Ads

‘Jalinkan Raya Bersama Proton e.MAS’, Diskaun Pengecasan 25%, Balik Kampung Lebih Jimat

Kempen Raya untuk Pemilik EV Proton e.MAS

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, tampil dengan kempen istimewa sempena Aidilfitri menerusi inisiatif ‘Jalinkan Raya Bersama Proton e.MAS’, yang dirangka khusus untuk memberi lebih penjimatan serta kemudahan kepada pemilik kenderaan elektrik jenama itu.

Kempen ini bukan sahaja memfokuskan kepada kos perjalanan yang lebih rendah, malah turut merangkumi manfaat selepas jualan bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung lebih lancar.

Diskaun Pengecasan 25 Peratus Jadi Tarikan Utama

Bagi tempoh 17 hingga 25 Mac 2026, pemilik Proton e.MAS boleh menikmati diskaun 25 peratus bagi kos pengecasan apabila menggunakan Aplikasi Proton e.MAS atau Aplikasi Hello smart.

Tawaran ini dilihat cukup tepat pada masanya, terutama ketika ramai pengguna bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Cara Menikmati Promosi ‘Jalinkan Raya Bersama Proton e.MAS’

Untuk mendapatkan diskaun 25 peratus ini, pelanggan hanya perlu membuka aplikasi Proton e.MAS sepanjang tempoh promosi, kemudian memilih stesen pengecas dan penyambung yang betul menerusi fungsi peta pengecasan.

Ads

Selepas itu, pengguna hanya perlu melengkapkan proses pra-kebenaran sebelum memulakan sesi pengecasan. Harga yang dipaparkan dalam aplikasi sepanjang tempoh promosi telah pun mengambil kira potongan diskaun tersebut.

‘Jalinkan Raya Bersama Proton e.MAS’, Diskaun Pengecasan 25%, Balik Kampung Lebih Jimat

Rangkaian Pengecasan Semakin Luas

Menariknya, promosi ini turut memperlihatkan perkembangan ekosistem pengecasan PRO-NET yang kini menawarkan akses kepada lebih 4,300 titik pengecasan di lebih 1,400 lokasi di seluruh negara.

Ads

Infrastruktur ini disokong oleh 10 Pengendali Titik Pengecasan (CPO), sekali gus memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk merancang perjalanan jarak jauh dengan lebih yakin.

Manfaat Selepas Jualan Hingga 31 Mac 2026

Selain promosi pengecasan, Proton e.MAS turut menyediakan pelbagai ganjaran selepas jualan di 36 pusat pengedar 3S Proton e.MAS di seluruh negara sehingga 31 Mac 2026.

Antara manfaat yang ditawarkan termasuk pemeriksaan kenderaan percuma, baucar diskaun RM50 untuk servis seterusnya, cuci kereta percuma, pengecasan percuma sehingga 80 peratus, serta sampul duit raya Proton e.MAS percuma selagi stok masih ada.

Ads

Kukuhkan Kedudukan Proton e.MAS Dalam Pasaran EV

Menerusi kempen ‘Jalinkan Raya Bersama Proton e.MAS’, PRO-NET terus memperkukuh kedudukan Proton e.MAS sebagai antara jenama EV paling menonjol dalam pasaran tempatan.

Lebih penting, kempen ini memperlihatkan usaha berterusan jenama tersebut untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih praktikal, ekonomik dan relevan dengan keperluan pengguna Malaysia, khususnya ketika musim perayaan.

Baca Juga : PROTON e.MAS Sokong Inisiatif EV Kerajaan, Serah Beberapa Model Elektrik kepada Kementerian Pengangkutan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

HAVAL H6 HEV Raikan Perjalanan Raya Bersama GWM Malaysia

HAVAL H6 HEV menjadi antara fokus utama apabila GWM Malaysia memperkenalkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 dengan tema Raikan Perjalanan Menuju Keredaan.Kempen...