Memandu di Malaysia bukanlah perkara mudah. Malah, negara ini tersenarai antara tiga negara paling teruk di dunia bagi mereka yang sedang belajar memandu. Menurut platform pendidikan pemandu, Zutobi, Malaysia merupakan negara kedua paling stres di dunia untuk pemandu baru.

Tiga Negara Paling Stres untuk Pemandu Baru

Zutobi telah mengumpul data daripada beberapa indeks antarabangsa, termasuk Bank Dunia, untuk menilai 35 negara berdasarkan empat faktor: kesesakan lalu lintas, kematian akibat kemalangan jalan raya, jumlah kenderaan berdaftar, dan kualiti jalan raya. 

Malaysia memperoleh markah 2.38 daripada 10, hanya sedikit lebih baik daripada Poland yang mencatatkan 2.14, sekaligus hampir memenangi gelaran sebagai negara paling stres untuk pemandu baru.

Menurut Zutobi, “rangkaian jalan raya yang luas dan kepadatan kenderaan yang tinggi menyebabkan kesesakan lalu lintas yang ketara serta kadar kematian akibat kemalangan jalan raya yang tinggi, menjadikan proses pembelajaran memandu di Malaysia sangat mencabar.”

Malaysia – Negara Kedua Paling Stres di Dunia untuk Pemandu Baru
Kredit-Says

Mengapa Memandu di Malaysia Begitu Stres?

Salah satu faktor utama yang menjadikan belajar memandu di Malaysia begitu menekan adalah jumlah kenderaan yang tinggi di jalan raya. 

Terdapat kira-kira 85,000 kenderaan bagi setiap 100,000 orang. Walaupun Malaysia mempunyai salah satu rangkaian jalan raya yang paling komprehensif di Asia, ia juga berkait rapat dengan kadar kemalangan yang tinggi, iaitu 23 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 orang, menurut Bank Dunia.

Platform tersebut menilai kualiti jalan raya di Malaysia pada tahap 5.3 daripada 10, berdasarkan Laporan Daya Saing Global yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2020. Zutobi turut menambah bahawa kesesakan lalu lintas di jalan raya Malaysia lebih memburukkan lagi pengalaman memandu.

Malaysia – Negara Kedua Paling Stres di Dunia untuk Pemandu Baru
Kredit-Says

Sebaliknya di Singapura…

Sebagai perbandingan, belajar memandu di Singapura adalah pengalaman yang paling kurang stres, dengan skor 8.27 daripada 10 dalam laporan Zutobi. Singapura mungkin menjadi contoh terbaik bagi negara-negara lain yang ingin mengurangkan tekanan dalam proses pembelajaran memandu. 

Dalam erti kata lain, kalau anda sedang belajar memandu di Malaysia. Anda sememangnya sedang menjalani salah satu pengalaman paling mencabar di dunia. Teruskan berusaha, dan ingatlah bahawa pemanduan yang cekap datang dengan latihan yang berterusan.

Dari Says

Baca Kita Boleh Pergi London Ikut Jalan Darat dari Malaysia?

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

Bro suka kereta tak? Baca RODA PANAS seeNI
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI