Ads

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Aveta Tambah Barisan Skuter Dengan Viper 180 dan Bellagio 125

Aveta Motor Malaysia memperkenalkan dua model skuter baharu bagi tahun 2026 iaitu Viper 180 dan Bellagio 125, masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM8,998 dan RM6,998.

Kedua-duanya dibangunkan untuk memenuhi keperluan berbeza penunggang di Malaysia  sama ada yang mahukan skuter sport-touring dengan spesifikasi menyeluruh, atau jentera moden-retro yang praktikal untuk kegunaan harian.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Aveta Viper 180 

Enjin & Prestasi

Viper 180 hadir dengan enjin 174cc, satu silinder, 4-injap yang menghasilkan 13.6 kW pada 8,500 rpm. Rekaan kepala silinder empat injap membolehkan aliran udara lebih efisien pada putaran tinggi, sekali gus menyumbang kepada penghantaran kuasa yang lebih responsif dan konsisten pada julat pertengahan hingga tinggi.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Digandingkan dengan transmisi CVT automatik, talaan kuasa disusun untuk keseimbangan pecutan yang lebih lancar di kawasan trafik sesak dan kemampuan cruising di lebuh raya.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Tangki bahan api berkapasiti 10.5 liter memberikan kelebihan dari segi jarak perjalanan, sesuai untuk tunggangan jarak sederhana kerap untuk berhenti mengisi minyak.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Casis & Dinamik

Jarak roda yang lebih panjang membantu meningkatkan kestabilan ketika kekal pada kelajuan tinggi. Geometri casis ini turut memberi keyakinan tambahan ketika mengambil selekoh atau ketika menunggang dalam keadaan angin kuat.

Ads

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Handlebar boleh laras pula menawarkan fleksibiliti ergonomik, membolehkan posisi tunggangan disesuaikan bagi mengurangkan keletihan pada perjalanan jauh.

Ciri & Keselamatan

Antara kelengkapan utama termasuk paparan TFT 7-inci skrin sentuh dengan fungsi rakaman dan ulang tayang, dashcam hadapan terbina dalam, serta sistem lampu LED penuh.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Dari sudut keselamatan, Viper 180 dilengkapi ABS dwi-saluran dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh diaktif atau dinyahaktif. ABS mengelakkan roda terkunci ketika membrek kecemasan, manakala TCS membantu mengawal gelinciran roda belakang ketika pecutan di permukaan licin  satu ciri yang jarang ditawarkan dalam segmen harga ini.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Model ini hadir dalam warna Arctic White, Midnight Black dan Storm Gray, dengan harga bermula RM8,998.

Ads

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Bellagio 125

Enjin & Kecekapan

Bellagio 125 menggunakan enjin 124cc satu silinder yang memberi fokus kepada penghantaran kuasa yang lebih lancar serta kecekapan bahan api. Karakter enjin ini sesuai untuk kegunaan harian seperti ulang-alik kerja dan pergerakan dalam trafik bandar yang padat.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Dimensi & Pengendalian

Dengan jarak roda 1,300 mm, Bellagio 125 menawarkan keseimbangan antara kestabilan dan kelincahan, cukup stabil untuk kelajuan sederhana tetapi masih mudah dikendalikan ketika mencelah trafik atau membuat pusingan di kawasan yang sempit.

Tangki bahan api 6 liter pula mencukupi untuk penggunaan harian dalam kawasan bandar dengan fokus kepada ekonomi bahan api.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Ads

Rekaan & Kelengkapan

Bellagio 125 dilengkapi paparan digital LCD berwarna penuh, port pengecasan USB, penghadang angin dengan gaya klasik serta rel pemegang belakang berinspirasikan retro. Gabungan elemen klasik dan moden ini memberikan identiti unik dalam segmen 125cc.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Ia ditawarkan dalam pilihan Diamond White, Pistachio Green dan Carbon Black, dengan harga bermula RM6,998.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Menurut Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia, pengenalan kedua-dua model ini mencerminkan komitmen jenama ini untuk menawarkan produk yang relevan dengan keperluan penunggang tempatan, sama ada dari sudut prestasi, gaya mahupun nilai.

Aveta Perkenal Viper 180 & Bellagio 125 Untuk Pasaran Tempatan

Viper 180 dan Bellagio 125 kini boleh didapati di semua pengedar sah Aveta di seluruh Malaysia.

Baca Juga : Apa Yang Baharu Pada Aveta Vanguard 250 (2026)?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok

Dapatkan tip automotif, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menarik di Roda Panas

Motul Malaysia Rai Satu Dekad Bersama MR Lubricant Sdn. Bhd.

Majlis Gala Eksklusif Himpunkan 85 Pengedar  Motul Malaysia meraikan pencapaian 10 tahun kerjasama strategik bersama MR Lubricant menerusi majlis makan malam gala yang berlangsung di...