Semalam menandakan satu tonggak penting dalam perjalanan Pulau Pinang menuju menjadi sebuah masyarakat yang memperkasakan sepenuhnya bayaran tanpa tunai, kerana roadshow Touch ‘n Go ‘Walao Eh Just In Penang’ telah dilancarkan secara rasmi di Hotel Royale Chulan di Georgetown.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, pegawai negeri, dan wakil daripada agensi kerajaan, yang menekankan kepentingan inisiatif ini kepada agenda untuk menjadi sebuah bandar pintar negeri tersebut.
Menerusi ucapannya, Ketua Menteri YAB Chow Kon Yeow menyatakan kegembiraan dan keyakinan beliau dalam kerjasama dengan syarikat fintech tempatan, Touch ‘n Go.
“Pelaksanaan perkhidmatan e-bayaran, seperti Touch ‘n Go RFID, bukan sahaja digalakkan tetapi ianya juga penting. Ia melambangkan keselesaan, kecekapan, dan keselamatan. Kami berada di landasan cepat untuk mencapai misi kami untuk beralih kepada masyarakat 100 peratus bayaran tanpa tunai menjelang tahun 2030,” katanya.
Touch ‘n Go telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kualiti hidup, dan mempromosikan kelestarian alam sekitar melalui penyelesaian pengangkutan inovatifnya.
Penduduk dan pelawat di negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai akan merasai pengalaman yang menyeronokkan kerana roadshow ini akan mengembara ke seluruh kawasan ini sehingga Disember 2023.
Pengunjung akan diberikan tawaran eksklusif pada tag RFID dan kad Touch ‘n Go yang telah dikemaskini. Sebagai tambahan, pemasangan tag RFID percuma akan disediakan di lokasi roadshow, menjadikan lebih mudah untuk pengguna menggunakan kaedah ini semasa pembayaran tol di plaza tol terutamnya di Jambatan Pulau Pinang.
Jadi, tandakan kalendar anda dan menjadi sebahagian dari perjalanan transformasi ini. Pemodenan pembayaran tanpa tunai merupakan satu initsiatif baharu yang mempunyai pelbagai faedah. Jumpa anda di roadshow ‘Walao Eh Just In Penang’!
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.