EZI Ray 01, Solusi Mobiliti Elektrik Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia
EZI Ray 01 kini rasmi diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bersempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh sempena Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80 yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Skuter elektrik ini ditawarkan pada harga asal RM4,688. Namun, menerusi rebat khas Mforce.Cas bernilai RM2,400, EZI Ray 01 kini boleh dimiliki pada harga istimewa RM2,288 tidak termasuk pendaftaran dan insurans. Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada.

Empat Pilihan Warna EZI Ray 01
Bagi memenuhi cita rasa pengguna bandar, EZI Ray 01 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Nova White, Plasma Blue, Venus Grey dan City Black. Rekaan kompaknya menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan harian, khususnya bagi perjalanan jarak dekat dan sederhana.
Motor 2,000 W Dengan Jarak Sehingga 120 KM
Dari segi prestasi, EZI Ray 01 menggunakan motor hub berkuasa 2,000 W dengan sistem penyejukan udara. Skuter ini mampu menawarkan jarak perjalanan tipikal sehingga 120 km pada kelajuan 25 km/j, manakala kelajuan maksimumnya mencecah 68 km/j.

Suspensi & Brek Cakera Depan Belakang
Untuk keselesaan tunggangan, model ini dilengkapi fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban.

Sistem brek cakera di bahagian hadapan dan belakang pula membantu memberikan kuasa pemberhentian yang lebih meyakinkan, sesuai dengan penggunaan dalam persekitaran bandar.

Dimensi Kompak Untuk Kegunaan Harian
EZI Ray 01 menggunakan tayar CST bersaiz 90/90-10 di hadapan dan belakang. Dari segi ukuran, skuter ini mempunyai panjang 1,732 mm, lebar 746 mm dan tinggi 1,067 mm, dengan jarak roda 1,245 mm serta ketinggian tempat duduk 735 mm.

Berat bersihnya pula ialah 130 kg, memberikan keseimbangan antara kestabilan dan kemudahan kawalan.
Ciri Moden Dan Praktikal
Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk paparan meter LED, port pengecas USB Type-A dengan LED, sistem kemasukan tanpa kunci bersama NFC serta sistem pencahayaan LED sepenuhnya. Ini merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan dengan DRL dan lampu belakang.

Tiga Mod Tunggangan Dan Walk Assist
Bagi menambah aspek praktikal, EZI Ray 01 turut dilengkapi ruang simpanan hadapan bersama cangkuk, bateri asid plumbum 72V32Ah, tiga mod tunggangan serta fungsi Walk Assist atau E Mode. Fungsi ini memudahkan pengguna menggerakkan skuter pada kelajuan rendah, terutama ketika menolak atau mengalih kedudukan kenderaan.

Jaminan Dua Tahun
Setiap pembelian EZI Ray 01 hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti tulen secara dalam talian melalui Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. bagi memastikan sokongan selepas jualan lebih mudah dicapai.
Baca Juga : Rebat RM2,400: Mforce.Cas Galak Rakyat Malaysia Beralih Ke Motosikal Elektrik
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!




