Ads

Baru Sehari Motosikal Disita JPJ, Penunggang Warga Asing Ditahan Lagi Atas Kesalahan Sama

Tidak Serik, Penunggang Warga Asing Kena Tindakan JPJ Dua Hari Berturut-Turut

Baru sehari dikenakan tindakan penguatkuasaan, seorang penunggang motosikal warga asing sekali lagi berdepan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan mengulangi kesalahan sama di sekitar Padang Serai, Kedah.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan JPJ Cawangan Kulim kira-kira jam 11.30 pagi pada 31 Ogos, lelaki berkenaan ditahan ketika menunggang sebuah Yamaha Y15.

Hasil pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal terbabit telah tamat tempoh, selain penunggang berkenaan tidak memiliki lesen memandu yang sah serta melakukan beberapa kesalahan teknikal pada kenderaan.

Apa yang menarik perhatian, penunggang sama dipercayai baru sahaja dikenakan tindakan sehari sebelumnya, termasuk penyitaan motosikal atas kesalahan berkaitan.

Ads

Namun, lelaki terbabit kembali menunggang motosikal di jalan raya sebelum sekali lagi dikesan anggota penguat kuasa pada keesokan harinya.

JPJ
Kredit Foto : Facebook JPJ Negeri KEDAH

Susulan kesalahan berulang itu, motosikal yang digunakan sekali lagi disita, manakala saman turut dikeluarkan bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ads

JPJ Negeri Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang, termasuk memiliki lesen memandu dan dokumen kenderaan yang sah.

Ads

Langkah itu turut bertujuan memastikan hanya kenderaan yang memenuhi aspek keselamatan dan peraturan dibenarkan berada di atas jalan raya.

Sumber: JPJ Cawangan Kulim / JPJ Negeri KEDAH

Baca Juga : Nahas 11 Kenderaan di LPT1 Ragut Empat Nyawa

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Nahas 11 Kenderaan di LPT1 Ragut Empat Nyawa

Empat Maut, Tiga Cedera Dalam Kemalangan 11 Kenderaan di LPT1 Empat individu maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4...