Honda Malaysia kini rasmi membuka tempahan untuk model kenderaan elektrik (EV) sulung mereka – Honda e:N1. Sebuah SUV elektrik pintar yang padat dengan inovasi dan direka sepenuhnya mengikut falsafah “manusia sebagai pusat”.
Siapa sangka, jenama yang cukup terkenal dengan keseronokan pemanduan kini melangkah masuk ke dunia elektrik dengan gaya yang tersendiri!
Dijadualkan untuk dilancarkan pada suku kedua 2025, e:N1 menjadi tanda permulaan kepada perjalanan elektrifikasi Honda di Malaysia. Dibina atas platform serba baharu e:N Architecture F. Model ini menggabungkan kuasa pecutan lancar. Kawalan tepat, dan jarak pemanduan yang mengagumkan, semuanya dibungkus dalam rekaan bergaya yang tetap praktikal.
Jantung Elektrik Dengan Jiwa Honda
Di sebalik rupa moden e:N1, tersembunyi bateri lithium-ion 68.8kWh yang mampu menghasilkan kuasa 150kW dan tork 310Nm. Cukup untuk memberikan jarak pemanduan sehingga 500km (NEDC). Sesuai untuk kegunaan harian atau perjalanan luar bandar.
Kuasa ini dipacu ke roda hadapan melalui motor elektrik berprestasi tinggi yang dipasang pada casis kaku khas EV Honda. Dengan kata lain, anda masih akan rasa DNA pemanduan Honda yang menyeronokkan, walaupun tanpa bunyi enjin.
Reka Bentuk Yang Bersih dan Mewah
Luarannya tampil dengan lampu utama LED penuh, jalur lampu belakang LED, dan rim 18 inci dwi-tona eksklusif yang menjadikan e:N1 nampak moden dan sofistikated.
Ads
Port pengecasan hadapan disorok dengan kemas, menyokong pengecasan AC biasa dan pengecasan pantas DC. Lengkap dengan indikator LED untuk memudahkan pemantauan.
Yang paling menarik, logo “H” berwarna putih menjadi simbol baharu elektrifikasi Honda. Ia boleh ditemui pada pelbagai komponen seperti stereng, rim, dan penutup port pengecas. Di belakang pula, nama “Honda” ditulis dengan fon baharu secara melintang, menambahkan lagi rasa premium pada rekaan keseluruhan.
Saiz Kompak, Fungsi Maksimum
Dengan panjang 4,380mm, lebar 1,790mm, dan tinggi 1,592mm, serta jarak roda 2,610mm. E:N1 tampil sebagai SUV bandar yang kompak tapi cukup luas dan selesa untuk kegunaan seisi keluarga.
Lengkap Dengan Teknologi Keselamatan Honda SENSING
Seperti mana-mana model Honda lain, aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan. e:N1 dilengkapi dengan sistem Honda SENSING, termasuk Blind Spot Information (BSI) dan Cross Traffic Monitor (CTM). Menjadikan setiap pemanduan lebih selamat dan meyakinkan – terutama di kawasan bandar yang sibuk.
Ads
Tempah Sekarang!
Tempahan kini boleh dibuat secara terus di laman rasmi Honda Malaysia: 🔗https://prebook.honda.com.my/ Atau melalui aplikasi HondaTouch.
Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh mengunjungi 8 pengedar terpilih Honda di tiga wilayah (Selangor, KL, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor) yang khusus ditugaskan untuk menguruskan jualan dan maklumat berkaitan e:N1.
Jelas sekali, Honda tidak sekadar masuk ke pasaran EV — mereka masuk dengan penuh keyakinan. Kalau anda sedang cari EV yang tak cuma canggih tapi juga menyeronokkan untuk dipandu, Honda e:N1 mungkin jawapannya.
Ads
Ini bukan sekadar kenderaan elektrik — ini Honda versi masa depan.
Setelah menghasilkan 2500 unit yang menakjubkan, produksi Porsche 911 Dakar akhirnya sampai ke penghujung jalan. Namun, Porsche memastikan model istimewa ini mendapat penghormatan terakhir yang sempurna dengan mencipta satu edisi unik Sonderwunsch untuk pelanggan terakhirnya.
Model khas ini tampil dengan sentuhan luar biasa, termasuk cat tiga tona yang memukau – Signal Yellow, Gentian Blue Metallic, dan warna baru yang dipanggil Lampedusa Blue. Porsche 911 Dakar sudah terkenal dengan reka bentuk yang memukau. Namun, versi Sonderwunsch ini benar-benar membawa daya tarikan model tersebut ke tahap yang lebih tinggi.
Reka Bentuk Tersendiri dan Kehalusan Seni
Sonderwunsch edisi khas ini dihiasi dengan Rallye Design Package dan mendapat cat tiga tona yang dihasilkan sepenuhnya dengan tangan. Bahagian bawah badan kereta diberikan warna Gentian Blue Metallic yang elegan. Manakala bahagian atas disempurnakan dengan Signal Yellow yang terang.
Antara kedua-dua warna ini, terdapat jalur tipis Lampedusa Blue yang melingkari lengkungan 911, memberikan sentuhan artistik yang mengagumkan.
Nama Lampedusa Blue diilhamkan daripada sebuah pulau Itali, Lampedusa. Warna ini direka khas dengan kerjasama pelanggan yang memiliki kereta tersebut. Reka bentuk roda juga mengikut tema warna kereta ini dengan jejari roda berwarna Signal Yellow dan bibir roda berwarna Lampedusa Blue. Jalur tipis warna yang sama turut melingkari lampu utama, menambah daya tarikan visual.
Bahagian dalaman tidak kurang hebatnya. Aksen dan jahitan Signal Yellow menghiasi tempat duduk, konsol tengah, serta panel pintu. Sebagai pelengkap, tanda 12 o’clock pada stereng turut diberikan warna Lampedusa Blue.
Kuasa Tetap Hebat
Walaupun model Sonderwunsch ini menonjol dengan perubahan visual yang unik, tiada perubahan pada aspek prestasi. Enjin flat-six 3.0-liter twin-turbo yang diambil daripada 911 GTS menghasilkan 473 kuasa kuda. Dengan transmisi dwi-klac lapan kelajuan PDK dan sistem pacuan semua roda, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.9 saat.
Satu Peluang Terakhir
Walaupun edisi Sonderwunsch ini hanya untuk satu pemilik bertuah, orang ramai masih berpeluang untuk melihatnya sebelum ia dihantar ke rumah pemiliknya. Model ini akan dipamerkan di muzium Porsche sebagai satu penghormatan kepada legasi 911 Dakar.
Porsche 911 Dakar Sonderwunsch bukan sekadar sebuah kereta – ia adalah karya seni bergerak yang melambangkan kehebatan reka bentuk dan kejuruteraan Porsche. Dengan penghujung produksi ini, Porsche meninggalkan satu memori yang tidak akan dilupakan dalam dunia automotif.
Baru-baru ini, Nissan telah melakukan satu anjakan signifikan dalam pasaran crossover apabila melancarkan Ariya NISMO di Tokyo Auto Show 2024.
Model terbaru ini dijangka bersaing dengan model Kia EV6 GT dan MG 4 Xpower, tetapi Nissan telah melangkah lebih jauh daripada segi peningkatan kuasa. Penglibatan Nismo dalam projek Ariya NISMO telah mengubah kenderaan ini menjadi sebuah mesin berprestasi tinggi, baik daripada dalaman mahupun luaran.
Kredit Foto : Website autoevolution
Ariya NISMO mengekalkan narrow headlight dan lampu siang berbentuk V yang menjadi ciri khasnya tetapi memperkenalkan panel hitam yang elegan menggantikan panel bertitik pada Ariya biasa. Aerodinamik yang ditingkatkan terlihat pada bahagian sisi bampar hadapan yang direka semula dan penambahan splitter hitam piano dengan jalur merah dan tulisan Nismo.
Kredit Foto : Website autoevolution
Hadir dengan roda aluminium bersaiz 20 inci baharu dibuat bersama Enkei yang menampilkan butiran hitam dan brushed metal. Menggunakan tayar berprestasi tinggi daripada Michelin memperkukuh pegangan dan cengkaman kereta ini.
Kredit Foto : Website autoevolution
Jalur merah pada sisi kereta yang direka semula dan spoiler kedua di bahagian bawah tingkap yang condong ke hadapan meningkatkan lagi rupa sport kereta ini, bersama dengan difuser luas di bawah bampar, lengkap dengan jalur merah dan lampu brek ketiga berwarna merah seakan – akan gaya kereta lumba yang dipasang secara menegak.
Kredit Foto : Website autoevolution
Ariya NISMO didatangkan dengan satu standard yang nampak sporty. Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport baharu yang berlapik kulit dengan integrated headrests dan lencana eksklusif. Papan pemuka menampilkan skrin lebar yang dibahagikan kepada skrin sentuh untuk sistem infotainmen dan panel instrumen. Roda stereng bawah rata dengan tanda merah pada posisi 12 jam dan jalur merah pada kad pintu, konsol tengah, dan papan pemuka menaikkan lagi ciri sporty pada kereta ini.
Kredit Foto : Website autoevolution
Dengan kerjasama Tadashi Nishikawa, jurutera dari pasukan Formula E Nissan, NISMO telah meningkatkan sistem e-4orce asal untuk memberikan tambahan sepuluh peratus kuasa, meningkat kepada 435 PS (429 hp). Crossover sport pacuan semua roda ini mempunyai berat 2.2 tan (4,850 lbs.) dan ditawarkan dengan dua pilihan pakej bateri, menyediakan kedua-dua kuasa dan pilihan kepada pelanggannya.
Kesimpulannya, 2025 Nissan Ariya NISMO bukan hanya tambahan kepada barisan produk Nissan tetapi sebuah pernyataan inovasi dan prestasi dalam pasaran crossover sport. Dengan peningkatan menyeluruh dalam reka bentuk, keselesaan, dan kuasa, ia bersedia untuk menjadi sebuah kereta bagi individu yang mencari gabungan kemewahan dan prestasi.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Lampu kereta merupakan komponen penting untuk keselamatan sesebuah kenderaan.
Terutama ketika memandu pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca yang buruk.
Namun, pernahkah anda tertanya-tanya kenapa ada kereta yang menggunakan lampu berwarna kuning, manakala kereta moden lebih cenderung menggunakan lampu berwarna putih?
Dalam artikel ini, kita akan melihat perbezaan antara kedua-dua jenis lampu ini serta sebab penggunaannya dalam industri automotif.
Lampu Kereta Berwarna Kuning: Fungsi dan Kelebihan
Lampu kereta berwarna kuning telah lama digunakan.
Kenderaan-kenderaan lama atau di negara-negara yang mengutamakan keselamatan dalam cuaca buruk banyak menggunakan lampu kuning.
Fungsi utama lampu kuning adalah untuk membantu pemandu mendapatkan penglihatan yang lebih jelas ketika memandu dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan lebat, kabus, atau salji.
Kredit Foto : Webite Pexels
Kelebihan utama lampu berwarna kuning:
Kurang Pantulan Cahaya dalam Cuaca Buruk
Apabila memandu dalam hujan atau kabus tebal, cahaya putih biasa boleh memantul pada titisan air atau partikel kabus di udara, menyebabkan silau yang boleh mengganggu penglihatan. Cahaya kuning, sebaliknya, lebih ‘hangat’ dan lembut, kurang memantulkan cahaya pada titisan air atau kabus. Ini membantu pemandu melihat jalan dengan lebih baik.
Mengurangkan Silau untuk Pemandu Bertentangan
Lampu kuning juga dianggap lebih selamat untuk pemandu yang datang dari arah bertentangan kerana ia tidak menyebabkan silau yang berlebihan. Dalam situasi jalan raya yang sempit atau sibuk, lampu kuning boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan memberikan penglihatan yang lebih baik tanpa menyilaukan pemandu lain.
Digunakan di Beberapa Negara untuk Keselamatan
Beberapa negara, terutama di Eropah, mengutamakan penggunaan lampu kuning untuk lampu kabus dan lampu hadapan atas alasan keselamatan. Ini menjadikan lampu kuning satu pilihan yang masih relevan dalam industri automotif, meskipun teknologi baru semakin berkembang.
Lampu Kereta Berwarna Putih: Teknologi dan Kemajuan
Berbanding dengan lampu kuning, kebanyakan kereta moden kini dilengkapi dengan lampu berwarna putih, terutamanya melalui penggunaan teknologi seperti LED (Light Emitting Diode) dan HID (High Intensity Discharge).
Lampu putih menawarkan beberapa kelebihan yang lebih sesuai untuk kenderaan moden, baik dari segi estetika mahupun prestasi pencahayaan.
Kelebihan utama lampu berwarna putih:
Cahaya Lebih Terang dan Jarak Penglihatan Lebih Jauh
Lampu putih memberikan pancaran cahaya yang lebih terang dan jelas, yang membolehkan pemandu melihat lebih jauh di jalan raya pada waktu malam. Ini amat penting untuk memandu di kawasan yang gelap atau semasa perjalanan jauh, kerana ia membantu mengurangkan risiko kemalangan dengan memberi masa tindak balas yang lebih baik kepada pemandu.
Teknologi Lebih Canggih dan Cekap Tenaga
Penggunaan lampu LED dan HID bukan sahaja memberikan pencahayaan yang lebih baik, malah lebih cekap tenaga berbanding lampu halogen tradisional yang berwarna kuning. Lampu LED, misalnya, menggunakan kurang tenaga elektrik untuk menghasilkan lebih banyak cahaya, sekali gus meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan.
Rekaan yang Lebih Estetik dan Moden
Lampu putih juga sering dikaitkan dengan rekaan kereta yang lebih moden dan futuristik. Banyak pengeluar kereta memilih untuk menggunakan lampu putih untuk mencerminkan kemajuan teknologi dan penampilan premium kenderaan mereka. Ini menjadikan lampu putih pilihan utama bagi kereta mewah dan kereta sport.
Kredit Foto : Website Pexels
Mana Satu Lebih Baik: Kuning atau Putih?
Pemilihan antara lampu kuning atau putih bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, lokasi pemanduan, dan teknologi kenderaan.
Dalam keadaan cuaca buruk atau jalan yang berkabut, lampu kuning mungkin lebih sesuai kerana kelebihannya dalam mengurangkan pantulan cahaya dan silau.
Bagi pemanduan biasa dan dalam keadaan cuaca yang baik, lampu putih memberikan pencahayaan yang lebih terang dan efektif.
Penggunaan lampu putih juga disebabkan oleh perkembangan teknologi yang lebih canggih.
Anataranya lampu LED dan HID yang menawarkan jarak penglihatan lebih jauh serta penjimatan tenaga yang lebih baik.
Selain itu, reka bentuk lampu putih lebih menyerlahkan penampilan moden sesebuah kenderaan, menjadikannya pilihan popular di kalangan pengeluar kereta masa kini.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Yamaha Y15ZR 2025 Tampil Dengan Tiga Warna Baharu Harga - RM8,998
Yamaha Motor (Malaysia) mengumumkan kemas kini terbaharu bagi model popularnya, Yamaha Y15ZR, yang kini...