Selamat Tinggal Honda Civic Type R: Edisi Ultimate Tanda Perpisahan Model Ikonik Civic
Selepas hampir tiga dekad mendominasi dunia hot hatch, Honda Civic Type R bakal mengucapkan selamat tinggal kepada pasaran UK dan Eropah.
Perpisahan ini diraikan dengan pelancaran Edisi Ultimate, sebagai penghormatan kepada warisan selama 28 tahun model berprestasi tinggi ini.
Akhir Sebuah Era
Honda mengesahkan bahawa Civic Type R akan dikeluarkan daripada barisan jualannya menjelang 2026.
Keputusan ini dibuat susulan perubahan drastik dalam industri automotif yang kini semakin dikawal oleh peraturan pelepasan emisi yang lebih ketat di Eropah dan UK.
Malangnya, Civic Type R dalam bentuknya yang sedia ada tidak lagi mematuhi piawaian baharu tersebut.
Edisi Khas
Sebagai penutup tirai, Honda melancarkan Civic Type R Ultimate Edition, lengkap dengan warna ikonik Championship White dan jalur merah bergaya lumba yang menyuntik elemen klasik Type R.
Ads
Di ruang dalaman pula, model ini dihiasi dengan kemasan gentian karbon di bahagian skidplate pintu dan konsol tengah yang menambahkan aura eksklusif dan agresif.
Hanya 40 unit akan dihasilkan, dengan 10 daripadanya dikhaskan untuk pasaran UK, dijual berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
Walaupun harga rasmi belum diumumkan, ia dijangka melebihi harga standard Civic Type R yang kini bernilai sekitar £48,900.
Ads
Satu Demi Satu Hot Hatch Mengundur Diri
Langkah Honda ini menyusuli pengumuman penamatan Ford Focus ST dan Hyundai i30 N daripada pasaran Eropah.
Kini, hanya segelintir hot hatch berpenggerak hadapan dan berenjin petrol masih bertahan.
Anatara model yang bertahan termasuk Volkswagen Golf GTI dan Polo GTI.
Model lain termasuk dua model daripada Mini iaitu Cooper S dan John Cooper Works.
Ads
Sementara itu, pasaran hot hatch pacuan semua roda masih bernyawa melalui model seperti Golf R, Toyota GR Yaris dan Mercedes-AMG A45 S.
Namun, masa depan mereka juga tidak menentu berikutan tekanan regulasi dan peralihan jenama ke arah kereta prestasi elektrik.
Penutup Tirai Penuh Gaya
Civic Type R bukan sekadar kereta ia adalah simbol kepada semangat pemanduan sejati dan kecintaan terhadap kejuruteraan Jepun.
Dengan perpisahan yang penuh gaya melalui Civic Type R Ultimate Edition ini, Honda mengakhiri satu bab penting dalam sejarah automotif Eropah.
BMW Motorrad S1K Malaysia kembali memeriahkan dunia pemotoran dengan penganjuran acara BMW S1K Mega Gathering 2024, yang berlangsung pada 10 Ogos 2024.
Acara ini diadakan di Le Chavelier Ballroom, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, dan dihadiri lebih 430 peserta.
Antara model motosikal yang ada ialah S 1000 RR, M 1000 RR, S 1000 R, M 1000 R, dan HP4.
Turut hadir adalah rakan niaga, pengedar, serta pihak penaja.
Aktiviti Menarik dan Sesi Interaktif
BMW S1K Mega Gathering 2024 menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang acara berlangsung.
Anataranya sesi tunggang uji eksklusif model elektrik BMW Motorrad, iaitu BMW CE 02 dan BMW CE 04.
Penampilan Istimewa dari Juara Dunia dan Pelumba Tempatan
Acara dimulakan dengan mesej video daripada Toprak Razgatlıoğlu, juara dunia pelumba motosikal dari Turki.
Beliau kini menjadi pelumba baru BMW Group untuk Kejohanan Superbike Dunia.
Beliau mencipta sejarah dengan meraih 13 kemenangan perlumbaan Superbike Dunia berturut-turut.
Ianya adalah rekod yang pertama dalam sejarah kejohanan, menggunakan BMW M 1000 RR.
Selain itu, acara ini juga menampilkan penampilan istimewa Azlan Shah bin Kamaruzaman.
Beliau merupakan pelumba motosikal Grand Prix profesional dari Malaysia yang kini bersaing dalam kelas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia dengan menggunakan BMW S 1000 RR.
Komitmen BMW Motorrad Terhadap Komuniti Motosikal
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel, menyatakan, “BMW S1K Mega Gathering 2024 adalah bukti komitmen kami terhadap falsafah ‘Make Life A Ride’, sambil memupuk komuniti motosikal yang penuh semangat.
Kredit Foto : Facebook Ezs Iskandar
Perhimpunan ini bukan sahaja tentang keakraban dan minat yang dikongsi terhadap keterujaan di jalan raya dan litar lumba.
Tetapi juga untuk meraikan warisan luar biasa motosikal premium kami.
Pada masa yang sama, kami mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan semangat perintis dalam model elektrik kami.
Membawa semangat pengembaraan ke masa hadapan.”
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Pada bulan ini, Proton telah mengumumkan pelancaran tempahan untuk model sedan terbaharu mereka, Proton S70 2024. Dengan kehadiran ini, Proton S70 menjadi model keempat dalam jajaran Proton sejak bekerjasama dengan syarikat Geely, serta model sedan pertama sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.
Proton S70 dijana enjin 1.5 liter turbo tiga silinder sebaris jenis port-injection. Meskipun tanpa teknologi TGDI, enjin ini menawarkan hamburan kuasa sebanyak 150 PS dan daya kilas 226 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.
Terdapat tiga mod pemanduan iaitu Eco, Sport, dan Comfort untuk pengalaman pemanduan yang berbeza mengikut mood dan situasi.
Kredit Foto: Says.com
Proton menekankan bahawa mereka turut memberi fokus kepada pengendalian dan pemanduan S70, melalui ujian jalan raya sejauh 1.2 juta km selama 75,000 jam. Tersedia juga tiga talaan stereng yang berbeza iaitu Normal, Sport, dan Comfort bagi menyesuaikan keperluan pemandu.
Walaupun berasaskan platform BMA untuk segmen B, Proton S70 memiliki dimensi yang lebih besar jika dibandingkan dengan sedan segmen B lain. Saiz ruang kargo sebesar 500 liter menunjukkan kesesuaian S70 berada pada sedan segmen C seperti Honda Civic dan Toyota Corolla.
Dan walaupun menggunakan asas Geely Emgrand, projek Proton S70 menyaksikan pembangunan kira-kira 453 komponen baharu dengan penglibatan daripada 283 pembekal tempatan, menunjukkan komitmen kepada ekonomi tempatan.
Kredit Foto: Says.com
Pasaran Malaysia menawarkan empat varian utama. Mulai dari versi asas hingga versi Flagship X, setiap varian mempunyai ciri-ciri yang berbeza untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna.
Proton S70 dilengkapi dengan kelengkapan sistem ADAS pada dua varian tertinggi dengan 13 komponen termasuk Brek Kecemasan Autonomi dan Kawalan Jelajah Adaptif, Proton menekankan aspek keselamatan pada model ini.
Harga jualan bagi Proton S70 masih menjadi misteri. Kita terus menanti maklumat lanjut dari Proton menjelang pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.
1 of 8
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Jenama Lamborghini sangat sinonim dengan kelajuan, reka bentuk yang menyerlah penuh kemewahan.Terkini, Lamborghini telah melancarkan satu varian istimewa buat kali terakhir dari keluarga Huracan iaitu Lamborghini Huracan Sterrato.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Sterrato bermaksud jalan tanah dalam bahasa Itali yang mana ia menggambarkan ciri kereta tersebut secara literal. Ia direka khas untuk jalan bertanah dan berbatu selain dari keselesaan di jalan tar dan litar lumba.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Ciptaan terindah ini menggunakan casis Huracan Evo dengan sistem suspensi yang ditinggikan, roda yang lebih lebar dan pelbagai aksesori yang sesuai untuk semua jenis pemanduan.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Sterrato turut dilengkapi dengan sistem Lamborghini Integrated Vehicle Dynamics (LDVI) dimana ia memperkenalkan mod ‘Rally’ selain dari mod ‘Strada’ dan ‘Sport’. Menggunakan enjin sama seperti varian Huracan yang lain iaitu 5.2 liter V10 dengan 610 kuasa kuda dan daya kilas 565 Nm.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Menggunakan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan, ia mampu memecut sehingga 260 km/j dengan masa yang diperlukan dari 0-100 km/j hanyalah 3.4 saat, lambat 0.1 saat berbanding Huracan Evo.
Kredit Foto: lamborghini.com
Pada bahagian bawah hadapan Sterrato, ia ditambah plat skid manakala untuk bahagian tepi, ia dipasangkan gerbang roda (wheel arches) untuk perlindungan tayar dari bendasing. Bahagian belakang juga turut dilengkapi plat skid. Penambahan ini membuatkan rupa kereta menjadi lebih agresif dan tahan lasak.
Kredit Foto: lamborghini.com
Rim aloi 19 inci datang dengan standard dibuat khusus untuk Sterrato dibaluti pula dengan tayar off-road Bridgestone yang direka khas untuk varian ini.
Kredit Foto: lamborghini.com
Menurut ketua pegawai eksekutif Lamborghini, Stephen Winklemann, “Sterrato terletak dalam persekitaran pemanduan yang paling dinamik dan mengujakan di dunia”. Manakala, Rouvan Mohr, ketua pegawai teknikal, menekankan bahawa kereta ini menggabungkan pengalaman pemanduan sebuah supercar dan keseronokan kereta rally.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Produksi Sterrato bermula pada Februari 2023 dengan sasaran unit pembuatan sebanyak 1,499 unit sahaja. Ini menjadikan Sterrato akan lebih jarang dijumpai berbanding Porsche 911 Dakar.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
Harga yang ditawarkan bagi Lamborghini Huracan Sterrato bermula dari RM1.38 juta, sedikit mahal berbanding Huracan Tecnica yang berharga RM1.05 juta. Walaupun harganya mencecah jutaan ringgit namun ia telah habis terjual bagi kesemua 1,499 unit yang dihasilkan.
Kredit Foto: autoexpress.co.uk
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
YZR-M1 V4 Muncul Buat Kali Pertama di San Marino GP
Yamaha Motor Co., Ltd. melakar sejarah baharu apabila memperkenalkan jentera prototaip YZR-M1 dengan enjin V4...