Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengumumkan pelaksanaan caj sebanyak RM1 untuk setiap perjalanan bagi pengguna bukan warganegara Malaysia yang memanfaatkan perkhidmatan bas GOKL bermula 1 Januari 2024. Caj ini akan dikenakan secara berperingkat pada empat laluan utama di pusat bandar iaitu Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah), dan Laluan 04 (Biru).

Pengguna asing akan membuat pembayaran secara tanpa tunai menggunakan pelbagai kaedah termasuk kad Touch&Go, kod QR, kad kredit, atau kad debit. Keterangan tersebut telah diumumkan oleh DBKL pada hari Isnin.

Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan MyKad dengan sistem Touch & Go, mereka diberi keistimewaan untuk menikmati perkhidmatan bas GOKL secara percuma, tetapi dikehendaki mendaftar MyKad mereka bagi pengesahan.

Ads

Perlu diumumkan bahawa perkhidmatan Bas GOKL adalah percuma bagi SEMUA kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Bagi memudahkan pendaftaran, DBKL akan menyiapkan kaunter pendaftaran di tiga lokasi bermula 1 Disember 2023 dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan dari pukul 2 petang hingga 7 malam. Lokasi-lokasi tersebut termasuk Hentian Bas KLCC, Hentian Akhir Titiwangsa (Pekeliling), dan Hentian Akhir Pasar Seni.

Petugas DBKL juga akan disediakan di dalam Bas GOKL yang terpilih untuk membantu pengguna bagi tujuan pendaftaran. Bagi kemudahan pengguna, kaunter pendaftaran secara berkala akan dibuka di Lobi Menara DBKL 1 pada setiap hari Rabu bermula 6 Disember 2023 dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Ads

Ini merupakan langkah penting yang diambil oleh DBKL bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pengangkutan awam di ibu kota serta memberikan kemudahan kepada pengguna tempatan dan pelancong asing yang mengambil manfaat daripada perkhidmatan bas GOKL.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, pihak berkenaan boleh dihubungi di talian pejabat 03-2028 2298 atau melalui emel ke jpb@dbkl.gov.my.

Ads

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI