Continental EcoContact 6 & 6Q Lebih senyap, lebih jauh, lebih cekap
Continental sekali lagi mempamerkan keupayaannya sebagai peneraju teknologi tayar global dengan memperkenalkan dua model terbaharu iaitu EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.
Model ini kini secara rasmi ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Kedua-dua tayar ini adalah hasil gabungan kejuruteraan Jerman dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pemandu moden dan tayar ini sesuai untuk kenderaan yang menggunakan enjin petrol, hibrid, mahupun elektrik.
EcoContact 6
EcoContact 6 direka khusus untuk memberikan rintangan golekan yang sangat rendah.
Kesanya, menjadikan kenderaan anda lebih jimat bahan api dan mampu memanjangkan jarak perjalanan.
Ciri yang sangat menarik untuk pemilik EV dan kereta hibrid yang inginkan lebih kilometer daripada setiap pengecasan.
Ads
Daripada segi cengkaman, rekaan asymmetric rib dan sipe geometry pada tayar ini memastikan prestasi memberangsangkan atas jalan kering mahupun basah dan menjadikan setiap perjalanan lebih selamat dan stabil.
EcoContact 6Q
Jika EcoContact 6 menfokuskan ketahanan dan kecekapan, maka EcoContact 6Q pula ibarat versi “business class” kepada jenama ini.
Model ini hadir dengan teknologi pengurangan bunyi canggih termasuk corak bunga baharu dan kompaun Advanced Green Chili 2.0 yang direka untuk mengadaptasi dengan keadaan jalan dan memberi keselesaan maksimum.
Tambahan pula, Continental hadir dengan teknologi ContiSilent™ satu inovasi penyerapan bunyi dalam tayar menggunakan “polyurethane foam absorber” yang boleh mengurangkan bunyi di dalam kabin sehingga 9dB(A).
Ads
Hasilnya, kabin lebih senyap walaupun kereta meluncur laju di atas jalan permukaan jalan raya yang kasar.
Keyakinan Dalam Setiap Perjalanan
Menurut Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia, “EcoContact 6 dan 6Q direka untuk memberikan pemandu di Malaysia keyakinan maksimum, tidak kira sama ada memandu dalam kesesakan bandar, di lebuh raya, atau semasa perjalanan jauh merentasi negeri.”
Tayar-tayar ini bukan sahaja memberi penjimatan bahan api, malah juga memastikan kestabilan, cengkaman dan keselesaan dimana satu pakej lengkap untuk pengguna yang inginkan semuanya.
Ads
Digunakan oleh Pengeluar Kereta Jenama Premium
Continental EcoContact 6 dan 6Q ini telah dipasang sebagai tayar standard (OE) oleh jenama-jenama besar seperti BMW dan Mercedes-Benz dan ni merupakan satu penanda aras terhadap kualiti dan prestasi tayar ini.
Untuk pengguna di Malaysia, tayar ini tersedia dalam saiz 15″ hingga 21″ dan boleh dibeli di rangkaian pengedar sah Continental di seluruh negara.
Tayar ini juga tersedia di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TNG eWallet.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Dalam perkembangan terbaru, Nissan Kicks e-Power akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang didedahkan oleh seorang konsultan jualan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pengumuman ini menyusul selepas pengesahan daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Pengedar rasmi Nissan di Malaysia, bahawa teknologi pacuan hibrid Nissan e-Power bakal tiba di negara ini.
Sebelum ini,
ETCM menyatakan bahawa model hibrid e-Power akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Nissan Kicks e-Power merupakan SUV hibrid yang dikuasakan oleh motor elektrik dengan output 129 PS dan tork 280 Nm.
Motor ini digandingkan dengan enjin 1.2 liter tiga-silinder naturally-aspirated, tetapi tiada sambungan pacuan mekanikal ke roda.
Sistem ini dijana oleh bateri 2.06 kWh, memberikan pengalaman pemanduan hibrid yang unik di mana hanya motor elektrik yang menggerakkan kenderaan.
Kredit PaulTan
Kicks e-Power
Berdasarkan spesifikasi, Kicks e-Power mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 9.5 saat. Dengan penggunaan bahan api yang dianggarkan pada 21.7 km per liter. Ini menjadikannya pesaing yang kuat dalam segmen SUV hibrid di Malaysia, berhadapan dengan model seperti Honda HR-V e dan Toyota Corolla Cross Hybrid.
Kemasukan model ini menambah variasi dalam segmen yang semakin berkembang. Bersaing bersama model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta kenderaan elektrik (EV) dari jenama-jenama seperti dari China.
Namun, mereka yang mengikuti perkembangan Nissan Kicks mungkin menyedari bahawa model ini menghampiri penghujung kitaran hayat generasi pertama. Generasi kedua Nissan Kicks telah pun dilancarkan di Amerika Syarikat pada Mac tahun ini, namun Malaysia nampaknya masih akan menerima generasi pertama buat masa ini.
Kredit PaulTan
Rancangan Lain
Selain dari Kicks e-Power, Nissan juga merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model yang menggunakan teknologi e-Power di Malaysia. Salah satu yang paling dinanti-nantikan ialah Nissan Serena generasi C28.
MPV ini telah beberapa kali dilihat diuji di Malaysia, dan dijangka akan turut dilengkapi dengan teknologi hibrid e-Power.
Bagi Nissan Serena C28, ia akan hadir dengan motor elektrik 163 PS dan tork 315 Nm, digandingkan dengan enjin 1.4 liter tiga-silinder naturally-aspirated (98 PS/123 Nm) yang berfungsi mengecas bateri 1.77 kWh.
Seperti Nissan Kicks e-Power, Serena C28 juga tidak mempunyai sambungan mekanikal ke roda pacuan, menjadikannya MPV hibrid yang lebih mesra alam dan menjimatkan.
Kehadiran Nissan Kicks e-Power dan rancangan masa depan Nissan untuk model-model e-Power lain seperti Serena C28 menunjukkan bahawa Nissan komited untuk membawa lebih banyak pilihan teknologi hijau ke pasaran Malaysia.
Buat peminat SUV dan MPV hibrid, tahun ini bakal menjadi tahun yang menarik dengan pelancaran model-model terkini dari Nissan.
Seorang pegawai tinggi polis yang disyaki terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Meru, Ipoh pada Jumaat lalu, telah dihadapkan pendakwaan di Mahkamah Majistret Ipoh semalam di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) atas tuduhan membunuh.
Dalam kenyataan malam Ahad oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan menunjukkan kecukupan bukti bagi mendakwa pegawai berpangkat DSP tersebut di bawah seksyen yang disebutkan.
Justeru, suspek akan didakwa secara sementara di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak. Kemudian, Mahkamah Majistret akan menetapkan tarikh perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Kredit Foto: Majoriti.com
Pada 15 Disember, kes seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh, menjadi viral di media sosial. Pegawai polis berusia 44 tahun dipercayai memandu kereta pada ketika itu.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius pada bahagian dada dan abdomen.
Berikutan insiden itu, pegawai polis tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu (16/12) bagi membantu siasatan.
Kredit: Majoriti.com / Free Malaysia Today /
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pernahkah anda terfikir mengapa brek cakera pada motosikal anda mempunyai lubang? Setiap komponen yang dibangunkan oleh seorang jurutera pasti mempunyai fungsi dan sebab tersendiri mengapa ia dihasilkan sebegitu rupa. Jadi hari ini penulis akan berkongsi sebab mengapa brek cakera motosikal ini mempunyai lubang pada permukaan piring.
1.Untuk menyejukkan Brek Cakera
Brek Cakera apabila digunakan menukar semua momentum kepada tenaga haba disebabkan oleh daya geseran yang menyebabkan cakera menjadi panas. Sekiranya piring cakra memanaskan lebih banyak daripada yang boleh dikendalikan, ia akan kalah di bawah tekanan dan mengakibatkan kegagalan brek.
Kredit foto : bikeadvice.in
Inilah sebab mengapa terdapat lubang pada brek cakera untuk meningkatkan luas permukaan cakera supaya lebih banyak kawasan boleh bersentuhan dengan cakera untuk menyejukkannya. Lubang pada Brek Cakera berfungsi untuk menyingkirkan haba keluar melaluinya dengan cepat dan jika haba terperangkap pada sistem brek, antara kemungkinan yang boleh berlaku adalah:-Brek tidak berfungsi kerana kaliper hidraulik terlalu panas
-Brek Cakera akan bengkok atau patah kerana terlalu panas
-Pad brek anda akan cepat habis kerana geseran terlalu panas
Kredit foto : mybikeforums.com
2.Mengurangkan berat kenderaan
Mungkin sukar untuk mempercayai bahawa lubang pada Brek Cakera dapat mengurangkan sebanyak 300–500 gram dari berat motosikal. Pengurangan berat ini mungkin Nampak terlalu sedikit, tetapi di dalam arena perlumbaan berat motosikal amat memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kuasa maksimum pada enjin. Satu kilogram boleh membuat perbezaan yang besar, jadi 100 gram juga mempunyai kesan ke atas segala-galanya.
Kredit foto : blog.motorcycle.com
3.Mengalirkan air hujan dan kotoran Ketika membrek
Mungkin jika kita lihat perkara ini seperti tidak masuk akal tetapi apabila hujan lebat dan seluruh motosikal anda akan basah termasuk brek anda. Sekiranya tiada lubang pada Brek Cakera, apa yang akan berlaku? Pad brek akan terendam dalam air dan cakera akan basah dan apabila mebrek kenderaan, tidak akan ada daya geseran yang bertindak kerana akan ada air yang melicinkan seluruh permukaan termasuk habuk-habuk pasir dan kotoran.
Fungsi lubang dapat menyingkirkan air dan kotoran keluar melaluinya sedikit sebanyak memberi kecekapan kepada pad untuk membrek kenderaan dengan sempurna.
Teori yang penulis huraikan hanya untuk sistem brek motosikal sahaja. Mungkin anda akan bertanya kenapa brek cakera kereta tidak mempunyai lubang? Untuk topik ini penulis akan huraikan pada artikel yang seterusnya.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Dua SUV Lexus Bergerak Jadi Gelanggang Tenis, Jamie Murray & Laura Robson Cipta Rekod Dunia Baharu!
Kalau sebelum ini kita biasa tengok aksi tenis di...