Musim 2024 MotoGP™ mencatat sejarah apabila Jorge Martin (Prima Pramac Racing) dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP™ pertama daripada pasukan bebas atau ‘pasukan bukan pengeluar’.
Dengan kelebihan 24 mata menjelang perlumbaan penentu di Grand Prix Solidarity Barcelona. Martin menamatkan musim dengan tenang, mengungguli gelaran juara dunia dengan kelebihan 10 mata mengatasi Francesco Bagnaia.
Pencapaian ini menjadikan Martin pelumba bebas pertama yang menjuarai kelas premier sejak era 500cc. Kemenangan tersebut menjadi bukti ketabahan, konsistensi, dan kecemerlangan sepanjang musim bersama pasukan Pramac Ducati.
Perjalanan Kejuaraan Jorge Martin
Martin mula mencipta nama di pentas dunia pada 2015 bersama Mapfre Mahindra selepas menjuarai Red Bull MotoGP Rookies Cup. Dalam musim sulungnya, beliau meraih mata pertamanya di Qatar dan menamatkan musim di kedudukan ke-17 keseluruhan.
Peningkatan berterusan membawa Martin ke Del Conca Gresini Moto3 pada 2017. Di mana beliau mengumpul sembilan kedudukan pole dan lapan podium. Namun, kemenangan pertama hanya tiba di perlumbaan penutup musim di Valencia.
Ads
Momentum itu diteruskan pada 2018, apabila Martin memenangi tujuh perlumbaan dan merangkul gelaran Juara Dunia Moto3™. Sebelum berpindah ke Moto2™ bersama Red Bull KTM Ajo.
Di Moto2™, Martin menunjukkan potensi besar dengan kemenangan sulung di Austria pada 2020. Walau bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyebabkan beliau terlepas beberapa perlumbaan. Menggagalkan peluangnya untuk merebut gelaran dunia dalam kategori pertengahan.
Debut MotoGP™ dan Perjalanan Bersama Pramac
Martin melangkah ke kelas premier bersama Prima Pramac Racing pada 2021. Dalam penampilan kedua, beliau mencipta kejutan dengan merebut posisi pole dan podium ketiga di GP Doha. Kemenangan MotoGP™ pertamanya hadir di GP Styria, menandakan debut luar biasa di kelas tertinggi meskipun berdepan kecederaan serius.
Ads
Musim 2023 menjadi titik tolak karier Martin apabila beliau muncul sebagai pencabar serius kepada juara bertahan, Francesco Bagnaia. Memperoleh gelaran “Sprint King” dengan tujuh kemenangan perlumbaan sprint, Martin mendekati gelaran dunia tetapi terlepas peluang akibat DNF di Valencia.
Musim Kejuaraan Bersejarah 2024
Martin memulakan 2024 dengan cemerlang, meraih kemenangan pertama di Portugal dan mengekalkan konsistensi luar biasa. Dalam 14 perlumbaan terakhir, beliau hanya terlepas podium sebanyak dua kali, menunjukkan ketabahan yang menjadi kunci kejuaraannya.
Ads
Di perlumbaan penutup di Barcelona, Martin hanya perlu menamatkan perlumbaan dalam kedudukan kesembilan untuk mengesahkan gelaran. Walaupun Bagnaia memenangi perlumbaan dengan sempurna, Martin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, sekali gus memastikan dirinya sebagai Juara Dunia MotoGP™ 2024.
Unik dan luar biasa, Sebuah bas yang dimiliki oleh syarikat pengakutan Al Munir Super International Limousine Plus, di mana sebuah kenderaan yang menggabungkan bas, limousin, dan hotel mewah menjadi struktur bas tiga tingkat yang bergerak.
Bas ini bergerak antara ibu kota di Pakistan, menyediakan pengalaman perjalanan yang unik dan luar biasa.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Ruang bagasi di tingkat bawah bas Al Munir telah diubahsuai menjadi sebuah ruang tempat duduk yang mewah. Bas ini juga memiliki beberapa pintu kereta yang berfungsi sepenuhnya dan setiap satu membawa ke ruangan peribadi yang sama seperti sebuah limousin.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bilik-bilik ini dilengkapi dengan katil, televisyen, peti sejuk, dan ciri-ciri keselesaan yang lain dan menawarkan penumpang ruang peribadi yang selesa untuk perjalanan mereka.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Bas ini juga mempunyai dua tingkat tambahan di bahagian atas yang disertakan dengan tempat tidur tetapi lebih terbuka berbanding ruangan di bahagian bawah bas.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Menariknya, bas ini dihiasi dengan penjenamaan Ferrari, yang menimbulkan pertanyaan tentang sama ada ianya kerjasama rasmi atau jika ia hanya pilihan estetika oleh pengendali bas.
Kredit Foto : Youtube Tekniq
Al Munir Super International Limousine Plus menonjol sebagai bukti kreativiti manusia dan usaha mencari kemewahan dalam perjalanan. Mungkin di negara kita ubahsuai seperti ini mungkin mengambil kira pelbagai faktor keselamatan penumpang namun tidak mustahil ianya bakal menarik perhatian pengguna bas jika ingin pulang ke kampung terutamnya perjalanan pulang behari raya yang mengambil masa berbelas jam.
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
Impak selepas kerajaan mengumumkan penggunaan mandatori sistem Brek Anti-Kunci pada motosikal berkapasiti 150cc ke atas. Harga jualan motosikal keluaran baharu dijangka mengalami kenaikan antara RM100 hingga RM200.
Penganalisis industri automotif, Hezeri Samsuri berkata, bagaimanapun tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan itu.
“Kenaikan harga mungkin akan berlaku kepada model-model keluaran baharu tetapi tidak akan mengalami peningkatan yang banyak.
“Saya kira kalau naik pun, dalam RM100 ke RM200 tetapi banyak model motosikal di atas 150cc sebenarnya sudah dilengkapi ABS. Ini bermakna tidak banyak model popular yang akan terjejas dengan kenaikan harga,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas lanjut Hezeri berkata, usaha untuk mewajibkan penggunaan ABS pada motosikal sudah lama dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan kini menjadi mandatori untuk motosikal baharu dengan enjin di atas 150cc.
Menurutnya, ABS sangat penting untuk motosikal moden yang mempunyai prestasi enjin berkuasa tinggi dalam berdepan cuaca negara yang sering dilanda hujan.
“Apabila menempuh cuaca hujan, kejadian roda depan tergelincir sering berlaku. Pemasangan ABS membolehkan penunggang membrek dengan selamat walaupun sedang mengambil selekoh. Ia juga memang terbukti mampu menurunkan kadar kemalangan.
“Sistem ini lambat diperkenalkan kerana faktor harga. Dahulu, modul motosikal yang ada ABS memang mahal sedikit, tetapi dengan pertumbuhan kilang komponen merata dunia dan ia sudah menjadi kelengkapan wajib untuk banyak pasaran dunia, harganya telah turun dengan banyak,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bagi menangani kes kemalangan jalan raya khususnya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Dalam pada itu, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati ABS berupaya mengurangkan kadar kemalangan maut sebanyak 31 peratus.
Sebagai tindak balas kepada letusan gunung berapi di Gunung Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines (MAS) telah mengumumkan pembatalan beberapa penerbangan yang dijadualkan pada 18 April 2024.
Gangguan ini akan mempengaruhi beberapa laluan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.
Kemaskini terkini melalui facebook rasmi Malaysia Airlines
Penerbangan Terjejas
Penerbangan yang terjejas ke dan dari Sabah termasuk:
MH7420 dan MH7421 antara Kuala Lumpur dan Tawau
MH2612, MH2621, MH2610, MH2611, MH7404, MH7405, dan MH2613 antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu
MH2710 dan MH2711 antara Kuala Lumpur dan Sandakan
Untuk Sarawak, penerbangan yang terjejas adalah:
MH2520, MH2513, MH2542, dan MH2543 antara Kuala Lumpur dan Kuching
MH2574 dan MH2575 antara Kuala Lumpur dan Miri
MH2742 dan MH2473 antara Kuala Lumpur dan Bintulu
Pemantauan Berterusan dan Bantuan kepada Penumpang
Malaysia Airlines menyatakan bahawa mereka sedang memantau keadaan tersebut dari masa ke masa dan akan memaklumkan kemas kini maklumat dengan segera. Syarikat penerbangan ini juga berusaha untuk menempatkan semula penumpang yang terjejas ke penerbangan alternatif.
Penumpang digalakkan untuk mengemas kini butiran mereka melalui bahagian “Tempahan Saya” di laman web Malaysia Airlines untuk menerima kemas kini tepat melalui emel dan SMS.
Kredit Foto : Website freemalaysiatoday
Keselamatan Diutamakan
Syarikat penerbangan telah menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta kru adalah sangat penting. Langkah proaktif ini untuk membatalkan penerbangan adalah sejajar dengan memastikan semua perjalanan kekal selamat dan tidak terjejas oleh abu dan gangguan yang disebabkan oleh letusan gunung berapi tersebut.
Penumpang dinasihatkan untuk terus mendapatkan kemas kini melalui saluran rasmi Malaysia Airlines dan melakukan penjadualan semula perjalanan mereka dengan sewajarnya.
Sumber : Facebook Malaysia Airlines
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI Download seeNI sekarang!
BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan senjata kembara terbaharu mereka, BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu. Kalau anda peminat tegar motosikal kembara, ini adalah...