
BYD Sime Motors secara rasmi melancarkan BYD ATTO 3 2026 sempena Sime Motors MotorExpo 2026, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pasaran pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima model terbaharu SUV elektrik popular itu.
Pelancaran ini membuktikan kepentingan pasaran Malaysia kepada BYD, selain mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut sebagai peneraju kenderaan elektrik (EV) negara dengan lebih 32,000 unit jualan terkumpul direkodkan setakat ini.
Menurut Pengurus Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma, ATTO 3 merupakan model yang membuka laluan kepada kejayaan BYD di Malaysia dan kini menjadi antara SUV elektrik paling laris di pasaran tempatan.
Membawa tema “Faster, Further, Smarter”, BYD ATTO 3 2026 hadir dengan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasi dan teknologi sesuai untuk penggunaan harian.
Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Ultra dan Premium.
Varian Premium menjadi pilihan paling berkuasa dengan motor elektrik menghasilkan 230 kW dan 380 Nm tork, membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat.
Ia turut menggunakan bateri Blade Battery berkapasiti 74.88 kWh yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 600 kilometer mengikut kitaran NEDC serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 220 kW.
Sementara itu, varian Ultra dilengkapi bateri 60.48 kWh dengan kuasa 150 kW dan 310 Nm tork. Ia mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 480 kilometer serta menyokong pengecasan pantas DC sehingga 110 kW.
Kedua-dua varian menampilkan skrin infotainmen berputar bersaiz 15.6 inci bersama panel instrumen digital 8.8 inci.
Turut tersedia ialah pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W, bumbung panoramik serta tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan pemanduan.
Bagi varian Premium, pelanggan turut menerima pelarasan lumbar elektrik empat hala untuk pemandu, sistem ADAS yang dipertingkatkan serta satu tambahan beg udara menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh unit.
Salah satu perubahan menarik pada ATTO 3 2026 ialah penggunaan sistem pacuan berbeza antara kedua-dua varian.
Varian Ultra menggunakan pacuan roda hadapan (FWD), manakala varian Premium menerima sistem pacuan roda belakang (RWD) yang menjanjikan karakter pemanduan lebih dinamik.
Dari aspek suspensi pula, Ultra menggunakan gabungan MacPherson dan Multi-Link, manakala Premium menerima sistem lebih canggih iaitu MacPherson Dual-Ball Joint bersama suspensi Multi-Link lima pautan.
BYD menawarkan ATTO 3 2026 pada harga berikut:
Empat pilihan warna ditawarkan iaitu:
Sempena pelancaran model ini, BYD turut menawarkan pakej pemilikan khas bernilai sehingga RM14,000 untuk pelanggan terawal.
Antara manfaat yang ditawarkan termasuk:
Setiap pembelian BYD ATTO 3 2026 turut disertakan dengan pakej jaminan komprehensif yang merangkumi:
Selain itu, pembeli turut menerima aksesori percuma seperti penyesuai Vehicle-to-Load (V2L) dan kabel pengecas Type 2 bersama palam tiga pin.
Baca Juga : Showroom Lain Dari Yang Lain, BYD Mansion Macalister Tampil Konsep Butik Eksklusif
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.