Tahukah anda terdapat beberapa model kereta yang mempunyai wiper di lampu hadapan?Ciri menarik ini adalah sejenis pengelap cermin kecil yang sama fungsinya dengan pengelap cermin hadapan bertujuan untuk membersihkan lampu depan.
Jadi ayuh kita tengok serba sedikit mengenai fungsi wiper ini.
Trend Pengelap Lampu Depan yang Sudah Hilang
Wiper lampu depan popular antara tahun 1980-an dan 1990-an, terutama di Eropah. Ciri ini biasa ditemui pada kenderaan mewah seperti Saab, Volvo, BMW, dan Jaguar.
Pada masa itu, pembersihan lampu depan automatik tidak diperlukan untuk semua kenderaan, tetapi ia sangat membantu bagi kenderaan yang sering melalui kawasan berlumpur dan kotor, serta kenderaan yang biasanya dipandu di jalan bersalji.
Berhenti di tepi jalan untuk membersihkan lampu depan dianggap sebagai gangguan, jadi pengelap kecil ini melakukan tugas dengan baik.
Bagaimana Pengelap Cermin di Lampu Depan Berfungsi
Pengelap lampu depan berfungsi dengan cara yang sama seperti pengelap cermin.
Banyak kenderaan lama yang dilengkapi dengan ciri ini mempunyai motor yang berasingan untuk mengawal pergerakan pengelap. Pengelap lampu depan berkongsi takungan air yang sama dengan pengelap cermin.
Kebanyakkan kereta menpunyai susun atur yang sama, terdapat suis di sisi roda stereng untuk mengaktifkan pengelap.
Terdapat juga beberapa variasi cara pengelap lampu depan berfungsi. Sebagai contoh, pengelap pada Saab 99 bergerak dari sisi ke sisi. Versi lain bergerak ke atas dan ke bawah.
Ads
FSO Polski Fiat 125p mempunyai pengelap yang duduk di tengah-tengah lampu depan. Versi ini memerlukan pengelap berputar 180 darjah untuk membersihkan lampu depan.
Masalah serangga dalam kereta memang boleh jadi menyusahkan, kan? Jadi, kami nak kongsi tips halau serangga, semut dan seangkatan dengannya, tapi kita kena kreatif sikit. Pertama sekali, kalau korang nak yang simple, boleh la pasang tinted yang berkualiti untuk tingkap kereta. Tapi kalau nak lagi power, baca ni;
Minyak Peppermint:
Serangga tak suka bau peppermint. Campurkan beberapa titis minyak peppermint dengan air dalam botol semburan. Semburkan campuran ni kat dalam kereta, terutama kat kawasan tingkap. Bau wangi, serangga pun lari terus!
Serbuk Kopi:
Serbuk kopi boleh bertindak sebagai pengusir serangga. Letakkan beberapa bekas serbuk kopi dalam kereta, terutama kat tempat-tempat yang serangga selalu lalu/lepak. Mungkin bau kopi tu pun boleh buat korang rasa lebih bertenaga!
Bunga Lavender:
Serangga juga tak suka bau lavender. Letak pokok lavender atau letakkan pouch lavender dalam kereta anda. Selain halau serangga, korang pun boleh enjoy bau yang menyegarkan.
Cuka dan Air:
Campurkan air dengan cuka (vinegar) dalam peratusan 1:1. Letak dalam bekas semburan dan semburkan dalam kereta. Bau cuka tu bukan sahaja halau serangga, tapi juga boleh hilangkan bau yang tak best.
Jaga Kebersihan Kereta:
Jangan bagi makanan bersepah dalam kereta. Serangga suka cari makanan, so kalau kereta bersih, kuranglah peluang diorang nak datang ‘beraya’.
Cuci Kereta:
Buat regular car wash. Kalau kereta bersih, peluang serangga nak lekat kurang. Lagipun, kereta bersih tu memang nampak lebih tenang, untuk anda dan penumpang.
Jadi, itulah beberapa tips untuk halau serangga dalam kereta. Selamat mencuba dan semoga kereta korang sentiasa bersih dari serangga yang tak diundang!
Situasi terkini yang melibatkan Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) selepas pengumuman oleh Toyota Motor Corporation (TMC) berkaitan kesalahan prosedur dalam ujian keselamatan yang dilakukan oleh anak syarikat Toyota, Daihatsu Motor Co Ltd (DMC). Tindakan segera diambil untuk menjamin ketelusan dan kualiti dalam pengurusan yang dijalankan oleh UMWT.
Ketua Pengarah UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. dengan tegas menyatakan komitmen syarikat untuk menjaga piawaian dan kualiti terbaik dalam setiap kenderaan yang dikeluarkan. Beliau menegaskan bahawa UMWT sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua kenderaan yang dijual di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkenaan.
Dalam usaha menangani isu ini, UMWT telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia. Tindakan yang diambil merupakan inisiatif segera dan telus bagi memastikan kenderaan yang dipasarkan di Malaysia adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.
Ketegasan dalam menjaga kepercayaan pelanggan menjadi fokus utama UMWT. Datuk Ravindran K. menekankan bahawa kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. “Kami memahami betapa pentingnya kepercayaan pelanggan, dan dengan tekad kami, kami berazam untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap produk-produk yang kami sediakan.”
Komitmen UMWT untuk ketelusan dan keselamatan adalah sesuatu yang tidak perlu diragui. Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan setiap kenderaan yang dikeluarkan adalah selamat dan mematuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh industri serta pihak berkuasa yang berkaitan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Buat pemilik kereta membeli aksesori kereta merupakan perkara biasa yang ramai di antara kita lakukan. Kebiasaannya aksesori yang dipasang sama ada boleh mencantikkan kereta atau boleh memudahkan kerja ketika di dalam kereta.
MASKULIN dulu pernah kongsikan jenis-jenis aksesori yang bahaya dan berisiko untuk digunakan sehingga ia boleh menjejaskan proses tuntutan insurans jika berlaku kemalangan.
Kali ini kita ingin berbicara tentang aksesori yang paling tidak berguna dan membawa faedah dan kadangkala bersifat penipuan atau scam semata-mata.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari pempengaruh automotif popular di TikTok iaitu James Alatin. Beliau menyenaraikan empat jenis aksesori yang langsung tak berguna dan berfaedah untuk dipasang atau digunakan.
Ikuti perkongsian dari beliau tersebut di bawah.
Alat Tune Engine
Aksesori yang kononnya boleh buat kereta jimat minyak sampai 50 peratus dan kuasa kereta boleh meningkat hingga 35 peratus. Dijual pada harga cukup murah iaitu sekitar RM30 aksesori mengarut ini biasanya di pasang pada bahagian ECU. Kalau betul aksesori ini berkesan alamatnya gulung tukarlah pengeluar kereta semua.
Kad Jimat Minyak
Salah satu produk yang sebenarnya langsung tiada logik di sebaliknya. Kononnya kad yang dijual sampai harga seratus lebih ini boleh digunakan untuk menjimatkan minyak kereta.
Tiub Penambah Kuasa
Sesiapa memasang aksesori ini didakwa mampu memperkuatkan kuasa pick up kereta menjadi lebih berkuasa dan mantap. Ini hingga ia digelar sebagai ‘surbo’ atau ‘trubo’ oleh mereka yang mendakwanya. Tapi satu perkara anda kena ingat, jika rosak sekali memang habis satu kereta.
Pluck Ampli
Sama juga seperti dakwaan lain di atas jika dipasang ia dikatakan boleh tambah kuasa dan dalam masa yang sama mengurangkan asap keluar dari ekzos. Sama juga katanya bila pasang boleh tambah kuasa dan kurang asap. Benda tak terbukti dan hanya dakwaaan semata.
Kita sebagai pemilik kereta dan pengguna kena bijnak memilih. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang nampak macam meyakinkan tapi sebenarnya sudah macam scam sifatnya
Nak pasang apa-apa aksesori buatlah research dahulu. Dunia zaman sekarang apa sahaja makulmat berada di hujung jari! Kalau tak beri kesan okay lagi tapi kalau jejaskan enjin kereta memang tak elok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Xpeng, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, sekali lagi mencetuskan inovasi luar biasa dengan memperkenalkan "land aircraft carrier". Iaitu van enam roda dilengkapi dengan...