yang memukau.
Ruang bumbung yang boleh dilipat dan dikeluarkan membolehkan bahagian ekor belakang diubah secara radikal, memberikan rupa penuh dengan garis pinggang yang lebih menarik. Bahagian hadapan kereta menampilkan gril aluminium yang luas dengan tema corak jalur tegak, dioptimumkan untuk aliran udara ke radiator hadapan.
Kredit Foto: Carsifu.my
Elemen-elemen yang telah direka semula termasuk lampu hadapan, lampu belakang, cermin hadapan, paip ekzos, dan rim yang direka khas. Di bahagian dalaman, terdapat penyesuaian pada slot tengah bagi memuatkan kotak gear F1 dan tempat duduk yang mempunyai butiran Alcantara Navy Blue yang dipatrikan dengan teknologi laser.
SP-8 dilengkapkan dengan warna matte Argento Micalizzato, dipadankan dengan bahagian serat karbon yang mempunyai kemasan glossy Blue Sandstone yang berkilauan. Kereta ini akan dipamerkan di Litar Mugello sehingga akhir Finali Mondiali Ferrari 2023, selepas itu akan berada di Muzium Ferrari di Maranello dari 16 November 2023 hingga Mac 2024.
Program Projek Khas ini bertujuan untuk mencipta Ferraris yang unik, yang dikenali sebagai “One-Offs,” yang direka khas mengikut keperluan pelanggan.
Setiap projek ini dibangunkan dengan kerjasama Pusat Reka Bentuk Ferrari, mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan. Pelanggan terlibat secara rapat dalam fasa reka bentuk dan pengesahan, menghasilkan sebuah Ferrari yang unik yang tetap mengekalkan standard keunggulan jenama tersebut.
1 of 5
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Tesla Malaysia telah memperkenalkan program rujukan “Refer and Earn” yang bertujuan untuk mendorong pemilikan kereta elektrik di pasaran Malaysia. Langkah inovatif ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk menikmati manfaat eksklusif melalui rujukan kepada individu yang pertama kali memesan dan membeli produk Tesla melalui Akaun Tesla mereka.
Dalam program ini, terdapat dua jenis manfaat yang ditawarkan kepada peserta iaitu Referral Credits dan Loyalty Benefits.
Referral Credits:
Pelanggan yang mengajak rakan atau ahli keluarga menggunakan pautan rujukan untuk membeli produk Tesla pertama kali akan menerima kredit sebanyak 5,000. Langkah ini tidak hanya memberi insentif kepada pelanggan, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan penjualan produk Tesla.
Kredit Foto: Malay Mail
Loyalty Benefits:
Manfaat Loyalty pula memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kredit sehingga 10,000 apabila mereka membeli produk Tesla yang sah menggunakan Akaun Tesla. Ini adalah cara Tesla memberi penghargaan kepada pelanggan yang setia kepada jenama mereka.
Proses penyertaan dalam program ini sangat mudah, pemilik Tesla hanya perlu berkongsi mesej rujukan atau pautan dari seksyen “Refer and Earn” di dalam profil aplikasi Tesla. Ini membuka peluang kepada pemilik Tesla untuk mendapatkan manfaat tambahan melalui rujukan produk kepada rakan-rakan mereka.
Peserta program juga berpeluang untuk menebus kredit yang diperoleh untuk manfaat melalui aplikasi Tesla. Ini termasuklah kredit untuk penggunaan Supercharger, pembelian pakaian dan barangan Tesla, serta pelbagai manfaat lain.
Maklumat lanjut mengenai program “Refer and Earn” boleh diperolehi melalui aplikasi Tesla atau melalui laman web rasmi Tesla di www.tesla.com/en_my/event/tesla-referandearn-malaysia. Jom sertai program ini dan rasakan pengalaman memandu kereta elektrik Tesla yang futuristik!
Bayangkan ketika anda memandu ketika hujan dan secara tiba-tiba power window kereta anda tidak berfungsi, pasti akan mengundang perasaan panik dan cemas. Kebanyakkan kereta yang berusia lima tahun ke atas kerap kali mengalami masalah ini. Namun, dengan pemeriksaan berkala dan sedikit ilmu mengenai komponen-komponennya, anda boleh mengatasi masalah ini dengan lebih mudah.
Kredit Foto : Website counterman
1. Periksa dan Ganti Fius
Langkah pertama dalam menangani masalah power window adalah memeriksa fiusnya. Fius memainkan peranan penting dalam melindungi litar elektrik dengan memutus aliran elektrik apabila berlaku litar pintas. Tukar fius yang rosak dan lakukan pemeriksaan sekiranya punca masalah tersebut adalah daripada fius. Jika power window masih tidak berfungsi, kemungkinan besar terdapat masalah pada komponen lain.
2. Semak Voltan dan Suis Power Window
Jika penggantian fius tidak menyelesaikan masalah, langkah berikutnya adalah memeriksa sistem elektrik power window. Semak voltan bateri untuk memastikan aliran kuasa yang mencukupi ke litar. Jika voltan stabil tetapi power window masih tidak berfungsi, kemungkinan masalah terletak pada suis. Suis yang rosak sering disebabkan oleh litar pintas yang mungkin telah menyebabkan komponen tersebut terbakar dan perlu diganti.
Setelah memastikan bahawa masalah tidak berkaitan dengan arus elektrik atau suis, langkah seterusnya adalah memeriksa motor dan regulator power window. Kedua-dua komponen ini bertanggungjawab dalam menggerakkan cermin untuk naik dan turun.
Motor yang lemah atau regulator yang rosak dapat menyebabkan cermin tidak bergerak dengan lancar. Pemeriksaan ini mungkin memerlukan penggantian beberapa bahagian yang telah mengalami kerosakan.
Tetapi sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, anda boleh terus ke bengkel kereta berhampiran untuk pemeriksaan. Semoga informasi ini bermanfaat untuk anda sekiranya anda ingin membaiki kerosakkan tersebut sendiri.
Dari Jepun ke Pentas Dunia
Sejarah SUPER GT bermula pada tahun 1994 dengan pelancaran All Japan Grand Touring Car Championship (JGTC).
Ini mrupakan satu usaha berani...