Sejak wujudnya enjin empat lejang yang berasaskan minyak petrol pada 1876 di Jerman. Penggunaan petrol menjadi sangat penting bahkan ia adalah nadi bagi dunia ini untuk terus maju dan bergerak ke hadapan.
Ekonomi dunia juga banyak dipengaruhi oleh harga minyak petrol semasa. Biasa kita dengar kalau harga minyak petrol naik, pasti harga barangan juga akan naik. Inilah yang berlaku sekarang untuk menunjukkan betapa pentingnya bahan yang datang daripada fosil flora dan fauna ini.
Proses ekstrak dan pembuatan minyak mentah ke petrol pula memang rumit dan berisiko tinggi. Sebab itulah mereka yang sertai industri minyak & gas dibayar dengan gaji yang lumayan.
Proses pertama, penerokaan dan penggerudian. Lazimnya, syarikat minyak akan upah kontraktor luar untuk menjalankan tinjauan geologi dan kajian terperinci untuk mengenal pasti potensi rizab minyak di bawah dasar laut.
Setelah dikenal pasti kawasannya, pelantar penggerudian akan digunakan untuk membuat telaga hingga ke bawah dasar laut untuk sampai ke rizab minyak. Setakat ini, telaga minyak bawah laut paling dalam ialah Sakhalin-1 di Rusia dengan kedalaman 12.38 kilometer.
IKLAN
Proses kedua, mengekstrak minyak mentah dari bawah dasar laut. Minyak dari dasar laut ini akan bercampur dengan air dan gas disebabkan oleh tekanan tinggi oleh takungan minyak semulajadi. Ia kemudiannya akan diasingkan dari air dan gas di pelantar.
Seterusnya, apabila minyak mentah berjaya diekstrak, ia akan disimpan di platform pesisir laut sebelum diserahkan ke kilang penapisan di darat. Setiap minyak mentah dari laut akan dibawa menggunakan kapal tangki minyak.
Apabila tiba di kilang penapisan, di sinilah proses rumit mengasingkan komponen minyak mentah tersebut berlaku. Untuk mendapatkan hasil minyak petrol, diesel, bahan api jet dan sebagainya minyak mentah perlu melalui proses penyulingan, keretakan dan pelbagai proses kimia yang lain.
IKLAN
Selepas melalui proses ‘pecah minyak’ yang pertama, minyak mentah petrol akan melalui proses tambahan seperti catalytic reforming and blending dimana ia akan digunakan untuk meningkatkan kualiti petrol.
Petrol yang sudah ditapis kemudiannya ditukarkan ke tempat pengedaran menggunakan keretapi, lori dan saluran paip. Di pusat pengedaran, petrol akan disimpan di dalam tangki besar sebelum lori minyak mengambilnya untuk diserahkan ke stesen minyak.
Minyak yang dibawa menaiki lori dari pusat pengedar ke stesen minyak akan disimpan di bawah tanah sebelum dipam ke dalam terminal minyak. Buat mereka yang belum tahu, stesen minyak merupakan kedai runcit dimana pengguna boleh membeli petrol dan bahan api lain untuk kenderaan mereka.
IKLAN
Proses terakhir ialah pengguna membeli minyak yang sudah diproses mengikut pilihan mereka. Selepas membuat pembayaran, petrol akan mengalir dari bawah tanah melalui terminal minyak ke tangki kereta anda.
Itulah proses bahan api kenderaan yang kita guna setiap hari. Suatu proses yang rumit namun hasil teknologi moden, setiap proses itu dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Moto Morini mencuri perhatian ramai di ruang pameran Eicma di Milan tahun ini apabila memperkenalkan Corsaro Sport V-twin 749cc. Ia merupakan model terkininya yang menjadi ‘ahli’ baharu motosikal kategori sportsbike sederhana.
Sebagai salah satu model menarik perhatian pengunjung di ruang pameran, Corsaro Sport bergabung dengan Corsaro 750 roadster yang berkongsi enjin serupa, serta motosikal pengembaraan baru, X-Cape 1200, dan roadster retro, Milano, yang turut dikuasakan oleh enjin yang serupa.
Keempat-empat model ini mencerminkan satu lonjakan besar dalam penawaran dan aspirasi Moto Morini, dengan Corsaro Sport yang mencuri tumpuan dengan homologasi Euro5+, dengan crankshaft yang menyerupai MotoGP untuk memastikan kestabilan maksimum dengan mengurangkan inersia, dan kelajuan tertinggi melebihi 209 km/j.
Dibeli oleh pengeluar raksasa skuter China, Zhongneng pada 2018, rangkaian pengeluaran semasa firma ini termasuk Trisemekan 650 ‘Seiemmezzo’ STR, SCR, dan X-Cape. Kesemuanya dikuasakan oleh motor dua silinder yang berasaskan Kawasaki ER-6n.
Pada awal tahun 2022 yang lalu, syarikat ini mengumumkan pelancaran 11 model baharu yang direka bentuk di Itali tetapi dibina di China dalam dua tahun akan datang.
Corsaro Sport mungkin menjadi salah satu daripadanya, dengan reka bentuk fairing yang menyerupai Ducati dan clip-on di bawah tangki atas membolehkan ia bersaing di hujung segmen sederhana yang lebih sporty.
Kuasa ini untuk kedua-dua Corsaro adalah V-twin 90 darjah yang baharu sepenuhnya, direka bentuk di Itali, yang dijangka bersaing dengan model-model seperti Honda CBR650R 94bhp, Suzuki GSX-8R 82bhp, dan Aprilia RS660 99bhp. Tork dan rpm puncak belum diumumkan, tetapi dengan kelebaran luar biasa 90mm x 58.9mm, dijangkakan motosikal ini mempunyai kuasa kuda yang agak tinggi.
Reka bentuk motosikal ini juga agak menarik, dengan reka bentuk ‘hibrid’ yang menggabungkan elemen keluli dan aluminium. Seperti model kembar 650 Morini yang lebih awal, Corsaro baru ini menggunakan sistem brek Brembo, kali ini ditingkatkan ke caliper radial monoblok empat piston yang mencengkam pada dua cakera 320mm.
Fork terbalik juga sepenuhnya boleh diubah suai, walaupun belum jelas jenama yang mereka gunakan. monoshock belakang juga menawarkan penyesuaian penuh, Corsaro Sport juga hadir dengan tayar belakang 190, saiz yang lebih lebar berbanding versi naked yang mempunyai saiz tayar 180.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kemas kini penawaran hatchback paling laris mereka iaitu Toyota Yaris IMP 2023.
Berbeza dengan model Yaris negara jiran yang telah mendapat rekaan serba baharu, Yaris IMP 2023 bagi pasaran tempatan masih lagi mengekalkan rekaan facelift 2021, namun dengan penggunaan bampar yang lebih agresif.
Yaris 2023 ini membawakan kit badan yang lebih sporty, pilihan kemasan cat dua tona dengan bumbung berwarna hitam. Terdapat dua varian yang menawarkan rekaan sebegitu, varian 1.5E dan 1.5G.
Bagi bahagian dalaman, ruang papan pemuka (dashboard) kini menampilkan skrin infohibur baharu sebesar sembilan inci yang engkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar secara standard.
Turut ditambah adalah pengecasan peranti pintar tanpa wayar, fabrik kerusi yang lebih menonjol dan port USB-C.
Untuk varian 1.5G, terdapat beberapa komponen yang telah ditambah baik seperti, penggunaan roda stereng balutan kulit lembut, perincian paddle shifter yang lebih baik, tag RFID, serta penderia parkir hadapan & belakang.
Mengekalkan enjin 2NR-FE berukuran 1,496 cc yang mampu menghasilkan kuasa 107 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 140 Nm @ 4,200 rpm, digandingkan dengan transmisi CVT.
Dari segi keselamatan, Toyota Safety Sense didatangkan sebagai standard untuk kedua-dua varian termasuklah Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Lorong, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, 7 beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Mula Mendaki, serta sistem kamera keliling 3D.
Penawaran varian Yaris 1.5E baharu ini bermula dari RM88,000 manakala Yaris 1.5G bermula daripada RM91,600 (tanpa insurans), lengkap dengan jaminan penuh lima tahun tanpa had perbatuan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Berita baik untuk peminat MINI! Model terbaharu MINI John Cooper Works Countryman 2024 tetap setia dengan enjin pembakaran dalaman, menawarkan daya kuasa sebanyak 312 hp dan tork 400 Nm. Kalau nak dibandingkan dengan model terdahulu, ini adalah peningkatan yang signifikan dari 301 hp dan 449 Nm.
Dengan enjin turbo 2.0 liter, JCW Countryman ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam hanya 5.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Model ini juga dilengkapi dengan sistem brek berprestasi tinggi, serta rim 19 dan 20 inci bersama tayar selebar 245 mm untuk memberikan prestasi maksimum.
Untuk kemasan luaran, anda akan dapat jeriji oktagon dengan kemasan hitam berkilat, logo JCW yang direka semula, dan layangan warna dua tona pada bumbung dan tiang C yang memberi sentuhan menarik.
Tema merah dan hitam tidak hanya hadir di luaran, tetapi juga mendominasi ruang kabin. Papan pemuka, panel pintu, dan tempat duduk sport semuanya dihiasi dengan sentuhan warna yang serasi.
MINI JCW Countryman juga menawarkan pakej pilihan Driving Assistant Professional Package, yang dilengkapi dengan 12 penderia ultrabunyi dan empat kamera keliling. Sistem ini membolehkan JCW Countryman dipandu tanpa kawalan tangan pada kelajuan sehingga 60 km/j. Tak hanya itu, sokongan ADAS Tahap 2 dan MINI Experience Modes turut menjadi ciri menarik model ini.
Bagi peminat di Amerika Syarikat, anda boleh membawa pulang MINI JCW Countryman ini dengan harga bermula dari $44,795 (RM211,500), dan dijangka tiba di pengedar pada Mei tahun depan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki SUV berprestasi tinggi yang tetap setia pada akar warisan MINI!
1 of 20
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Kia Corporation dan The Ocean Cleanup, sebuah NGO yang menginovasikan teknologi untuk membersihkan lautan dunia daripada plastik, kini memperluaskan usaha mereka secara global.
Kerjasama ini...