BMW Group dan Toyota Motor Corporation sekali lagi membuktikan mereka adalah pelopor dalam dunia automotif dengan melangkah ke hadapan dalam pembangunan teknologi kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV).
Kedua-dua gergasi automotif ini sedang bekerjasama rapat untuk membawa teknologi sel bahan api ke tahap yang seterusnya.
Memberi pelanggan pilihan enjin elektrik yang lebih mesra alam dengan pelepasan sifar di peringkat tempatan.
Kredit – Press BMW Group
Fasa Pertama Pelan
BMW merancang untuk melancarkan kenderaan FCEV pengeluaran siri pertama mereka pada tahun 2028. Kerjasama antara BMW dan Toyota dalam pembangunan sistem kuasa ini tidak hanya mempercepatkan inovasi. Tetapi juga memperkukuhkan matlamat bersama mereka dalam menggerakkan ekonomi hidrogen.
Melalui pendekatan ‘technology openness’, mereka akan menyediakan pelbagai pilihan enjin elektrik untuk masa depan. Termasuk kenderaan sel bahan api ini yang diharapkan menjadi permintaan besar dalam dekad akan datang.
Kredit – Press BMW Group
Oliver Zipse
Ketua Lembaga Pengurusan BMW AG, menyatakan bahawa ini adalah satu titik penting dalam sejarah automotif. “Dikuasakan oleh hidrogen dan didorong oleh semangat kerjasama, teknologi ini akan mengukuhkan bagaimana kemajuan teknologi sedang membentuk mobiliti masa depan,” katanya.
Ads
Koji Sato
Presiden Toyota pula menegaskan kerjasama ini mencerminkan kepercayaan mereka terhadap ‘pendekatan pelbagai laluan’ untuk mencapai neutral karbon.
Apa yang menarik tentang kerjasama ini adalah pembangunan teknologi powertrain yang akan digunakan oleh kedua-dua syarikat untuk model kenderaan penumpang.
Teknologi teras sel bahan api ini (generasi ketiga) akan digunakan dalam model individu BMW dan Toyota. Memberi pelanggan lebih banyak pilihan kenderaan FCEV. Dengan bergabung tenaga, kos pembangunan teknologi sel bahan api ini dapat dikurangkan, menjadikannya lebih mampu milik untuk pelanggan di seluruh dunia.
Kredit – Press BMW Group
BMW iX5 Hydrogen
Setelah berjaya menguji model BMW iX5 Hydrogen di seluruh dunia. BMW kini sedang bersiap sedia untuk pengeluaran siri pada tahun 2028. Kenderaan ini akan ditawarkan sebagai satu varian tambahan kepada model sedia ada BMW.
Ads
Melengkapkan pilihan pemanduan elektrik yang mereka tawarkan – bersama-sama kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), dan enjin pembakaran dalaman (ICE).
Lebih daripada itu, kedua-dua syarikat juga berusaha untuk memperluas infrastruktur pengisian semula hidrogen. Ini penting dalam memastikan teknologi hidrogen dapat digunakan dengan lebih meluas. Bukan sahaja untuk kenderaan komersial, tetapi juga untuk kenderaan penumpang.
Mereka juga bekerjasama dengan syarikat yang terlibat dalam pengeluaran hidrogen rendah karbon dan infrastruktur pengedaran.
Manfaat teknologi hidrogen ini adalah sebagai pembawa tenaga masa depan yang menjanjikan dalam usaha global untuk mengurangkan karbon.
Ads
Hidrogen dapat berfungsi sebagai medium penyimpanan tenaga yang efektif untuk sumber tenaga boleh diperbaharui. Membantu menyeimbangkan penawaran dan permintaan serta membolehkan integrasi tenaga yang lebih stabil ke dalam grid elektrik.
Dalam Grand Prix MotoGP™ Qatar 2023 yang mendebarkan, Fabio Di Giannantonio dari Gresini Racing muncul sebagai pemenang selepas mengharungi perlumbaan yang cukup hebat di Litar Antarabangsa Lusail.
Tumpuan awal lebih tertumpu kepada pertarungan dramatik #PECCOvsMARTIN. Namun, pemenang yang tidak disangka Di Giannantonio mengungguli juara bertahan, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), untuk memenangi perlumbaan untuk perlumbaan ini.
Ketegangan itu berlaku apabila Bagnaia memimpin perlumbaan tatkala Jorge Martin berhempas-pulas cuba untuk meraih anak tangga tertinggi selepas permulaan yang tidak diingini.
Bagnaia juga hampir kehilangan kedudukannya ketika cuba menyerang Diggia, menyebabkan beliau hampir terkeluar lintasan. Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Luca Marini (Mooney VR46 Racing Team) yang berentap gigih untuk mengekalkan kedudukannya.
Kredit Foto: Eurosport
Perlumbaan yang bermula dengan ketegangan berakhir dengan Di Giannantonio mengatasi Bagnaia, dan Martin tidak mendapat rentaknya lalu membawanya ke tempat kesepuluh. Namun begitu, pertarungannya juga sangat sengit khususnya di belakang nombor 89.
Sementara Di Giannantonio mengambil alih pimpinan, pertarungan di bahagian belakang tetap hangat dengan Viñales menonjolkan prestasi membanggakan sementara Quartararo turut menunjukkan ketangkasannya.
Kemenangan Di Giannantonio terhasil selepas dia melakukan langkah penuh bijak pada Pusingan 12. Walaupun Bagnaia cuba membalas, namun usaha itu tidak berjaya dan dia sempat mengelak daripada terlanggar Di Giannantonio yang membolehkannya kekal di tempat kedua. Dengan itu, Di Giannantonio mengakhiri perlumbaan dengan jarak 2.7 saat di hadapan, memenangi perlumbaan MotoGP™ pertamanya.
Hasil perlumbaan melihat Bagnaia mengukuhkan kedudukannya di puncak kejuaraan dengan kelebihan 21 mata berbanding Martin. Marini pula mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga. Momen dramatik dan penentuan kejuaraan dijangka akan berlangsung dalam perlumbaan terakhir di Valencia.
Kredit Foto: Autocar India
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Pelancaran Toyota Yaris G Limited dari UMW Toyota Motor (UMWT), secara terus menetapkan piawaian baru dalam pasaran hatchback B-segment bukan nasional.
Tambahan terbaru pada barisan Yaris ini memberikan inovasi automotif dengan menawarkan peningkatan prestasi, pengendalian yang lebih baik, dan reka bentuk bergaya.
Toyota Yaris G Limited akan menjadi varian yang menyeronokkan untuk dipandu dengan hanya terdapat 600 unit. Dijual pada harga RM99,600.00, tanpa insurans. G Limited dilengkapi dengan jaminan waranti 5 tahun tanpa had untuk kenderaan.
Selain itu, bahagian prestasi dilindungi dengan waranti 1 tahun/20,000km, memastikan tahap jaminan tambahan untuk pengalaman memandu anda. Terdapat pelbagai warna, termasuk Pakej Luaran 2-Tone Sporty untuk memenuhi keperluan gaya hidup dan prestasi dengan seimbang.
Selain itu, sistem suspensi yang dipertingkatkan prestasinya meningkatkan keupayaan responsif dan memberikan prestasi memandu yang lebih sport.
Dilengkapi dengan pelbagai peningkatan prestasi, Toyota Yaris G Limited memberikan perjalanan yang mengujakan dengan pengendalian fleksibel dan kuasa yang diperbaiki.
“Mewakili visi ‘Move Your World’ Toyota Malaysia, Yaris G Limited mencerminkan dedikasi kami terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan. Menyokong pelbagai keutamaan, model Edisi Terhad ini menawarkan prestasi dan gaya yang dipertingkatkan, melambangkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman memandu yang mengujakan untuk semua.” jelas Datuk Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.toyota.com.my atau hubungi telefon percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Volkswagen ID.Buzz 2025 adalah van elektrik yang memukau dengan reka bentuk retro dan teknologi inovatif. Inspirasi dari Model Type 2 Microbus, VW menciptakan van yang penuh nostalgia dengan ruang kabin yang luas dengan tiga baris tempat duduk bagi menawarkan keselesaan maksimum kepada pengguna.
Van ini disokong sepenuhnya oleh sistem penggerak elektrik dengan pilihan pacuan roda belakang atau semua roda, memberikan jangkauan pemanduan kira-kira 420 km. Kepantasan pengisian bateri yang cepat dan perincian plug-and-charge memudahkan proses pengisian tanpa aplikasi atau kad pembayaran.
ID.Buzz dijadualkan tiba di Amerika Syarikat pada musim gugur 2024 dengan harga yang dijangka bermula dari RM185,600 ($40,000). Platform Modular Electric Drive (MEB) VW memberikan motor tunggal atau dua motor dengan kuasa sehingga 330 kuasa kuda.
Kredit Foto: Car And Driver
Bateri 86.0 kWh ditawarkan secara standard namun jangkauan pemanduan belum diumumkan secara rasmi. Ruang dalaman yang fleksibel dan ergonomik, disertai dengan sistem infotainmen canggih dan pelbagai ciri keselamatan, membuat ID.Buzz menjadi pilihan menarik untuk golongan muda atau berumur.
Dengan kombinasi nostalgia dan teknologi, Volkswagen ID.Buzz 2025 membawa pengalaman mengemudi elektrik ke aras yang lebih tinggi dengan gaya yang hanya dimiliki oleh VW.
Sportbike ‘Value for Money’ Bawah RM10,000
Sempena majlis perasmian Mforce SmartShop W H S Motor Sdn. Bhd. di Banting, QJMOTOR Malaysia melancarkan sebuah model baharu...