Dalam perlumbaan penuh aksi, drama dan kejatuhan nama-nama besar, Marco Bezzecchi muncul juara di Grand Prix British 2025 bagi pasukan Aprilia Racing.
Satu kemenangan yang hadir tepat pada masanya buat jenama dari Noale itu. Di sebalik kekecohan di litar, Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) mencatat keputusan cemerlang di tempat kedua. Manakala Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) menutup podium di tangga ketiga selepas perlumbaan semula yang mendebarkan.
Fabio Quartararo hampir menggapai kejuaraan perlumbaan ini… sehinggalah semuanya musnah dengan satu masalah teknikal yang menyayat hati.
Kekecohan Dari Mula
Seawal lampu hijau menyala, perlumbaan sudah panas. Alex Marquez (BK8 Gresini) ambil alih di Turn 1. Tapi tidak bertahan lama bila jentera Ducati-nya hilang cengkaman depan dan dia terjatuh. Marc Marquez pula cepat-cepat rebut tempat teratas, diikuti oleh Quartararo dan Bagnaia.
Kemudian, Franco Morbidelli dan Aleix Espargaro terlibat dalam insiden di chicane Vale, menyebabkan tumpahan minyak dan membawa kepada bendera merah. Tapi belum sempat perlumbaan diberhentikan, Marc Marquez pula terbabas di Turn 11! Nasib baik semua pelumba dibenarkan restart kerana belum cukup tiga lap dilengkapkan.
Perlumbaan Semula – Drama Bersambung
Restart menyaksikan Bagnaia memulakan dengan baik, tapi Quartararo tidak tunggu lama – dia terus merampas kedudukan pendahulu di Turn 3. Tak lama lepas tu, Miller pula potong Marc Marquez untuk tempat ketiga, menjadikan kedudukan ketika itu: Yamaha 1-2 di depan Ducati.
Ads
Kejatuhan Pecco & Kemaraan Bezzecchi
Pecco Bagnaia semakin bergelut. Di Luffield, tayar depannya menyerah – dan itu bermaksud game over buat juara dunia itu. Ketika ini, Bezzecchi berada di tempat ketiga dan mula mengejar Miller serta Quartararo.
Bezzecchi mula mempamerkan rentak perlumbaan yang mengagumkan. Di Lap 10, dia sudah potong Miller dan merapatkan jurang kepada Quartararo – yang kini hanya tinggal sekitar 4.4 saat.
Ads
Quartararo – Dari Harapan ke Kekecewaan
Tiba-tiba, Quartararo angkat tangan di atas motosikalnya. Masalah teknikal – sistem ‘rear ride height device’ jentera YZR-M1 terkunci, menyebabkan dia gagal kawal motosikalnya dengan sempurna. Selepas cuba sedaya upaya selama setengah pusingan, Quartararo akhirnya terpaksa mengalah. Peluang untuk menang pertama kali musim ini – musnah begitu saja.
Bezzecchi Ambil Peluang, Marquez Genggam Podium
Dengan Quartararo tersingkir, Bezzecchi mewarisi kedudukan pendahulu. Zarco mengekori di tempat kedua. Manakala Marc Marquez bertarung sengit untuk tempat ketiga dengan Morbidelli, Miller, dan adiknya sendiri, Alex Marquez.
Aksi paling mendebarkan tiba di pusingan terakhir. Marc Marquez dan Morbidelli berbalas potongan di setiap selekoh. Akhirnya, pengalaman Marc membuahkan hasil apabila dia menggunakan ruang sempit di selekoh terakhir untuk merampas semula kedudukan podium dengan gaya penuh agresif.
Ads
Keputusan Akhir GP British
Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
Johann Zarco (CASTROL Honda LCR)
Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
Franco Morbidelli
Alex Marquez
Pedro Acosta
Jack Miller
Fermin Aldeguer (naik satu tempat selepas penalti)
Fabio Di Giannantonio
Joan Mir
(Luca Marini sepatutnya tamat di P8, tetapi dikenakan penalti 16 saat kerana tekanan tayar rendah).
Kini menjadi kenyataan yang semakin hampir, kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang bakal memulakan langkahnya pada penghujung Mei atau awal Jun ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan, dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, projek mega bernilai RM250 hingga RM300 juta ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
Pengumuman ini disampaikan beliau semasa beliau menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera baru-baru ini, di mana beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri telah menerima kelulusan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perancangan Fizikal Negara, dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menjalankan projek ini.
Gambar Hiasan
Kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan membawa pengunjung dari Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dengan masa perjalanan kira-kira 10 minit sahaja. Zairil menjelaskan bahawa ini akan memberi alternatif kepada pengunjung terutama ketika musim cuti sekolah yang selalunya sesak dengan pengunjung menunggu lama untuk menaiki kereta api funikular ke puncak berkenaan.
Perancangan projek ini tidak hanya memperuntukkan keselesaan pengunjung, tetapi juga menjadikan alam sekitar sebagai perkara yang menjadi keutamaan. Zairil menekankan bahawa pelaksanaan projek ini mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan dan kesannya kepada alam sekitar amat minimum. Ini termasuklah jumlah pokok yang dipotong yang amat sedikit dan tiada pokok warisan yang akan terjejas.
Gambar Hiasan
Syarikat Hartasuma Sdn Bhd telah dipilih untuk memenangi projek ini dengan pelaburan sebanyak RM250 juta. Ini merupakan satu inisiatif perkongsian awam swasta dengan kerajaan Pulau Pinang. Permohonan cadangan bagi perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera telah bermula pada 13 Januari 2021 dan dilanjutkan hingga 30 November 2022 berikutan pandemik COVID-19.
Dengan pembinaan kereta kabel ini, dijangka akan memberi impak positif kepada industri pelancongan di Pulau Pinang serta memberi pengalaman pengangkutan yang unik dan menyeronokkan kepada pengunjung yang berkunjung ke Bukit Bendera.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Triumph Motorcycles Malaysia secara rasminya memperkenalkan dua model baharu, Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X untuk pasaran Malaysia dengan harga permulaan RM26,900.
Model motosikal hasil kerjasama dengan syarikat automotif terkemuka dari India, Bajaj Auto, dan setelah hampir setahun kedua-dua model ini diperkenalkan di pasaran global, akhirnya motosikal ini mendarat di Malaysia.
Kredit Foto : Mekanika Malaysia
Model Triumph Speed 400 menggunakan enjin T-Series satu silinder 398cc yang dilengkapi dengan suntikan bahan api dan penyejukan cecair. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa sebanyak 39.5 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 37Nm tork pada 6,500rpm. Ia juga dilengkapi dengan transmisi manual 6-kelajuan yang menjanjikan pengendalian yang lancar dan responsif.
Reka bentuk chasis baharu termasuk kerangka jenis perimeter yang dibina dari tiub keluli dan subframe jenis bolt-in. Triumph Speed 400 juga memiliki fork USD 43mm dengan jarak pergerakan 140mm dan monoshock belakang dengan fungsi preload yang boleh dilaras.
Sistem breknya termasuk kaliper brek 4-pot di depan dengan cakera brek 300mm dan kaliper brek 1-pot di belakang dengan cakera brek 230mm. Model ini juga dilengkapi dengan ABS standard dan hos brek jenis steel-braided untuk peningkatan keselamatan.
Triumph tidak mengabaikan aspek teknologi tinggi, memasukkan ciri seperti sistem ride-by-wire, traction control yang boleh dimatikan, dan klac jenis torque-assist. Panel meter digital LCD dan port USB juga turut disertakan pada model ini.
Kredit Foto : Mekanika Malaysia
Acara perasmian model motosikal ini telah berlangsung di Ace Cafe di Kuala Lumpur. Turut diraikan adalah 10 pemilik pertama Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X dan mereka berpeluang untuk menunggang motosikal baru mereka di sekitar Kuala Lumpur bersama dengan pengamal media.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Kementerian Pengangkutan Malaysia menegaskan bahawa semua kenderaan asing wajib mematuhi undang-undang jalan raya negara. Ini seiring dengan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan bermula pada 1 Oktober ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa kerajaan tidak akan mengubah keputusan ini dan akan melaksanakan peraturan ini dengan tegas.
“Bermula 1 Oktober, VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pesanannya adalah jelas. Saya berharap pemandu dari Singapura yang kerap memasuki Malaysia akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa sebelum ini, mereka yang mempunyai banyak saman sukar dikesan. Tetapi dengan pelaksanaan VEP, setiap kenderaan asing yang memasuki Malaysia dapat dikenal pasti dan mereka perlu membayar saman sebelum keluar dari negara ini.
Tambak Johor yang menghubungkan dua negara – Malaysia, Singapura
Perlaksanaan di Jalan Raya Malaysia
Anthony menyampaikan kenyataan tersebut dalam sidang akhbar semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia (PIMA) pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Kemasukan Kenderaan Asing (RCVEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula 1 Oktober ini.
Tambah Anthony, sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan pendaftaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk pemilik kenderaan asing yang melalui Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor serta Kompleks CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
CIQ Center – Bangunan Sultan Iskandar
Beliau turut menasihati semua pemilik kenderaan motor asing yang akan melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura agar menggunakan masa yang ada sekarang untuk memperbaharui VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan proses pendaftaran untuk mendapatkan VEP bagi kenderaan mereka.
Menurut rekod semasa, terdapat hanya sekitar 70,000 kenderaan motor berdaftar dari Singapura yang telah mengaktifkan tag VEP. Lebih 200,000 kenderaan motor yang masih belum melengkapkan proses pemasangan serta pengaktifan tag VEP masing-masing.
Selain itu, Anthony menyatakan bahawa pelaksanaan VEP juga akan diperluaskan ke sempadan darat Malaysia-Thailand.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Ikuti ulasan mendalam kami mengenai Aveta Ranger Max Explorer, motor cup adventure yang pertama kali menggegarkan pasaran Malaysia! Benarkah ia mampu menguasai medan off-road seperti yang digembar-gemburkan? Soalan paling lazim, Senang ke nak cari spare part ? kalau rosak kat mana nak repair?
Semua kami dah jawab, tonton video ni sampai habis okay?
Jangan lupa follow semua platform sosial media Roda Panas di Facebook, Instagram, TikTok dan X” />
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download
sekarang!
Sime Motors Raikan 45 Tahun Kejayaan, BMW 2 Series Menanti Pemenang Utama
Sime Motors memulakan sambutan ulang tahun ke-45 mereka dengan mengumumkan pemenang-pemenang pertama Kempen...