Boon Siew Honda terus menghidupkan semangat gaya dan mobiliti harian dengan pelancaran warna baharu untuk model skuter popular mereka, Honda Vario 160.
Kalau sebelum ini kita dah biasa lihat Vario 160 dalam tona warna yang agak klasik, kini ia tampil lebih ‘hidup’ dan berani dengan tiga pilihan warna baharu – Silver, Merah Matte, dan Kuning.
Sekilas pandang, nampak macam lebih sporty dan moden, sesuai untuk rider yang mahu gaya dan fungsi dalam satu pakej.
Warna Baharu, Gaya Baharu
Tiga warna ini bukan sekadar untuk nampak cantik di jalan – ia melengkapkan karakter Vario 160 sebagai skuter yang ringkas. Tetapi sarat dengan teknologi dan prestasi. Warna kuning mencuri perhatian bagi mereka yang suka tampak lebih menonjol. Manakala merah matte membawa aura premium. Warna perak pula sesuai untuk mereka yang sukakan gaya elegan dan minimalis.
Namun jangan risau, warna-warna terdahulu seperti Biru, Merah, Hijau dan Biru Matte masih ditawarkan untuk mereka yang suka gaya lebih klasik atau gelap. Jadi, banyak pilihan ikut citarasa masing-masing!
Ads
Harga & Ketersediaan
Bermula 11 April 2025, model ini akan mula memasuki bilik pameran Honda Impian X dan pengedar sah seluruh negara. Untuk varian warna Kuning, ia ditawarkan pada harga RM10,198.00. Warna Perak dan Merah Matte pula sedikit premium, pada harga RM10,498.00. Manakala warna sedia ada masih mengekalkan harga yang sama – Blue & Red pada RM10,198 dan Green & Matte Blue pada RM10,498.
Nota: Semua harga adalah cadangan harga jualan (RRP) dan belum termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.
Apa yang Menjadikan Vario 160 Istimewa?
Di sebalik gayanya yang segar, Vario 160 dikuasakan oleh enjin 157cc eSP+ yang dipadankan dengan sistem PGM-FI. Memberikan prestasi responsif dan penggunaan bahan api yang efisien ia turut disahkan sebagai Energy Efficient Vehicle (EEV).
Ads
Sistem keselamatan pun bukan biasa-biasa. Ia dilengkapi dengan ABS, brek cakera depan dan belakang. Serta sijil MyMAP yang menambah keyakinan ketika menunggang. Teknologi Honda Smart Key System pula memudahkan enjin dihidupkan dengan fungsi anti-theft alarm, answer back system, dan suis pintar tanpa kunci.
Lampu LED penuh, port pengecas USB di ruang simpanan depan, serta speedometer digital penuh yang memaparkan maklumat penting. Seperti penggunaan minyak dan jam menjadikan Vario 160 sangat praktikal untuk kegunaan harian. Tambahan lagi, kotak simpanan 18 liter, tayar lebih lebar. Serta rangka ringan eSAF menyempurnakan tunggangan yang stabil dan selesa.
Perlindungan & Jaminan
Boon Siew Honda turut memberikan jaminan dua tahun atau 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu – jadi anda boleh tunggang dengan tenang. Untuk info lanjut, layariboonsiewhonda.com.my atau kunjungi Honda Impian X berhampiran. Nak lebih pantas, boleh juga hubungi talian bebas tol 1-800-88-3993.
Situasi terkini yang melibatkan Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) selepas pengumuman oleh Toyota Motor Corporation (TMC) berkaitan kesalahan prosedur dalam ujian keselamatan yang dilakukan oleh anak syarikat Toyota, Daihatsu Motor Co Ltd (DMC). Tindakan segera diambil untuk menjamin ketelusan dan kualiti dalam pengurusan yang dijalankan oleh UMWT.
Ketua Pengarah UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. dengan tegas menyatakan komitmen syarikat untuk menjaga piawaian dan kualiti terbaik dalam setiap kenderaan yang dikeluarkan. Beliau menegaskan bahawa UMWT sedang mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua kenderaan yang dijual di Malaysia mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkenaan.
Dalam usaha menangani isu ini, UMWT telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia. Tindakan yang diambil merupakan inisiatif segera dan telus bagi memastikan kenderaan yang dipasarkan di Malaysia adalah berkualiti tinggi dan selamat untuk digunakan.
Ketegasan dalam menjaga kepercayaan pelanggan menjadi fokus utama UMWT. Datuk Ravindran K. menekankan bahawa kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka. “Kami memahami betapa pentingnya kepercayaan pelanggan, dan dengan tekad kami, kami berazam untuk memperkukuhkan keyakinan mereka terhadap produk-produk yang kami sediakan.”
Komitmen UMWT untuk ketelusan dan keselamatan adalah sesuatu yang tidak perlu diragui. Langkah-langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan setiap kenderaan yang dikeluarkan adalah selamat dan mematuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh industri serta pihak berkuasa yang berkaitan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Menukar sportrim kereta adalah salah satu modifikasi yang paling popular di kalangan pemilik kenderaan.
Bukan sahaja ia memberikan penampilan yang lebih menarik, tetapi ia juga boleh meningkatkan prestasi dan pengendalian kenderaan.
Namun begitu, persoalan yang sering timbul ialah, adakah menukar sportrim akan menyebabkan waranti kereta anda terbatal?
Apa itu Waranti Kenderaan?
Waranti kenderaan adalah perjanjian antara pemilik kereta dan pengeluar di mana pengeluar berjanji untuk memperbaiki atau mengganti mana-mana bahagian kereta yang mengalami kerosakan dalam tempoh tertentu, asalkan syarat-syarat tertentu dipatuhi.
Menukar Sportrim: Apa Yang Perlu Anda Tahu
Secara umumnya, pengeluar kereta mengesyorkan agar semua bahagian kereta kekal dalam keadaan asal semasa tempoh waranti.
Ini termasuk sportrim. Namun begitu, menukar sportrim tidak semestinya akan membatalkan waranti secara automatik. Ia bergantung kepada beberapa faktor:
Saiz dan Spesifikasi Sportrim: Jika anda menukar sportrim kepada saiz yang jauh berbeza dari yang asal, ia boleh memberi kesan kepada pengendalian, sistem brek, dan suspensi kereta. Ini boleh menyebabkan pengeluar menganggap perubahan tersebut sebagai faktor yang menyumbang kepada sebarang kerosakan yang berlaku. Dalam kes ini, tuntutan waranti berkaitan komponen yang terjejas mungkin ditolak.
Prosedur Pemasangan: Pemasangan sportrim yang tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan masalah seperti ketidakseimbangan roda atau kerosakan pada suspensi. Jika kerosakan berlaku akibat pemasangan yang tidak betul, pengeluar mungkin tidak akan melayan tuntutan waranti anda.
Pengaruh Terhadap Bahagian Lain: Jika penukaran sportrim memberi kesan kepada komponen lain seperti tayar, sistem brek, atau suspensi, pengeluar mungkin enggan melayan sebarang tuntutan waranti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian ini.
Adalah penting untuk memahami bahawa setiap pengeluar kereta mempunyai polisi waranti yang berbeza.
Sesetengah pengeluar mungkin lebih toleran terhadap perubahan seperti penukaran sportrim, manakala yang lain mungkin lebih ketat untuk menjaga standard mereka.
Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang modifikasi, pastikan anda membaca terma dan syarat dengan teliti atau berbincang dengan wakil pengeluar untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Kesimpulan
Langkah terbaik ialah mendapatkan nasihat daripada pakar atau wakil pengeluar untuk memastikan modifikasi yang anda lakukan tidak akan menjejaskan hak anda untuk membuat tuntutan waranti di masa hadapan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Projek ekstrem dari Toyota Racing Division yang Pernah Dipamerkan di SEMA Pada Tahun 2014
Pada pandangan pertama, tiada siapa akan menyangka sedan ini mampu menewaskan supercar di trek lurus. Inilah Toyota Camry Sleeper, sebuah projek luar biasa oleh bahagian perlumbaan Toyota yang pernah diperkenalkan di pameran SEMA 2014. Di luar, ia kelihatan seperti Camry 2015 standard, tiada bodykit, tiada spoiler, tiada tanda amaran. Namun, di bawah bonet kereta itu tersembunyi kuasa yang benar-benar memukau.
Petunjuk pertama bahawa sesuatu luar biasa sedang berlaku boleh dilihat pada tayar drag bersaiz 335/30R18 di belakang. Dan sebaik sahaja kunci diputar, bunyi pekikan supercharger TRD menjadi isyarat jelas bahawa ini bukan sedan biasa.
Kredit Foto : Website hotrod
Enjin Tundra 5.7L V8 supercharged
Di bawah hud, Toyota menggantikan jantung asal Camry dengan enjin dan transmisi penuh milik Toyota Tundra unit 5.7 liter V8 3UR-FE yang telah dipadankan dengan TRD Supercharger. Bunyi deruman yang bergema di ruang pameran SEMA sudah cukup membuatkan semua peminat jentera prestasi berpaling.
Lebih menarik, keseluruhan badan luar Camry ini boleh diangkat seperti penutup bonet gergasi, memperlihatkan kerangka perlumbaan tubular berwarna merah serta sistem mekanikal terbuka yang kelihatan seperti jentera dragster tulen. Di bahagian but pula, beberapa botol nitrous terpasang kemas untuk sistem suntikan tambahan jenis “wet”.
Kredit Foto : Website hotrod
Prestasi suku batu di bawah 10 saat
Walaupun angka rasmi kuasa dan kelajuan tidak didedahkan, sumber dalaman Toyota menyatakan bahawa Camry Sleeper ini mampu mencatat masa suku batu sekitar 9.8 saat dan berpotensi menjunam ke zon 7 saat sekiranya menggunakan payung terjun (parachute) yang dibenarkan di bawah peraturan NHRA. Angka itu cukup untuk menewaskan banyak supercar moden.
Kredit Foto : Website hotrod
Komponen dan spesifikasi teknikal
Antara komponen prestasi utama yang digunakan termasuk:
TRD Supercharger dan sistem suntikan nitrous jenis “wet”
Autometer digital dash untuk paparan data perlumbaan
IPT Performance Transmission
Piston dan rod penyambung tempa (forged pistons & rods)
Suspensi front strut dan gandar belakang jenis 4-link live axle
Bateri Optima dan sistem keselamatan NHRA yang diperakui
Kredit Foto : Website hotrod
Jentera eksperimen yang jadi legenda
Walaupun dibina sekadar untuk mempamerkan keupayaan jurutera Toyota Racing Development (TRD), Camry Sleeper kekal sebagai antara projek paling gila dalam sejarah SEMA. Ia bukan sahaja membuktikan potensi platform Toyota yang serba boleh, malah menjadi simbol bahawa sebuah sedan keluarga juga boleh memiliki jiwa pelumba sejati jika diberi sentuhan yang cukup ekstrem.
Kredit Foto : Website hotrod
Fakta Ringkas: Toyota Camry Sleeper
Dibina oleh: Toyota Racing Division (TRD)
Enjin: 5.7L 3UR-FE V8 Supercharged (dari Toyota Tundra)
Transmisi: Automatik NHRA Drag-spec
Sistem tambahan: Suntikan Nitrous “Wet”
Masa suku batu (anggaran): 9.8 saat (7 saat dengan payung terjun)
Kawasaki Z900 2025 Gaya Agresif dan Teknologi Terkini
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS), anak syarikat di bawah Kumpulan DRB-HICOM, hari ini melancarkan Kawasaki Z900...