Arai telah melancarkan topi keledar Edisi Terhad ke-15 RX-7V Evo IoM TT, sempena ulang tahun ke-40 kerjasama mereka dengan perlumbaan Isle of Man TT.
Topi keledar edisi khas ini merupakan bukti komitmen Arai yang berpanjangan terhadap kecemerlangan dan inovasi dalam rekaan topi keledar.

RX-7V Evo IoM Edisi Terhad ini direka oleh Aldo Drudi, seorang individu terkenal dalam industri sukan permotoran dan merupakan individu yang memberi ilham di sebalik banyak rekaan topi keleddar Valentino Rossi.
Rekaan Drudi untuk RX-7V Evo mendapat inspirasi terus daripada Isle of Man TT, mencerminkan semangat dan adrenalin perlumbaan tersebut. Arai menggambarkan model ini sebagai penanda aras dalam barisan produk mereka, menekankan perlindungan yang unggul dan teknologi terkini.

Dengan harga £849.99 (anggaran RM4100), topi keledar ini mewakili pelaburan yang signifikan dalam kualiti dan keselamatan, dengan ciri-ciri yang setara dengan harga premiumnya. Menjelang pelancarannya pada pertengahan tahun ini, beberapa pengedar sudah menerima pra-pesanan namun masih belum menembusi pasaran Malaysia.
Akihito Arai, Pengarah Urusan Arai Eropah, menzahirkan kegembiraannya untuk pelancaran produk tersebut baru-baru ini.
“Wow. Ini selalu menjadi momen istimewa bagi kami semua di Arai Helmet dan RX-7V Edisi Terhad EVO IoM TT 2024 yang sungguh menakjubkan. Drudi Performance sangat cermelang dan mencipta sesuatu yang “fresh”, namun masih mengandungi semua elemen rekaan yang diharapkan oleh peminat dan pengumpul.”

Merujuk kepada evolusi topi keledar edisi khas TT sepanjang tahun, Arai menambah, “Kami tidak menyangka ketika kami memulakannya 15 tahun yang lalu betapa pentingnya topi keledar khas TT setiap tahun kepada ramai “collector”. Yang dapat saya katakan sekarang adalah, nantikan TT tahun depan!”
Pelancaran RX-7V Evo IoM Edisi Terhad bukan sahaja merupakan tonggak penting, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Arai sebagai pemimpin dalam reka bentuk dan keselamatan topi keledar malah menjanjikan kepada penunggang motosikal gabungan gaya, prestasi, dan perlindungan yang tiada bandingannya.
Shoei X-Fifteen, Inovasi Terkini Dunia Topi Keledar Perlumbaan

Jenama topi keledar terkemuka dari Jepun, Shoei telah melancarkan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia iaitu X-Fifteen. Ia merupakan topi keledar direka khusus bagi memenuhi keperluan penunggang motosikal yang mengutamakan prestasi dan keselamatan.
Baru-baru ini sebuah acara pra-tontonan eksklusif telah diadakan oleh Shoei Malaysia dengan menawarkan 100 pemilik pertama topi keledar ini peluang untuk mendapatkan saiz dan memilih grafik topi keledar mengikut pilihan mereka.

Berikut merupakan beberapa ciri-ciri utama topi keledar Shoie X-Fifteen:
- Aerodinamik Sempurna
Topi keledar ini direka untuk menyediakan stabiliti maksimum pada kelajuan tinggi. Dengan bantuan fasiliti corong angin terkini, X-Fifteen telah mencatatkan pengurangan tegasan sebanyak 6.1% dan
lift reduction sebanyak 1.6% berbanding dengan model sebelumnya, menjadikannya pilihan yang ideal untuk penunggang yang mencari prestasi cemerlang pada kelajuan sehingga 350 km/jam.
- Struktur Kukuh dan Ringan
X-Fifteen dihasilkan daripada Kulit Matriks Terpadu Advanced Multi-Ply Plus (AIM+) yang merupakan bahan terhasil daripada kombinasi enam lapisan lightweight fiberglass dan serat prestasi tinggi. Ia sekali gus memberikan kekuatan dan ketahanan kepada hentakan sambil mengekalkan kekuatan strukturnya.
- Fokus Keselamatan
Topi keledar ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri Penyerap EPS Multi-Bahagian/Multi-Ketumpatan, direka untuk memberikan perlindungan maksimum kepada kepala dengan menggunakan dense foam yang berbeza. Hasilnya, sebuah topi keledar yang lebih ringan dan kompak tanpa menjejaskan aspek keselamatan.
- Ventilasi dan Aliran Udara
X-Fifteen menyediakan sistem ventilasi yang canggih, dengan tujuh lubang udara boleh ditutup dan enam lubang udara keluar, serta corong EPS yang lebih besar untuk memastikan aliran udara yang berterusan. Sistem penyejukan pad pipi yang diperbaharui memberikan keselesaan tambahan kepada penunggang.
- Keselesaan dan Kesesuaian
Padding berbentuk poket dan lapisan yang boleh dikeluarkan memastikan topi keledar ini selesa dan sesuai dengan bentuk kepala penunggang. Mekanisme penyesuaian sudut yang berpaten membolehkan perubahan kedudukan helmet untuk meningkatkan kadar penglihatan penunggang.
- Fungsi dan Reka Bentuk
Helmet ini dilengkapi dengan reka bentuk lens lock dua lapisan dan sistem kunci pelindung dua peringkat untuk kestabilan maksimum dan perlindungan tambahan. Mekanisme new trigger lock meningkatkan keyakinan penunggang dengan menghalang topi keledar daripada terlepas semasa kemalangan.

Harga dan Ketersediaan
X-Fifteen kini boleh didapati di Malaysia dengan harga runcit bermula dari RM2,850 untuk versi Biasa, RM3,350 untuk versi Grafik, dan RM3,500 untuk Riders Replica. Pelanggan yang ingin mendapatkan sesi penyesuaian peribadi boleh melawat Gomoto Experience Lab untuk pengalaman yang lebih disesuaikan.
Dengan menggabungkan teknologi terkini, reka bentuk yang aerodinamik, dan penekanan pada keselamatan dan keselesaan, Shoei X-Fifteen memang setara dengan helmet perlumbaan bertaraf tinggi. Pilihan yang sempurna untuk penunggang yang mengutamakan prestasi dan keselamatan dalam setiap perjalanan mereka.
Sumber : Motomalaya.net
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bagaimana Penghadang Kemalangan Berfungsi?

Isi Kandungan
TogglePenghadang kemalangan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya, pejalan kaki, dan pekerja di kawasan pembinaan, tempat letak kereta, gudang, serta pelbagai lokasi lain. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana sebenarnya penghadang kemalangan ini berfungsi?
Sebagai salah satu komponen utama dalam keselamatan jalan raya, penghadang kemalangan direka untuk melindungi nyawa dan mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan. Dalam penulisan ini kita bakal fahami jenis-jenis penghadang, cara ia berfungsi, dan kenapa ia direka sedemikian rupa.
Jenis-Jenis Penghadang Kemalangan
Terdapat beberapa jenis penghadang kemalangan yang biasa digunakan, termasuk penghadang W-beam, kabel, dan konkrit. Setiap jenis direka untuk memenuhi keperluan keselamatan tertentu bergantung pada lokasi dan keadaan jalan.
Penghadang W-Beam
Penghadang W-beam biasanya diperbuat daripada keluli atau aluminium, dan ia merupakan antara jenis yang paling lazim digunakan di seluruh dunia. Rangkaian blok mendatar yang disokong tiang menegak membentuk penghadang berterusan di tepi jalan. Reka bentuk ini membantu mengalihkan kenderaan yang terbabas daripada bahaya dan menyerap tenaga hentaman.
Penghadang Kabel
Dibina daripada kabel keluli berkapasiti tinggi yang diregangkan di antara tiang sokongan, penghadang kabel direka untuk melentur apabila terkena hentaman. Ini membantu menyerap tenaga dan mengurangkan risiko kenderaan terbalik. Ia sangat sesuai digunakan di kawasan median atau jalan sempit kerana sifatnya yang fleksibel.
Penghadang Konkrit
Penghadang konkrit adalah pilihan paling tahan lasak. Dibina daripada elemen konkrit pratuang yang diperkuat dengan keluli atau gentian kaca. Ia boleh menahan hentaman yang kuat. Jenis ini biasanya digunakan di lebuh raya berkelajuan tinggi untuk mengelakkan kenderaan daripada melintasi lorong bertentangan.
Dua Fungsi Utama Penghadang Kemalangan
Penghadang kemalangan direka untuk memenuhi dua tujuan utama:
- Menyerap Tenaga Hentaman
Apabila kenderaan melanggar penghadang, tenaga kinetik diserap dan disebarkan melalui reka bentuk penghadang yang mampu melentur atau terdeformasi. Ini mengurangkan impak hentaman terhadap penumpang kenderaan dan meminimumkan risiko kecederaan serius. - Mengalihkan Kenderaan Dari Bahaya
Penghadang kemalangan diletakkan secara strategik untuk mengelakkan kenderaan daripada melanggar halangan seperti tebing curam, objek di tepi jalan, atau trafik bertentangan. Dengan mengalihkan kenderaan ke laluan yang lebih selamat, ia mengurangkan kemungkinan kemalangan menjadi lebih buruk.
Reka Bentuk Penghadang Keselamatan Jalan Raya
Faktor seperti geometri jalan, jumlah trafik, dan keadaan persekitaran diambil kira dalam reka bentuk penghadang. Jurutera juga memastikan penghadang mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan yang ditetapkan untuk keberkesanan maksimum.
Sebagai contoh:
- Geometri Jalan: Jalan berselekoh tajam atau cerun curam memerlukan penghadang yang lebih teguh.
- Volume Trafik: Lebuhraya berkelajuan tinggi memerlukan penghadang yang tahan lasak, manakala kawasan bandar memerlukan penghadang yang lebih ringan untuk menjaga estetika.
- Keadaan Persekitaran: Penghadang mesti tahan terhadap cuaca ekstrem, karat, dan elemen persekitaran lain untuk jangka hayat yang panjang.
Kesimpulan
Penghadang kemalangan bukan sekadar struktur di tepi jalan, tetapi penyelamat nyawa yang tidak ternilai. Dengan reka bentuk yang bijak dan pemasangan yang betul, ia membantu mengurangkan kesan kemalangan dan melindungi pengguna jalan raya. Semoga kita terus menghargai teknologi keselamatan ini dan memastikan ia dipasang di lokasi yang memerlukannya.
Dari Alexandra Security
Baca Juga ZONTES 368G ADV 2025, Kini Dibuka untuk Tempahan
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Inovasi Teknologi Untuk Topi Keledar Anda

Topi keledar merupakan suatu alat yang digunakan untuk melindungi kepala daripada sebarang bentuk kecederaan. Ketika zaman penjajah, topi keledar digunakan oleh hulubalang untuk menjaga bahagian kepala mereka daripada pukulan senjata sewaktu berperang. Namun pada masa kini, penggunaan topi keledar merupakan suatu kewajipan sekiranya anda menunggang motosikal.
Kemajuan teknologi pada masa kini telah menghasilkan pelbagai jenis reka bentuk topi kelendar dengan teknologi yang menarik. Hari ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca jenis-jenis inovasi teknologi topi calendar yang mempunyai ciri-ciri unik dan moden untuk penggguna motosikal.
Topi keledar dilengkapi pembesar suara
Syarikat pengeluar topi keledar Sena, mengeluarkan sebuah topi keledar lengkap dengan teknologi Mesh Intercom dan Bluetooth Intercom serta pembesar suara dan mikrofon premium oleh pakar audio Harman Kardon. Topi keledar ini lengkap dengan pembesar suara dan mikrofon bersepadu yang membawa tahap ketepatan dan kejelasan terhadap audio dalam topi keledar.

Topi keledar dilengkapi kamera
Sena juga menghasilkan topi keledar yang lengkap dengan fungsi kamera. Reka bentuk kamera yang kecil membolehkan penunggang merakam tunggangan mereka dengan mudah menerusi satu sentuhan butang kamera di bahagian atas topi keledar. Kamera pada motosikal ini mampu untuk merakam visual berdurasi 2 jam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan WiFi supaya anda boleh melihat dan memuat turun rakaman pada telefon pintar anda dengan serta-merta.

Topi keledar yang mempunyai intercom
Topi keledar juga mempunyai satu ciri tambahan yang dijual berasingan iaitu intercom. Intercom merupakan satu alat di mana anda boleh berbual dengan pembonceng yang berada di belakang anda semasa menunggang motosikal. Jadi tidak perlu lagi anda untuk menjerit jika hendak berbual dengan pembonceng di belakang anda. Terdapat banyak produk intercom di pasaran dan yang membezakan produk tersebut adalah daripada segi kualiti dan harga.

Pengelap cermin (wiper) untuk topi keledar
Menunggang motosikal Ketika hujan sudah pasti akan mempengaruhi jarak penglihatan anda kerana pelitup topi keledar anda telah dibasahi air. Namun, terdapat pengeluar telah menghasilkan pengelap cermin (wiper) untuk dipasang di topi keledar anda. Produk ini amat kecil dan menggunakan bateri yang perlu di cas sebelum menggunakannya.
Topi keledar yang mempunyai pendingin hawa
Penyelidik Amerika Steve Feher telah melancarkan topi keledar lengkap dengan pendingin hawa pertama di dunia yang didakwa dapat menurunkan suhu sebanyak 10-15º Fahrenheit (6-8ºC). Topi keledar yang diberi nama ACH-1 setakat ini hanya tersedia untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja dan dijual pada harga $US599 (kira-kira RM2,800).

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.