Walaupun berada dalam segmen 250cc, Honda CBR250RR tampil sebagai salah satu model paling lengkap dan berprestasi dalam kelasnya.
Dibangunkan dengan fokus terhadap prestasi, ketangkasan dan teknologi, jentera dua silinder ini bukan sekadar motosikal untuk “beginner” ia juga sebuah motosikal yang sesuai untuk penunggang berpengalaman yang mencari pakej sportbike berskala kecil.
Tunggang Uji: Laluan yang Menekan Karakter Motosikal
Ujian kali ini melibatkan laluan Shah Alam – Banting – Morib – Sepang – KLIA- Saujana Putra – Banting, merentasi lebuh raya KESAS, WCE,ELITE, SKVE dan jalan pesisir yang beralun.
Pemilihan laluan ini bertujuan menilai kestabilan, respon suspensi, karakter enjin, serta keselesaan tunggangan dalam pelbagai kondisi — dari kelajuan tinggi dan jalan beralun
Ergonomik Sporty-Selesa: Bukan Sekadar Rekaan
Walaupun menawarkan ergonomik sportbike, riding triangle CBR250RR cukup ergonomik untuk penunggang berbadan besar.
Dengan berat penunggang sekitar 125kg, posisi menunggang kekal neutral – tidak terlalu menunduk, tetapi cukup agresif untuk kawalan optimum.
Ketinggian tempat duduk 790mm dan tangki yang direka dengan rekaan ergonomik memberi sokongan baik untuk jarak jauh.
Ads
Kuasa Dua Silinder & Mod Tunggangan Adaptif
CBR250RR dijana oleh enjin 249.7cc DOHC Parallel-Twin, penyejukan cecair, dengan teknologi Throttle-by-Wire yang membolehkan tiga mod tunggangan: Comfort, Sport, dan Sport+.
Dalam mod Comfort, penyaluran kuasa lembut dan progresif.
Mod Sport memberi sedikit lebih punch di RPM pertengahan, manakala Sport+ mengaktifkan sepenuhnya kuasa dan respon enjin, menghasilkan pengalaman tunggangan paling agresif.
Apa yang ketara, transisi antara mod adalah pantas dan terasa, bukan sekadar gimmick.
Ads
Dalam mod Sport+, penunggang dapat menikmati respons throttle yang tajam dan RPM yang naik dengan lebih pantas.
Kelajuan Maksimum: 170 km/j Dengan Berat Penunggang 128kg
Dengan berat penunggang 128kg, top speed yang berjaya dicapai ialah 170 km/j dalam keadaan angin neutral dan jalan rata.
Ini menunjukkan kecekapan enjin dua silinder yang mampu memberikan kuasa konsisten walaupun di RPM tinggi.
Penunggang dengan berat lebih ringan berpotensi mencecah angka lebih tinggi membuktikan CBR250RR bukan sekadar gaya, tetapi hadir dengan prestasi yang padu.
Ads
Pengendalian & Suspensi: Rigid dan Responsif
Sistem suspensi depan USD Showa SFF-BP dan lengan ayun aluminium belakang digabungkan dengan kerangka keluli diamond-type yang ringan dan rigid.
Tindak balas suspensi sangat responsif, terutama ketika mengambil selekoh di kawasan beralun antara laluan Morib sehingga ke Bagan Lalang melalui jalan pesisir pantai, membuktikan set up dari kilang sudah cukup sempurna.
Pilihan Ideal Penunggang dalam Kelas 250cc
Dengan pakej lengkap dari segi enjin, casis, aerodinamik dan teknologi, CBR250RR adalah benchmark dalam kategori sportbike dua silinder 250cc.
Ia memberikan pengalaman menunggang hampir setanding dengan model middleweight, menjadikannya pilihan ideal untuk penunggang yang inginkan pakej lengkap di antara keselesaan dan kuasa.
Spesifikasi Utama Honda CBR250RR 2024
Komponen
Spesifikasi
Enjin
249.7cc, Parallel-Twin, DOHC, penyejukan cecair
Kuasa Maksimum
+- 40 Hp @ 13,000 RPM (anggaran Asia spec)
Tork Maksimum
+- 25 Nm @ 11,000 RPM
Transmisi
6-kelajuan dengan Assist & Slipper Clutch
Mod Tunggangan
Comfort, Sport, Sport+
Fork Depan
Showa SFF-BP USD
Suspensi Belakang
Monoshock, boleh laras preload
Sistem Brek
Cakera depan & belakang, ABS dua saluran
Berat Bersih
+- 168kg
Kapasiti Tangki
14.5 liter
Ketinggian Tempat Duduk
790mm
Harga (anggaraan)
+- RM28,000 (bergantung pasaran)
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat sepenuhnya Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), telah mengumumkan harga bagi varian terbaru mereka, Modenas ZX-25RR, yang menyertai keluarga popular ZX-25R.
Sejak diperkenalkan pertama kali dengan model ZX-25R SE pada bulan September 2023, model ini telah mencipta fenomena baru dalam arena permotoran tempatan dengan prestasi dan gaya yang tidak tertandingi dalam kelasnya.
Kedua-dua varian, ZX-25R SE dan ZX-25RR, menampilkan sistem suspensi hadapan SFF-BP 37 yang sama untuk pengendalian yang mantap dan stabil.
Namun begitu, ZX-25RR datang dengan ciri tambahan, iaitu Horizontal Back-link serta BFRC Lite Gas untuk sistem suspensi belakang. Ciri ini memberikan mampatan dan redaman yang cekap, serta kebolehleraan spring yang membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang mereka.
Kredit: Modenas Malaysia
Selain dari reka bentuk yang menarik, kedua-dua model turut dilengkapi dengan:
– Enjin empat sebaris 250cc yang berprestasi tinggi, memberikan kuasa maksimum 34.5 kW dan tork 22 Nm, untuk pengalaman menunggang yang memuaskan di trek mahupun jalan raya.
– Ciri-ciri elektronik termasuk Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch, serta 3 mod tunggangan yang memastikan keselamatan dan prestasi optimum semasa menunggang.
– Kedua-dua model dilengkapi dengan mod tunggangan serta paparan skrin TFT yang menawarkan sambungan Bluetooth melalui aplikasi Rideology mereka, meningkatkan pengalaman dan keselesaan ketika menunggang.
Kredit: Modenas Malaysia
Harga yang disyorkan bagi Model ZX-25RR adalah RM 36,500.00, menjadikannya pilihan alternatif bagi peminat motosikal yang mengutamakan prestasi dan gaya tanpa mengorbankan kualiti. Model ini akan tersedia di semua bilik pameran Kawasaki All-Star Dealer menjelang akhir Mac 2024.
Untuk maklumat lanjut mengenai Modenas ZX-25RR dan produk Kawasaki lain, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home. Anda juga boleh menghubungi Talian Bebas Tol di talian 1-800-880-008 atau hubungi talian WhatsApp di +6019-570 8135.
Dalam langkah yang menandakan era baharu dalam industri automotif, Rimac memperkenalkan Verne, jenama spin-off terbarunya, dengan matlamat melancarkan perkhidmatan teksi pandu sendiri di UK dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Projek ini, yang sebelumnya dikenali sebagai P3 Mobility, dirancang untuk memulakan operasi teksi autonomi di Croatia pada tahun 2026, sebelum meluaskan perkhidmatannya ke UK dan Jerman setahun kemudian.
Reka Bentuk Dalaman yang Futuristik
Teksi Verne adalah sebuah kereta elektrik dua tempat duduk yang direka khusus untuk memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna bandar.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Reka bentuk dalaman Verne memfokuskan kepada ruang, ergonomik, dan hiburan dalam kenderaan.
Menawarkan ruang yang lebih luas daripada Rolls-Royce, Verne menyediakan lima tetapan kedudukan berbeza untuk tempat duduk “bersaiz besar” yang sesuai untuk bekerja dan berehat.
Kawalan Tanpa Stereng atau Pedal
Berbeza daripada kenderaan tradisional, Verne tidak mempunyai stereng atau pedal.
Sebaliknya, ia dilengkapi dengan skrin paparan besar 43 inci yang dikawal melalui pad sentuh pada konsol tengah.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Skrin ini bukan sahaja boleh digunakan untuk hiburan seperti menonton video, tetapi juga untuk memaparkan maklumat perjalanan.
Reka Bentuk Ruang Dalaman yang Menakjubkan
Menurut Adriano Mudri, pereka Verne yang juga terkenal dengan rekaan Rimac Nevera, “Kami ingin menjadikan ruang dalaman lebih mirip ruang tamu berbanding kenderaan automotif.”
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Beliau menambah bahawa susunan dua tempat duduk dipilih kerana “sembilan daripada sepuluh perjalanan digunakan oleh satu atau dua orang.”
Kemudahan yang Disesuaikan Mengikut Keperluan Penumpang
Penggunaan aplikasi ride-hailing khas untuk Verne membolehkan ruang dalaman teksi disediakan lebih awal mengikut keselesaan penumpang.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Contohnya, teksi boleh tiba dengan suhu yang sesuai pada hari sejuk, dan bau dalamannya juga boleh dipilih terlebih dahulu.
Verne juga menjamin bahawa perjalanan tidak akan dibatalkan, menyelesaikan masalah utama perkhidmatan ride-hailing tradisional.
Rekaan Luaran yang Aerodinamik
Rekaan luaran Verne mengutamakan integrasi kemas kamera dan sensor yang diperlukan serta prestasi aerodinamik.
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Mudri menjelaskan, “Kami mengintegrasikan kamera, radar, lidar jarak pendek dan panjang, serta sistem pembersihannya secara mendalam. Kami juga menghapuskan ciri-ciri tipikal kenderaan yang dipandu manusia seperti pengelap cermin depan dan cermin pandang sisi, menjadikan prestasi aerodinamik lebih efisien dan pembersihan lebih mudah.”
Kredit Foto : Website autocar.co.uk
Perkhidmatan ini akan bermula di Zagreb pada tahun 2026 dan dijangka diperluas ke UK dan Jerman pada tahun 2027, dengan 11 bandar tambahan yang telah menandatangani perjanjian dengan Verne.
Citroën U55 Cityrama Currus bukanlah sebuah bas yang biasa, tetapi ia sememangnya salah satu ciptaan automotif yang paling unik dan pelik dalam sejarah.
Pada tahun 1950-an, sebuah pengendali pelancongan di Paris telah mengubah trak Citroën U55 menjadi sebuah bas yang paling unik pernah wujud. Inilah Citroën U55 Cityrama Currus.
Penemuan Unik
Kewujudan bas ini penulis melihatnya melalui satu video daripada channel The Tim Traveller, Tim menjelajah dunia mendokumentasikan tempat-tempat yang jarang diketahui dan pengangkutan awam yang unik.
Kisah Cityrama
Group Cityrama dilancarkan pada tahun 1956 dengan misi untuk menyediakan pengalaman pelancongan yang unik di Paris, sebuah bandar yang sudah pun penuh dengan pelancong.
Kredit Foto : Website jalopnik
Untuk terus menonjol dalam pasaran yang kompetitif ini, Cityrama memutuskan untuk tampil besar dan berani. Bas-bas pelancongan mereka perlu berbeza daripada yang pernah dilihat sebelum ini.
Cityrama memilih trak utiliti Citroën Type 55 sebagai asas untuk bas-bas mereka. Kenderaan lasak ini dilengkapi dengan enjin petrol 4.6 liter yang menghasilkan 73 HP atau enjin diesel 5.2 liter yang menghasilkan 86 HP.
Kredit Foto : Website citroenet.org.uk
Dilancarkan pada tahun 1953 dan dihasilkan sehingga tahun 1965, trak-trak ini digunakan sebagai trak bomba, trak mengangkat barang, dan dalam kes ini, ia digunakan sebagai asas untuk lima hingga sepuluh bas yang luar biasa.
Cityrama menyerahkan tugas mengubah suai trak-trak ini kepada pembina badan kenderaan, Currus, yang mengubahnya menjadi sebuah bas yang unik ini.
Matlamat reka bentuk adalah untuk mencipta bas dua tingkat, mempunyai banyak tingkap yang kelihatan berbeza dari yang lain. Dan mereka berjaya. Citroën U55 Cityrama Currus adalah pemandangan yang menakjubkan.
Bas Yang Luar Biasa
Banyak yang boleh dikatakan tentang bas Cityrama ini. Ia kelihatan seperti sebuah bot di hadapan, sirip ekor di belakang, dan garisan merah yang berubah menjadi sayap besar di atas tingkat kedua.
Sumber Foto : Screenshot Youtube Channel The Tim Traveller : WE FOUND IT! The Last Surviving Cityrama
Dan ya, itu adalah tombak yang menjulur dari hadapan. Bumbung di tingkat kedua juga boleh ditanggalkan untuk lawatan pelancongan ketika cuaca panas.
Setiap tempat duduk dilengkapi dengan fon kepala yang menyiarkan ulasan pemandangan dalam pelbagai bahasa.
Kegemaran Pelancong
Citroën U55 Cityrama Currus menjadi kegemaran dalam kalangan pelancong dan bahkan dipaparkan dalam filem-filem tempatan.
Bas-bas ini juga sering menghadapi masalah, terutamanya dengan enjin yang terlalu panas.
Lama-kelamaan, Cityrama menambah gril kedua dan ketiga serta penyejuk minyak. Penambahan ini menjadikan bas-bas tersebut kelihatan lebih pelik.
Sumber Foto : Screenshot Youtube Channel The Tim Traveller : WE FOUND IT! The Last Surviving Cityrama
Akhirnya, bas-bas ini dihentikan pada tahun 1980 dan digantikan dengan bas-bas pelancongan yang lebih konvensional.
Tidak banyak yang diketahui tentang nasib beberapa bas yang dihasilkan. Salah satu daripadanya berakhir di sebuah sarkas, dan satu lagi ditemui dalam keadaan menyedihkan pada tahun 2008.
Kawasaki Ninja 1100SX Dilancar di Malaysia, Sport-Touring Flagship Bermula RM71,400
Kawasaki Ninja 1100SX kini rasmi diperkenalkan di Malaysia, meneruskan legasi sport-touring moden dalam kelasnya.Evolusi ini...