General Tire Jenama Ikonik Kini Di Pasaran Tempatan

Continental Tyre Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancaran rasmi jenama General Tire untuk pasaran tempatan. Jenama ini dikenali dengan ketahanan dan prestasi, General Tire kini ditawarkan untuk pelbagai jenis kenderaan termasuk kereta penumpang, SUV, MPV serta trak pikap 4×4.

Pelancaran ini membawa masuk jenama yang lebih 100 tahun di pasaran  sejak 1987 dan berada di bawah naungan Continental sekali gus menggabungkan kebolehpercayaan ketahanan General Tire dengan kepakaran teknologi Jerman daripada Continental.

Pilihan Produk Untuk Pasaran Malaysia

Fasa pertama pemasaran General Tire di Malaysia menampilkan empat model utama yang disesuaikan dengan keperluan pemandu di Malaysia:

  • Altimax GC5 – Reka bentuk yang menjanjikan keselesaan, tahap kebisingan rendah, serta lebih cekap bahan api. Ditawarkan dalam saiz 14”–15”.

  • Altimax GS6 – Menawarkan pemanduan lebih senyap, cengkaman lebih kuat, jarak membrek lebih pendek dan jangka hayat bunga tayar lebih lama. Saiz 15”–19”.

General Tire Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

  • Grabber AT6 – Direka untuk pemanduan off-road, namun masih mengekalkan tahap kebisingan rendah. Saiz 16”–18”.

  • Grabber HT6 – Fokus pada prestasi membrek di jalan basah, keselesaan, dan ketahanan jangka panjang. Saiz 16”–20”.

General Tire Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Ads

Dengan rangkaian saiz bermula dari 14” hingga 20”, General Tire menyasarkan pelanggan daripada kereta penumpang harian hinggalah SUV gaya hidup dan trak pikap untuk kegunaan lasak.

Ketahanan dan Prestasi

Menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia:

“Pelancaran General Tire di Malaysia adalah langkah penting dalam menawarkan kombinasi ketahanan, prestasi, dan gaya pada harga yang berbaloi. Dengan sokongan teknologi Jerman daripada Continental, jenama ini diyakini mampu memenuhi keperluan pemandu tempatan yang mementingkan keselamatan dan prestasi.”

Ads

Jenama ini disasarkan kepada pemandu yang gemar menjelajah, serta mengutamakan tayar yang tahan lasak dan boleh dipercayai di pelbagai kondisi jalan.

Sokongan Pemasaran & Jaringan Pengedar

Dengan strategi pemasaran menyeluruh serta sokongan digital melalui platform Continental, jenama ini bakal diperluas ke seluruh negara.

Ads

General Tire Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Rangkaian pengedar Continental sedia ada akan memainkan peranan penting dalam memastikan General Tire mudah didapati oleh pelanggan di Malaysia, sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan tayar serba boleh, tahan lasak dan bernilai untuk wang.

Baca Juga : Continental EcoContact 6 & 6Q Dengan Teknologi Pengurangan Bunyi ContiSilent

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI