Berdasarkan statistik daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia, terdapat lebih daripada 1.2 juta kenderaan yang berada di atas jalan raya bagi tahun 2021. Angka yang besar ini membawa kepada peningkatan risiko kemalangan di atas jalan raya.
Sudah tentu, tiada siapa yang mengharapkan kemalangan menimpa diri. Walaupun kita sudah berhati-hati dan peka, kemalangan tetap boleh berlaku dalam sekelip mata. Jadi, jika kita terlibat dalam kemalangan, apa tindakan yang perlu kita ambil?
Perkara pertama yang paling penting selepas kemalangan adalah, kekal tenang dan periksa keadaan diri dan penumpang dalam kenderaan kita. Langkah pertama ini penting dalam memastikan proses selepas kemalangan berjalan dengan rasional dan mudah.
Seterusnya, jika situasi tidak kritikal dan kenderaan masih boleh bergerak, cuba untuk pandu kenderaan ke kawasan yang selamat sama ada di bahu jalan atau kawasan yang lapang. Jangan terus turun dan periksa kenderaan di tengah jalan raya.
Selepas yakin dengan persekitaran yang selamat, barulah periksa kenderaan yang terlibat. Jika pihak yang terlibat mengalami kecederaan serius, segera hubungi talian kecemasan untuk dapatkan bantuan.
Jika situasi kemalangan tidak serius dan kedua-dua pihak masih boleh berbincang, catatkan butiran penting sebagai bukti kemalangan supaya kita tidak mudah dipersalahkan selepas itu.
Ads
Antara perkara yang perlu diambil kira ialah:
Nombor plat, model dan warna kenderaan
Kerosakan kenderaan yang terlibat
Tarikh, tempat dan masa kemalangan
Nama, alamat dan nombor telefon pihak terlibat
Untuk menguatkan lagi bukti bahawa kita tidak bersalah, simpan bersama video atau gambar semasa kejadian (jika ada) dan catat sekali butiran saksi agar mudah untuk dihubungi.
Setelah selesai proses di kawasan kemalangan, pergi ke balai polis berdekatan untuk failkan laporan kemalangan. Ini boleh dibuat bersama pihak yang terlibat atau secara persendirian. Perkara ini sangat penting jika kita mahu membuat tuntutan insurans.
Ads
Berikan butiran kepada pihak polis dan mereka akan keluarkan saman kepada pihak yang bersalah. Kemudian, berhubung dengan pihak insurans untuk mereka tunda kenderaan kita ke bengkel panel insurans.
Pada masa yang sama, ejen insurans akan jelaskan butiran kerugian dan jumlah yang perlu diperbaiki. Sesetengah bengkel akan sediakan kenderaan sementara untuk kita guna selagi kenderaan kita diperbaiki, namun, tidak semua bengkel sediakan kemudahan ini.
Dalam pada itu, kita boleh buat tuntutan ‘Loss of use’ kepada pihak insurans jika kita memang dibuktikan tidak bersalah. Bagi yang tidak tahu salurannya, cuba berhubung dengan bengkel panel dan minta nasihat dari mereka.
Ads
Rajinkan diri baca prosedur dan polisi tuntutan insurans kerana banyak perkara yang kita layak terima namun kadangkala ia sengaja tidak didedahkan oleh ejen insurans.
Akhir sekali, elakkan emosi mengawal diri, tunjukkan empati kepada pihak yang terlibat, kekal tenang, jangan buat apa-apa pembayaran atau pengakuan di tempat kejadian dan ikut prosedur yang sepatutnya. Ingat! Benda sudah pun berlaku, cari cara untuk selesaikan bukan saling menuding jari.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengumumkan berita gembira hari ini dengan pembukaan rasmi Seksyen 6 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Pembukaan yang dijadualkan bermula jam 12.01 pagi pada 21 November 2023, Seksyen 6 ini mendapat pengecualian pembayaran tol kepada pengguna sehingga 2 Januari 2024, yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.
Dengan pembukaan laluan lebih raya baharu ini, ia membawa harapan baru kepada pengguna jalan raya yang dapat menjangkakan masa perjalanan lebih singkat sehingga 15 minit berbanding 45 minit menggunakan laluan sedia ada.
Sekali gus, Seksyen 6 ini akan menghubungkan secara terus pengguna dari Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa. Tidak hanya itu, sambungan terus dengan Lebuhraya LATAR turut menawarkan lebih kesalinghubungan antara rangkaian lebuh raya untuk keselesaan pengguna.
Dalam menyusuri Seksyen 6 WCE ini, pengguna kini akan lebih mudah untuk melawati destinasi pelancongan menarik seperti Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror, dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Ini tidak hanya akan memberi kesenangan kepada pengguna, tetapi juga dijangka merancakkan pertumbuhan sosio-ekonomi dalam komuniti setempat.
Sebelum pembukaan Seksyen 6 WCE, sebanyak empat seksyen WCE telah dibuka sebelum ini. Ini termasuklah tiga seksyen di Negeri Perak, iaitu Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan), Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin), dan Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas), serta satu seksyen di Negeri Selangor iaitu Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan – Bandar Bukit Raja Utara).
Pembukaan Seksyen 6 WCE merupakan langkah yang dinanti-nantikan dan merupakan satu lagi kemajuan dalam infrastruktur lebuh raya negara yang akan memberi impak besar kepada pengguna serta pertumbuhan ekonomi tempatan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Motosikal yang penuh ‘watak’ ini bukanlah hanya sekadar watak dalam sebuah drama pengembaraan yang kita saksikan di kaca televisyen, tetapi motosikal yang betul-betul ‘hidup’ dan dicipta oleh Kawasaki.
Bukanlah sesuatu yang kecil, motosikal “Kawasaki Ninja H2 HySE” yang diterbitkan oleh Team Green ini menjadi motosikal pertama Kawasaki yang berjalan dengan menggunakan hidrogen, dan ia dibina melalui usaha bersama konsortium HySE yang terdiri daripada Kawasaki, Yamaha, Suzuki, Honda, dan Toyota.
Menurut laporan yang diperoleh dari WeBike, Ninja H2 HySE ini diperkembangkan berasaskan model H2 yang telah wujud terlebih dahulu, dengan menggunakan enjin empat silinder sebaris berkapasiti 999 cc yang dilengkapkan dengan ciri-ciri sistem bahan api suntikan langsung.
Satu ciri menarik, ‘kotak pannier’ sisi yang agak besar pada bahagian kiri dan kanan motosikal itu direka khas untuk menyimpan kanister hidrogen tambahan. Ini ditambah dengan lampu depan berbentuk H yang memberikan petanda kepada penggunaan bahan api hidrogen, diikuti dengan corak warna biru dan hitam arang yang memberikan gaya yang unik pada motosikal ini.
Dilaporkan bahawa model prototaip ini akan digunakan untuk ujian penilaian awal sebelum ke arah pemasaran enjin motosikal bertenaga hidrogen ini pada tahun 2030. Penggunaan enjin pembakaran dalaman dengan penggunaan bahan api hidrogen bukanlah perkara yang asing bagi pengeluar automotif Jepun.
Toyota sebelum ini turut mempersembahkan beberapa model konsep GR bertenaga hidrogen, malah mereka turut menguji keberkesanan penggabungan ini dalam perlumbaan sebenar di atas litar. Langkah ini menunjukkan komitmen industri automotif Jepun dalam mengejar kemajuan teknologi dan kelestarian alam.
Kehadiran prototaip Ninja H2 HySE ini bukan sahaja membuka lembaran baru dalam dunia motosikal, tetapi juga menjadi tonggak penting dalam usaha menjana tenaga yang lebih bersih dan berkesan untuk masa depan pengangkutan kita.
1 of 8
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Jika melihat kepada Japan Mobility Show 2023 (JMS) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pastinya terdapat beberapa model konsep menarik yang akan dipamerkan oleh Toyota. Ini adalah satu lagi contoh bagaimana Toyota bakal muncul dengan idea-idea inovatif.
Setelah membuat kemunculan pertama di Indonesia dengan nama Rangga pada bulan Ogos yang lalu, Toyota IMV 0 (Innovative International Multi-Purpose Vehicle) akan dihadirkan secara rasmi di Tokyo.
Lebih menarik, Toyota bakal mempamerkan dua model konsep sebenar di JMS 2023 yang berasaskan pada platform IMV 0. Salah satunya membawa konsep kafe bergerak, memberi pengunjung pengalaman unik dalam dunia automotif.
Model konsep yang lain adalah konsep bar kapsul yang menawarkan hadiah berupa kereta miniatur kepada pengunjung yang dapat menjawab soalan mudah. Ini pasti akan mencetuskan minat pengunjung yang hadir.
IMV 0, sebenarnya, merupakan kenderaan yang serba boleh. Ia boleh berubah mengikut keperluan dengan mempunyai pelbagai fungsi yang berguna. Contohnya, ia boleh menjadi trak pemanduan off-road yang teguh, atau mungkin sebuah campertruck dengan ruang kabin yang luas untuk pengembaraan yang selesa. Malah, ia juga boleh menjadi kenderaan penyelamat yang berguna untuk pasukan Palang Merah dalam operasi kecemasan. Jika anda lebih suka gaya sporty, terdapat juga versi IMV 0 dengan jarak bumi yang sangat rendah.
Menariknya, menurut Toyota, pemilik IMV 0 boleh menukar sebarang bahagian belakang dengan mudah menggunakan bolt dan nat, memberi kebebasan dalam menyesuaikan kenderaan mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.
Dalam bentuk konsep, Toyota IMV 0 mempunyai dimensi yang mencengangkan, dengan panjang 5,300 mm, lebar 1,785 mm, tinggi 1,740 mm, dan jarak antara roda sepanjang 3,085 mm – hampir sama dengan dimensi Toyota Hilux yang sedia ada. Ia juga dibina dengan casis ladder-frame yang kukuh, diiringi dengan suspensi dedaun di bahagian belakang.
Terdapat juga laporan yang menarik mengenai pilihan enjin IMV 0 yang akan mencakupi diesel, petrol, hibrid, dan elektrik sepenuh masa. Jadi, adakah IMV 0 akan menjadi pengganti sebenar bagi trak pikap Toyota Hilux? Mungkin kita akan melihat lebih banyak perkembangan pada acara Japan Mobility Show 2023 yang akan datang.
1 of 10
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
3 Tayar Gergasi Terbesar Pernah Dihasilkan
Dalam dunia automotif, saiz tayar standard lazimnya berada dalam julat 15 hingga 17 inci.Sementara kereta sport biasanya menggunakan tayar...