Honda Transalp XL750, yang diperkenalkan semula sebagai model baharu pada 2022, kini tampil dengan beberapa peningkatan untuk model tahun 2025. Walaupun perubahan ini nampak minimal, ia memberikan nilai tambah kepada reka bentuk dan pengalaman tunggangan motosikal ini.

Reka Bentuk Lampu dan Aerodinamik Ditingkatkan

Salah satu perubahan ketara pada Transalp XL750 2025 ialah penggunaan lampu LED projektor baharu. Lampu ini direka lebih kompak dan menyerupai gaya Honda Africa Twin, memberikan penampilan yang lebih agresif. Bahagian fairing atas juga diperbaharui dengan lubang udara di tengah, bertujuan meningkatkan aliran udara di sekitar kepala penunggang, menjadikan perjalanan lebih selesa.

Penghadang angin hadapan turut menerima sentuhan baharu dengan penggunaan bahan Durabio. Rekaan ini membantu memperbaiki aerodinamik di sekitar badan penunggang. Menawarkan kawalan yang lebih baik, terutamanya semasa menunggang pada kelajuan tinggi.

Honda Transalp XL750 2025 Kini Lebih Mantap dengan Peningkatan Baharu

Paparan Meter dan Kawalan Dipertingkatkan

Meter TFT lima inci pada model ini mungkin nampak serupa, tetapi Honda memastikan paparan baharu ini lebih jelas walaupun dalam keadaan cahaya terang. Selain itu, kawalan pada bahagian kiri pemegang kini lebih ringkas, menjadikan pengendalian lebih mudah. Sambungan telefon pintar melalui aplikasi Honda RoadSync tetap dikekalkan, membolehkan pengguna terus berhubung semasa dalam perjalanan.

Enjin dan Mod Tunggangan Canggih

Transalp XL750 2025 masih menggunakan enjin dua silinder selari SOHC 755 cc yang menghasilkan 90.5 hp pada 9,500 rpm dan tork maksimum 75 Nm pada 7,500 rpm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan serta klac assist & slipper untuk tunggangan yang lancar.

Ads

Lima mod tunggangan disediakan, iaitu Sport, Standard, Rain, Gravel, dan User (boleh disesuaikan mengikut pilihan). Sistem elektronik termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC) dengan lima tahap tetapan. Serta mod Offroad untuk ABS, memberikan kawalan penuh kepada penunggang di pelbagai permukaan jalan.

Honda Transalp XL750 2025 Kini Lebih Mantap dengan Peningkatan Baharu

Suspensi dan Sistem Brek Berprestasi Tinggi

Honda melengkapkan Transalp XL750 dengan suspensi dari Showa. Di bahagian hadapan, terdapat fork SFF-CA™ 41 mm dengan pelarasan pra beban dan jarak gerak 200 mm. Manakala di belakang, monoshock dengan jarak gerak 190 mm dan pelarasan pra beban menyokong kestabilan tunggangan.

Ads

Rim spoked bertiub berukuran 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang dipadankan dengan tayar 90/90 dan 150/70, sesuai untuk perjalanan on-road dan off-road. Sistem brek cakera berkembar 310 mm di hadapan dan cakera tunggal 256 mm di belakang memastikan keselamatan diberi keutamaan.

Ciri Tambahan dan Kepraktisan

Transalp XL750 juga dilengkapi lampu LED sepenuhnya, lampu penunjuk arah padam sendiri, dan tangki bahan api berkapasiti 16.9 liter untuk perjalanan jauh. Dengan jarak kelegaan tanah 210 mm dan berat keseluruhan 210 kg. Motosikal ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis penunggang.

Dengan semua peningkatan ini, Honda Transalp XL750 2025 terus menjadi pilihan yang ideal untuk penggemar motosikal yang mencari gabungan gaya, teknologi, dan prestasi.

Ads

Dari PaulTan

Baca Juga Boon Siew Honda Bawa Masuk Empat Model Ke Pasaran Tempatan

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI