Ketika pertama kali melihat minivan elektrik ini, pasti ramai terus membayangkan ia sebuah reka bentuk futuristik persis Hyundai Staria yang memukau.
Namun, ia sebenarnya bukanlah versi baru atau facelift bagi Hyundai Staria.
Sebaliknya, minivan ini adalah keluaran Li Auto Mega yang merupakan hasil ciptaan sebuah syarikat pemula dari Beijing. Ketua Pegawai Eksekutif, Li Xiang, sendiri telah memperlihatkan imej minivan yang benar-benar luar biasa ini menerusi akaun media sosial rasmi.
Apa yang membezakan Li Auto Mega adalah reka bentuk luarannya yang cukup unik. Ia tidak mengikut konsep minivan biasa yang menekankan ruang dalam yang luas. Sebaliknya, ia tampil dengan reka bentuk atap yang melengkung, membentang dari bahagian depan hingga ke kaca belakang.
Elemen rekaannya mengingatkan kita kepada Staria dapat dilihat pada bahagian depan dengan unit lampu utama yang diletakkan rendah di bahagian bumper, diiringi oleh bar LED melintang yang memukau di bahagian atas.
Menurut laporan, Li Auto Mega menggunakan senibina Whale yang memanfaatkan bateri Qilin CATL yang hebat, membolehkan pengecasan pantas sehingga 500 kW. Ini bermakna, dengan pengecasan selama hanya 22 minit, anda boleh menambah jarak perjalanan hingga 600 km!
Dengan adanya bonjolan perumah radar di bahagian atap, Li Auto Mega dipercayai akan membawa kemampuan pemanduan autonomi yang lebih canggih.
Pelancaran rasmi Li Auto Mega dijadualkan pada Disember 2023, dengan penjualan yang dijangkakan bermula pada Januari 2024. Harganya dianggarkan bermula dari RMB500,00 (RM324,365).
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
KYMCO AK 550 Kini Di Pasaran Pada Harga Bermula RM65,600
Pelancaran AK550 Premium di Malaysia bukan sekadar pelancaran produk tetapi ia merupakan manifestasi perjanjian strategik yang telah dimeterai pada tahun 2016 di mana Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) secara rasmi dilantik sebagai pengedar eksklusif produk Kymco di Malaysia.
Secara rasmi Kymco AK550 telah masuk ke pasaran Malaysia melalui Modenas. Dengan harga permulaan pada RM65,600 model ini bakal ditawarkan di beberapa di pengedar Modenas yang sah bermula Februari 2024.
KYMCO AK 550 hadir dengan enjin dwi-silinder sebaris, 4 lejang, DOHC, berpenyejuk cecair dengan kapasiti 550.4 cc. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 50.9 Hp pada 7500 rpm dan tork maksimum 52 Nm pada 6000 rpm.
Skuter ini dilengkapi dengan tangki bahan bakar berkapasiti 15 liter, memungkinkan perjalanan jauh tanpa perlu sering mengisi bahan bakar. Kecekapan enjin dan kapasiti tangki yang besar menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan di dalam bandar mahupun perjalanan jarak jauh.
AK 550 dilengkapi dengan ciri-ciri elektrikal canggih, termasuk mod kuasa elektrik yang membolehkan pemandu beralih antara mod kuasa penuh dan mod hujan. Skuter ini juga dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar, memberikan keselamatan dan prestasi yang optimal. Sistem pencahayaan menggunakan LED untuk lampu hadapan, belakang, dan lampu isyarat, memberikan visibiliti yang luar biasa dalam semua kondisi.
Dilengkapi dengan klac basah dan transmisi automatik CVT, skuter ini menawarkan pengalaman berkendara yang lancar dan bebas repot. Transmisi ini juga mematuhi standard emisi Euro 4.
AK 550 mempunyai tayar depan berukuran 120/70 – R15 dan tayar belakang 160/60 – R15. Sistem Pengereman Canggih Berintelek (AIBS) meningkatkan keselamatan, dengan kaliper Brembo 4-piston dan dua cakera apung 270 mm di depan, serta kaliper dua-piston dengan cakera tunggal 260 mm di belakang.
Skuter ini mempunyai berat 238 kg, menjadikannya stabil ketika tunggangan dan mudah untuk dikendalikan. Ketinggian tempat duduk adalah selesa pada 785 mm, dengan jarak roda 1,580 mm. Dimensi keseluruhannya (panjang, lebar, tinggi) adalah 2,220 mm, 795 mm, dan 1,494 mm.
AK 550 dilengkapi dengan suspensi belakang lengan ayun mendatar. Sistem suspensi inovatif ini menjamin kestabilan dan keselesaan di atas pelbagai jenis permukaan jalan.
KYMCO AK 550, dengan gabungan kecanggihan kuasa, teknologi, dan rekaan skuter ini bakal menjadi pilihan penggemar skuter maxi di Malaysia.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Kerjasama Toyota Thailand & Toyota Australia Tampilkan Hilux Elektrik, Terokai Segmen Pasaran Terbaru
Pada bulan Mac 2022 bertempat di Bangkok, Thailand, Toyota telah memperlihatkan trak pikap konsep terbaru, Hilux Revo BEV Concept. Menurut Toyota, projek tersebut bukanlah semata-mata tayangan kosong tetapi menunjukkan komitmen serius mereka dalam usaha untuk menerokai bidang trak pikap elektrik.
Apa yang menarik, Toyota Eropah memberikan tumpuan kepada Hilux hidrogen, manakala di Asia pula Toyota memberikan tumpuan kepada Hilux menggunakan tenaga bateri.
Selain itu, Toyota Australia turut diberi peluang untuk menguji prototaip pertama Hilux elektrik bateri, dan ujian itu sudah selesai dilakukan. Beberapa pelanggan yang memiliki beberapa unit Hilux dan pelanggan lain juga telah dijemput untuk menguji kenderaan ini dan memberikan maklum balas mereka.
Kredit Foto: Toyota
Walaupun Toyota belum berkongsi maklumat terperinci mengenai keputusan ujian, seperti prestasi, jarak pemanduan sebenar, dan lain-lain, namun Naib Presiden Jualan, Pemasaran, dan Operasi Francais, Toyota Australia, Sean Hanley, telah berkongsi pandangan positifnya.
Menurutnya, “Jurutera penilaian kami dan rakan-rakan dalam industri mengesahkan bahawa Hilux BEV, walaupun ianya hanya sebuah kenderaan konsep, memiliki reka bentuk, rasa, dan pengalaman pemanduan yang mirip dengan model yang akan dihasilkan. Saya juga berpeluang untuk menguji kenderaan ini dan saya dapati bahawa kuasa elektriknya memberikan daya yang mengagumkan, sebagaimana yang dijangka dari enjin diesel.”
Hanley juga berkata mereka cukup optimis terhadap prospek Hilux BEV ini, terutama dalam konteks penggunaan bandar dan berharap untuk membawa kenderaan seumpamanya ke Australia.
Kredit Foto: ToyotaHilux Revo BEV Concept adalah hasil kerjasama terkini antara Toyota Thailand dan Toyota Australia yang sebelum ini telah terlibat dalam pembangunan Hilux GR Sport.
Tidak dinafikan Hilux merupakan kenderaan yang sangat popular di kedua-dua negara ini dan telah menjadi kenderaan terlaris di Australia selama tujuh tahun berturut-turut dengan angka jualan melebihi 64,000 unit pada tahun 2022.
Manakala di Thailand, penjualannya mencatatkan angka yang lebih tinggi dengan mencatatkan jualan kira-kira 145,000 unit. Ini mungkin tidak menghairankan, mengingatkan bahawa Thailand merupakan ibu kota dunia untuk kenderaan jenis ute.
Jadi, apakah rancangan seterusnya? Unit prototaip Hilux Revo BEV Concept telah dihantar kembali ke Thailand, dan Toyota Thailand akan memasang beberapa unit teksi demonstrasi untuk pasaran tempatan.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Porsche Macan Elektrik, Jentera Keunggulan Gaya dan Dinamik
Awal tahun ini Porsche telah mempersembahkan model Macan elektrik sepenuhnya yang terbaharu. Generasi kedua SUV ini diperkenalkan di Singapura secara langsung dari acara Porsche Newsroom.
Michael Mauer, Naib Presiden Gaya Porsche, memberikan pandangan tentang proses reka bentuk sebelum perasmian model tersebut.
Menurut Michael, Macan baharu adalah model pertama yang dielektrifikasi dari identiti produk sedia dan ia jelas diterima dari orang ramai.
Menurut pandangannya, setiap model baharu harus dapat dikenali dengan jelas sebagai sebahagian daripada keluarga produk Porsche dan model yang berkaitan, tetapi juga harus dianggap sebagai ‘yang baharu’.
Mauer percaya bahawa konsistensi visual sangat kritikal bagi jenama Porsche. Menjaga keseimbangan yang tepat antara “keluaran khas Porsche” dan “inovatif” pada masa yang sama sudah tentu merupakan tugas yang rumit, akui pereka itu.
Pertukaran enjin pembakaran dalaman ke sistem elektrik sepenuhnya pada Macan membawa cabaranke tahap lain bagi pasukan Porsche. Enjin elektrik menawarkan tahap fleksibiliti yang baru tetapi menimbulkan cabaran yang tersendiri.
Sebagai contoh, bateri merupakan komponen yang agak besar yang memerlukan banyak ruang dan boleh mengganggu nisbah lebar-tinggi yang sudah sedia ada. Selain itu, aerodinamik memainkan peranan besar dalam julat sebuah kereta sukan elektrik.
Secara umum, Porsche telah memutuskan untuk tidak membezakan model elektriknya daripada kereta sukan bermotor pembakaran dalaman. Porsche tetap menjadi Porsche malah Porsche elektrik juga merupakan kereta sukan dalam segmennya tersendiri.
Baca: Rekaan Baharu, Prestasi Lebih Hebat! Porsche Panamera 2024 Kembali Bersaing Dalam Pasaran
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.