Ads

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Cyclone RT5 Rasmi Di Malaysia, Skuter 250 cc Sarat Dengan Teknologi Berharga RM16,888

Model berkenaan sebelum ini dipertontonkan kepada umum sempena Malaysia Bike Show (Mforce MotoXperience 2026) pada 29 Mei lalu sebelum pelancaran rasminya diadakan bersempena pembukaan Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Langgar, Alor Setar.

Diletakkan dalam kategori skuter bersaiz sederhana, RT5 tampil dengan reka bentuk yang lebih besar serta menawarkan gabungan prestasi, keselesaan dan kelengkapan elektronik yang agak menyeluruh untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Cyclone RT5 dikuasakan Enjin 246.9 cc, 24.5 Nm

Cyclone RT5 dikuasakan enjin satu silinder 246.9 cc, empat lejang dengan sistem penyejukan cecair.

Enjin berkenaan menghasilkan kuasa maksimum 19.5 kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 24.5 Nm pada 6,500 rpm, dengan nisbah mampatan 10.7:1.

Ia menggunakan ukuran piston dan lejang 73 x 59 mm serta dipadankan dengan transmisi automatik berpacukan tali sawat bersama klac automatik.

Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), pendikit mekanikal dan penghidup elektrik turut digunakan bagi memastikan operasi enjin lebih lancar serta responsif.

Menariknya, RT5 dibekalkan tangki bahan api berkapasiti 18 liter, satu angka yang agak besar untuk sebuah skuter dalam kelas ini dan berpotensi memberikan jarak perjalanan lebih praktikal terutama kepada mereka yang kerap melakukan perjalanan jauh.

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

ABS BOSCH dan TCS

Dari sudut pengendalian, Cyclone RT5 menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan manakala bahagian belakang menerima penyerap hentak berkembar.

Sistem membrek pula menggunakan brek cakera di hadapan dan belakang yang dilengkapi ABS dwi saluran BOSCH.

Selain ABS, model ini turut hadir dengan Traction Control System (TCS) yang boleh dinyahaktifkan, sekali gus menambah satu lagi lapisan bantuan keselamatan kepada penunggang.

Ads

Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar atau TPMS turut disediakan bagi membolehkan tekanan tayar dipantau dengan lebih mudah.

RT5 menggunakan tayar bersaiz 120/70-15 di hadapan dan 140/60-14 di belakang, dipadankan dengan rim sport.

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Lengkap Kamera Hadapan dan Belakang

Antara perkara yang membezakan RT5 ialah jumlah kelengkapan elektronik yang ditawarkan.

Skuter ini dilengkapi paparan meter TFT, sistem kunci pintar serta port pengecas USB Type-A dan Type-C.

Ia turut menerima kamera papan pemuka di bahagian hadapan dan belakang yang boleh membantu merekod perjalanan penunggang.

Sistem pencahayaan pula menggunakan LED merangkumi lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat serta lampu kecemasan.

Turut disediakan ialah suis keselamatan tongkat sisi dan butang kawalan dengan pencahayaan latar LED.

Ads

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Ada Blind Spot Detection dan Cermin Sisi Bermotor

Lebih menarik, RT5 turut menawarkan beberapa ciri yang jarang ditemui pada kebanyakan skuter dalam lingkungan harga ini.

Antaranya ialah Blind Spot Detection (BSD), cermin sisi bermotor serta pelindung angin automatik boleh laras.

Selain itu, tongkat tengah RT5 juga menggunakan mekanisme bermotor bagi memudahkan proses mendirikan motosikal.

Turut tersedia ialah brek parkir, tuil brek boleh laras, extended footrest serta penyerap hentak pada tempat duduk.

Untuk kemudahan penyimpanan, RT5 menyediakan ruang simpanan di kedua-dua bahagian hadapan selain ruang di bawah tempat duduk.

Model ini juga menyokong sambungan aplikasi pihak ketiga Carbit Ride.

Cyclone RT5 Masuk Pasaran Malaysia, Bawa Pakej Maxi Scooter Yang Lengkap

Ads

Berat 190 kg, Tempat Duduk 780 mm

Dari segi dimensi, Cyclone RT5 berukuran 2,205 mm panjang, 767 mm lebar dan 1,395 mm tinggi.

Jarak rodanya ialah 1,545 mm manakala ketinggian tempat duduk berada pada 780 mm.

Kelegaan bumi pula ialah 155 mm sementara berat kering dicatatkan pada 190 kg.

Dengan dimensi tersebut, RT5 jelas dibangunkan dengan orientasi sebuah maxi scooter yang menekankan kestabilan dan keselesaan ketika perjalanan lebih jauh.

RT5

Tiga Pilihan Warna

Cyclone RT5 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Prestige Black, Strong Grey dan Alabaster White.

Dengan harga RM16,888, RT5 membawa pakej yang agak agresif dari sudut kelengkapan, terutama dengan kehadiran ABS BOSCH, TCS, TPMS, kamera hadapan dan belakang, BSD, cermin sisi bermotor serta tongkat tengah bermotor.

Setiap pembelian turut disertakan waranti selama dua tahun.

Perlindungan komprehensif diberikan sehingga dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu. Sekiranya perbatuan melebihi 20,000 km dalam tempoh tersebut, komponen enjin kekal dilindungi dengan waranti perbatuan tanpa had bagi baki tempoh waranti, tertakluk kepada terma dan syarat.

Baca Juga : WMOTO Island 150 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Skuter Premium 150 cc Harga RM6,688

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Khas Merdeka

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Tiba di Malaysia, Hanya 69 Unit Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69, JETOUR Malaysia memperkenalkan JETOUR T2 Dark Warrior...