
Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi melancarkan Honda ADV160 baharu sempena Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Pelancaran ini menyaksikan pengenalan dua varian iaitu ADV160 Honda RoadSync dan ADV160 ABS, sekali gus melengkapkan penawaran teknologi Honda RoadSync dalam keluarga skuter ADV Honda.
Dengan pelancaran ini, model ADV160 menyertai ADV350 dan X-ADV 750 yang turut dilengkapi sistem sambungan pintar tersebut, mengukuhkan lagi kedudukan Honda sebagai antara perintis dalam segmen skuter pengembaraan moden.
Kedua-dua varian ADV160 menggunakan enjin 157 cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang telah diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) serta menerima penarafan lima bintang MyMAP.
Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW pada 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm pada 6,500 rpm, menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.
Sebagai sebuah skuter berinspirasikan motosikal pengembaraan, ADV160 hadir dengan pelbagai kelengkapan premium yang meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan penunggang.
Antara ciri standard yang ditawarkan termasuk Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), pelaras cermin angin boleh laras, sistem lampu LED penuh, Honda Smart Key dengan fungsi anti-kecurian, port pengecas USB Type-C serta ruang simpanan bawah tempat duduk berkapasiti 30 liter.
Turut melengkapkan pakej ini ialah penyerap hentak belakang SHOWA Subtank yang direka untuk memberikan tunggangan lebih selesa di pelbagai permukaan jalan.
Bagi varian ADV160 Honda RoadSync, ia dibekalkan dengan panel meter TFT bersaiz lima inci yang menyokong sistem sambungan Honda RoadSync.
Melalui sambungan telefon pintar, penunggang boleh mengakses navigasi, panggilan telefon, muzik serta notifikasi mesej secara terus pada paparan meter tanpa perlu mengendalikan telefon ketika menunggang.
Sementara itu, ADV160 ABS menawarkan pakej yang lebih ringkas tetapi masih mengekalkan karakter lasak dan praktikal yang sinonim dengan keluarga ADV.
Model ini menggunakan panel meter digital konvensional dan sesuai untuk penunggang yang mahukan sebuah skuter serba guna dengan keselesaan tinggi untuk kegunaan harian.
Honda ADV160 baharu ditawarkan dalam dua pilihan varian dengan harga cadangan jualan seperti berikut:
ADV160 Honda RoadSync
ADV160 ABS
Semua harga yang dinyatakan adalah harga cadangan jualan runcit tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Menurut Boon Siew Honda, ADV160 baharu akan mula berada di semua pengedar sah Honda Impian X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 11 Jun 2026.
Setiap pembelian turut disertakan jaminan pengilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer, mengikut mana yang terdahulu.
Baca Juga : Boon Siew Honda Perkenal Kemas Kini Africa Twin 2026
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.