Lazimnya, rumah dan kereta merupakan dua perkara yang berbeza, satu untuk menetap dan satu untuk bawa kita bergerak. Sejak kemunculan kenderaan rekreasi (RV) atau motorhome pada tahun 1915 di Amerika Syarikat, ia menjadi satu cara baharu untuk manusia bergerak dalam keadaan selesa.
Kredit Foto: smithsonianmag.com
Di Malaysia, penggemar RV tidaklah meluas seperti di negara barat, namun tetap ada peminat yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk dapatkan motorhome impian mereka. RV sebenarnya terbahagi kepada beberapa segmen iaitu;
Campercar
Campervan
Camper truck
Camper lorry
Camper bus
Caravan
Sesuai dengan nama yang diberi, kebanyakan RV ini boleh diubah suai dan diberi sentuhan peribadi oleh pemilik masing-masing. Jadi, apa beza kesemua ini?
Kredit Foto: robbreport.com
Pertama sekali, Campercar, ia merupakan kereta yang diubah suai (selalunya pada bahagian belakang kenderaan) untuk dijadikan tempat tidur (sofa bed), tempat masak dan mandi.
Bahagian penting yang perlu ada untuk tukar kereta anda menjadi campercar adalah tangki air, kipas, bateri mudah alih (lebih baik jika ada penjana kuasa) dan ruang simpan barang. Kadangkala ada pemilik yang tambah tandas mudah alih supaya lebih yakin untuk merantau jauh.
Ads
Kredit Foto: blessthisstuff.com
Seterusnya Campervan, segmen ini sesuai untuk jalan Malaysia kerana RV jenis ini sedikit kecil berbanding lori namun dari segi rupa tidaklah terlalu menyerlah. Antara campervan yang menarik perhatian adalah Airstream Interstate 24X, Jayco Terrain dan Ford Transit Trail.
Di Malaysia, peraturan pengubahsuaian kenderaan tidaklah terlalu ketat, kalau kita beli van biasa dan nak tukar ke camper van juga boleh tetapi harus mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan penguat kuasa.
Kredit Foto: robbreport.com
Camper Truck pula menggunakan chasis 4×4 seperti Cam Caravan, Toyota Hilux dan Ford Ranger. Bagi yang mencari motorhome dengan pinjaman duit bank boleh mencari jenama Cam Caravan kerana tahun keluaran model ini masih tidak melebihi usia 10 tahun.
Ads
Kredit Foto: motorhomes.my
Dalam pada itu, Camper Bus dibina menggunakan chasis bas kerana rekaannya yang lebih panjang dan besar. Antara camper bus yang boleh disewa adalah Toyota Coaster dan Nissan Civilian. Kalau nak buat sendiri pun boleh, anggaran harga dalam RM 10,000 ke RM20,000 bergantung kepada situasi.
Kredit Foto: caravancampingsales.com
Selanjutnya, Camper Lorry atau Motorhome yang dibina di atas chasis lori merupakan segmen yang ramai orang biasa lihat dan gunakan. Banyak juga jenama yang mengeluarkan segmen camper lorry termasuk Toyota, Isuzu dan Volkswagen. Anggaran harga camper lorry di Malaysia dalam lingkungan RM70,000 hingga RM500,000.
Ads
Kredit Foto: automobex.com
Akhir sekali, Caravan. Motorhome jenis ini yang paling biasa disebut-sebut oleh orang ramai kerana ia cukup popular dalam filem, rancangan TV dan sebagainya. Caravan dianggap sebagai RV paling selesa kerana keluasan yang ditawarkan seolah-olah kita berada dalam rumah.
Kredit Foto: caravanhire-online.co.uk
Namun, kelemahan kenderaan jenis ini ialah ia perlu ditunda oleh kenderaan 4WD atau SUV kerana Caravan tidak mempunyai enjin untuk bergerak sendiri dan juga pemilik perlu rancang perjalanan dengan lebih teliti kerana saiz caravan yang besar tidak ditampung oleh sesetengah jalan atau kawasan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Walaupun Kawasaki tidak lagi bersaing dalam Kejuaraan Dunia MotoGP, namun Ninja ZX-10R terus popular dan menjadi salah satu pilihan utama peminat superbike.
Nama ‘Ninja’ akan sentiasa menjadi tanda pengiktirafan dan keberkesanan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Bagi meraikan kejayaan Ninja ZX-10R, Kawasaki kini memperkenalkan edisi terhad Ninja ZX-10RR Winter Test.
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Berbeza dari sebelum ini, kali ini hanya 25 unit sahaja untuk yang dikeluarkan untuk model ini.
Menurut Kawasaki, setiap bahagian Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini dibangunkan secara khusus oleh Pasukan Perlumbaan Kawasaki (KRT) yang turut bersaing dalam WorldSBK. Motosikal ini mempunyai kuasa 214hp dan tork 112Nm yang memukau.
Seperti biasa, Ninja ZX-10RR Winter Test Edition ini datang dengan rekaan yang sama seperti jentera Winter Test pasukan KRT WorldSBK. Juga dilengkapi dengan plat bernombor pada pelindung tangki dan ekzos Akrapovic sebagai standard.
Kredit Foto : Website motorcyclesports
Sebagai bonus menarik, pembeli akan menerima dua pas VIP untuk menghadiri mana-mana pusingan WorldSBK 2024 pilihan mereka. Ini memberikan akses khas ke hospitaliti KRT dan peluang untuk bertemu dengan pelumba utama, Alex Lowes dan Axel Bassani.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Dalam dunia automotif di Malaysia, dua jenis minyak petrol yang sering menjadi pilihan pemandu adalah RON 95 dan RON 97. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, tetapi apa sebenarnya perbezaan antara keduanya, dan minyak mana yang lebih sesuai untuk kereta anda?
Apa Itu RON?
RON bermaksud “Research Octane Number,” iaitu satu ukuran ketahanan minyak petrol terhadap ketukan (knocking) dalam enjin. Secara mudahnya, lebih tinggi nombor RON, lebih tahan minyak petrol tersebut terhadap ketukan. Ketukan berlaku apabila campuran udara dan petrol dalam enjin terbakar secara pramatang, yang boleh merosakkan enjin dalam jangka masa panjang.
Kandungan dan Prestasi
Minyak RON 95 mempunyai RON yang lebih rendah berbanding RON 97, yang bermaksud ia kurang tahan terhadap ketukan. Namun begitu, ia masih sesuai untuk kebanyakan kereta moden yang direka untuk menggunakan RON 95. Sebaliknya, RON 97 mempunyai ketahanan yang lebih tinggi terhadap ketukan, menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk kereta berprestasi tinggi atau enjin yang memerlukan oktana tinggi.
Beza warna mengikut bacaan RON – PanduLajucom.my
Prestasi Enjin dan Ekonomi Minyak
Kelebihan utama minyak RON 97 adalah ia mampu memberikan prestasi enjin yang lebih baik. Ini kerana ia membenarkan enjin beroperasi pada tahap optimum dengan mengurangkan risiko ketukan. Ini penting bagi kereta berprestasi tinggi yang memerlukan kuasa tambahan dan responsif enjin yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, dari segi ekonomi minyak, RON 95 sering menjadi pilihan kerana harganya yang lebih rendah. Bagi pemandu yang menggunakan kereta untuk perjalanan harian dan tidak memerlukan prestasi enjin yang tinggi, RON 95 adalah pilihan yang lebih menjimatkan. Harganya yang lebih murah bermakna anda dapat mengurangkan kos bahan api secara keseluruhan.
RON 97, RON 95 & Diesel
Pengaruh Terhadap Enjin
Minyak RON 97, walaupun lebih mahal, boleh memberikan faedah jangka panjang kepada enjin anda. Enjin yang beroperasi dengan minyak oktana tinggi cenderung mengalami pembakaran yang lebih bersih dan efisien. Seterusnya boleh mengurangkan pengumpulan karbon dalam enjin. Ini boleh mengurangkan keperluan penyelenggaraan dan memanjangkan jangka hayat enjin.
Kesimpulan
Pemilihan antara RON 95 dan RON 97 bergantung kepada keperluan dan jenis kenderaan anda. Jika anda memandu kereta biasa yang digunakan untuk perjalanan harian dan ingin menjimatkan kos bahan api, RON 95 adalah pilihan yang tepat. Namun, jika anda mempunyai kereta berprestasi tinggi atau ingin memastikan enjin anda beroperasi pada tahap optimum, RON 97 mungkin lebih sesuai.
Secara ringkasnya, fahami keperluan enjin kereta anda dan pilihlah minyak petrol yang sesuai untuk memastikan prestasi dan ketahanan enjin yang terbaik. Dengan pengetahuan yang betul, anda dapat membuat pilihan yang bijak antara RON 95 dan RON 97.
Jentera Lagenda Bakal Gegar Tokyo Auto Salon KL 2025
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 bakal menyaksikan kemunculan sebuah jentera modifikasi ikonik VR32 Stealth Nissan GT-R hasil tangan tuner tersohor dari Jepun, TOP SECRET.
Acara yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Ogos 2025 di MITEC ini menjanjikan pengalaman luar biasa buat peminat JDM tanah air.
Gabungan Dua Generasi GT-R Dalam Satu Binaan
VR32 Stealth ini bukan sebarangan GT-R. Ia menggabungkan casis BNR32 (R32 Skyline GT-R) dengan enjin berprestasi tinggi VR38DETT 3.8L dari R35 GT-R.
Hasil gabungan ini menghasilkan satu-satunya jentera di dunia dengan karakter klasik R32 tetapi menggunakan nadi daripada GT-R R35 dan semuanya dibina sendiri oleh Smokey Nagata.
Kuasa 1,072hp & Casis Diubah Suai Menyeluruh
Untuk menampung enjin dan trenkuasa baharu, keseluruhan casis telah melalui proses stitch welding dan fabrikasi menyeluruh.
Enjin turut dipadankan dengan turbo BB800 TOP SECRET, connecting rod JUN H-section, serta pelbagai komponen prestasi tinggi yang lain.
Jentera ini menghasilkan sehingga 1072hp kuasa dalam badan jentera klasik!
Luaran Stealth Gray dengan Aksesori Lengkap
Dari segi luaran, VR32 ini tampil garang dengan warna Stealth Gray dan aero kit penuh dari TOP SECRET.
Ia turut dilengkapi sistem suspensi NEKO TOP SECRET Ver.SPL Ride Pitch Adjustment, spring SWIFT, serta sistem brek dari R35 GT-R.
Jentera ini disempurnakan dengan rim OZ Racing Challenge HLT 18 inci dan tayar Bridgestone POTENZA RE71-RS (275/35R18).
Interior R35
Menambah lagi keunikan, bahagian dalaman turut menerima transplant penuh dari R35 lengkap dengan dashboard, meter, konsol tengah dan panel pintu R35 GT-R.
Stereng khas TOP SECRET dan meter TRUST Sirius Boost menjadi sentuhan terakhir kepada ruang kabin yang moden dan agresif.
Smokey Nagata Turut Hadir ke Kuala Lumpur
Acara kali ini lebih istimewa kerana Smokey Nagata sendiri akan turut hadir ke Tokyo Auto Salon KL 2025 menjadikannya kunjungan kali ketiga beliau ke Malaysia.
Peminat boleh berinteraksi dan bergambar dengan lagenda modifikasi ini, serta mendapatkan barangan eksklusif di booth rasmi TOP SECRET.
Maklumat Tiket Tokyo Auto Salon KL 2025
Harga tiket untuk menyaksikan acara ini adalah seperti berikut:
RM48 – Tiket harian dewasa
RM30 – Kanak-kanak 6-12 tahun
RM120 – Kombo keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak)
RM120 – Tiket 3 hari untuk dewasa
Diskaun 50% – Untuk pemegang kad OKU dan penjaga
Percuma – Kanak-kanak 5 tahun ke bawah
Untuk info lanjut dan pembelian tiket, layari: www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.